JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 20 November 2014

TALAM UBI KAYU... emmm dapnya..

Assalamualaikum kekawan...

Suka sangat bila kekawan post kuih muih ke.. lauk pauk ke di FB.. saya apa lagi save dulu disini resepinya.. nanti bila nak buat boleh rujuk disini.. terima kasih kepada penyumbang resepi ni.. tengok bahan dan cara membuatnya sangat mudah.. tu yg bersemangat nak mencuba :)



TALAM UBI KAYU
==============
BAHAN-BAHAN ( SAIZ LOYANG 30 CM )
* 4 cawan ubi kayu siap di parut dan di buang airnya ( anggaran 2 kg
ubi kayu )
* 1 1/2 cawan air gula merah ( 1/2 kg gula merah dimasak dgn 2 cwn air)
* 1 cawan gula pasir
* 3 cawan santan cair
BAHAGIAN ATAS
* 4 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa )
* 2 sudu kecil garam ( sudu kfc )
* 1 1/2 cawan tepong gandum
CARA-CARA
1. Panaskan kukusan.
2. Ubi kayu yang telah di parut, di perah buang airnya dgn menggunakan
tuala bersih.
3. Masukan kedalam loyang. Masukan santan cair, air gula merah dan
gula pasir. Gaul sebati.
4. Kukus sehingga masak.
5. Setelah masak, tekan2 seperti membuat pulut seri muka.
6. Satukan santan pekat, garam dan tepong gandum, kacau sehingga
sebati. JANGAN BLENDER, sebab nanti bila masak kepala dia akan
pecah2. Guna pemukul telor tangan aje..
7. Tapiskan adunan dan tuangkan keatas adunan ubi tadi. kukus selama
30 minit.
8. Buka penutup kukusan, lap wap yang ada di permukaan kuih dengan
tisu..biarkan sebentar dan tutup api..
9. Sejukan..sedia untuk di makan..
SELAMAT MENCUBA !!


16 ulasan:

  1. Kadang tak sempat nak tunggu sejuk Yati
    Kalau suam-suam tu sedap cuma potongan tak cantik...
    Lama betul kakak tak buat tepung talam ubi ni Yati.

    BalasPadam
  2. mmg sedap sgt2 talam ubi kayu.. lamaaa betul x makan.

    BalasPadam
  3. Kuih talam kan...? Tiba-tiba teringat saya ketika aruah bapa di penghujung usia terlantar di hospital nak sangat makan tepung talam. Nasib baik dapat cari tapi bila diberi dia cuma makan separuh pun tak habis!

    BalasPadam
  4. Aaaaaa..... sedap nyer... lama tak makan ni.. kalau nak beli pun jarang orang jual.. :D
    Thanks kongsi resepi :D

    BalasPadam
  5. yatie bagi kakak idea buat kuih ni...lama dh xmakan talam ubi ...kebetulan pokok ubi yg kakak tanam sepokok 2 tu sedang elok dicabut...boleh buat ni.

    BalasPadam
  6. Assalam Dik Yati..masyaAllah...sedapnya...dah lama Akak tak beli ubi kayu sebab peniaga tu dah tak jual di lokasi asal Akak dok beli...maybe permintaan terlalu tinggi dah tak payah dia nak jual kat situ...org dtg beli terus dari kebun dia agaknya...ni memang kuih favourite Akak ni. Tq ya Dik Yati for support...sudi berkunjung ke blog Akak ...moga kita terus bersaudara di alam maya ni...In Sha Allah.

    BalasPadam
  7. tengok gambar pun dah sedap kalau dapat rasa lagi sedap. lecehnya kuih ni part parut ubi.. tak rela mak..

    BalasPadam
  8. nza suka kuih2 berasaskan ubi kayu...sedappppp

    BalasPadam
  9. sedapnya...kalau stok ubi kayu byk..memang buat sendiri..lebih puas,kan.

    BalasPadam
  10. waduh waduh.. rasa mcm nak beli ubi kayu jer balik kerja nih kikiki

    BalasPadam
  11. saya sukaaa...tapi tulah, malasnya nak buat setakat mkn berdua ni.

    BalasPadam
  12. acik paling suka semua yang berkaitan ubi..talam ubi..lepat ubi..tapai ubi..pengat ubi dan rebus ubi

    BalasPadam
  13. Sedapnya CH...teringin nak makan tapi malas nak buat haha.... bab bab ubi ni leceh le nak buat sendiri baik beli jer...cepat sikit dapat ngap haha

    BalasPadam
  14. Saya ni apa talam pun suka tapi itulah masalahnya, malas betul nak buat sendiri. Cap kedai juga yang best ^_^

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)