Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 7 Mac 2017

Bekal Asrama..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berad dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya.


Bila balik asrama mula mencari apa yang hendak dibekalkan.. saya lebih bertanya kepada mereka nak bekal apa.. jadi pada hari ahad nak spaghetti Carbonara.. saya layan kan ajer.. lagi pun bahan2 dah ada dirumah..

Ayam goreng ni beli yang ayam mas tu ajer.. budak-budak besar sikit nak ambil yang pedas pulak.. jadi tak perlu makan dengan sos mama katanya.. ikutlah nak.. kamu yg nak makan  kan hihi :)


Saya guna sos cendawan sup Rezza .. keluaran muslim.. takut dah nak guna preggo sejak isu ada daging b*bi tu kan.. alhamdulillah dekat Usrah Halal Mart ni, apa makanan western tu ada yang kita hendak.. 
Bila dah ada yang segera dan halal ni senanglah kerja saya untuk memasaknya..
Jom intai resepi saya yang mudah ini

RESEPI SPAGHETTI CARBONARA MUDAH

Bahan :-
- 1/2 peket spaghetti di rebus sampai empuk
- 1 biji bawang besar dipotong dadu
- 3 ulas bawang putih dipotong dadu
- 1 kotak krim cendawan Rezza
- 2 peket daging ayam cincang (kalau nak tambah sosej pun boleh)
- Garam
- Serbuk oregano
Minyak zaitun

Caranya :-
1. Tumis bawang merah dan putih dengan minyak zaitun, sehingga kekuningan dan wangi baunya.
2. Masukan daging ayam cincang, kacau mesra, kemudian masukan air mengikut sukatan di kotak krim cendawan.
3. Bila dah mendidih masukan krim cendawan , kacau sehingga mesra dan cendawan kering tersebut empok. 
4. Masukan pula serbuk oregano dan garam. bila cukup rasa boleh lah diangkat.

p/s yang merasmikan tentulah si Nabil.. bermangkuk dia menambah.. krim cendawan Rezza ni memang sedap bila saya rasa.. lebih sedap dari preggo tu.. hihihi..

20 ulasan:

  1. dana kalau bt sos carbonara lbh prefer bt sndiri kak, ngn bechamel sos...

    pnskan butter, boh 2 sudu tepung gandum gaul2 ngn api perlahan pastu campur susu segar atau susu sejat, tambahkan 2 ke 3 keping keju cheddar gaul2 hingga sebati n tak berketul2... tambahkan lada hitam n mix herb... senang sgt kak

    lama rasanya tak mkn ayam mas kepak tu... layan jgk sesekali

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul kan sis..buat sndiri lebih milky.. saya pnya resepi mcm sis hidana, cuma saya tambah whipped cream.. dapp woo.. sapa lagi nak puji kan?? puji sendiri lew..hehehe

      Padam
  2. Nieyl jarang buat carbonara...
    nnt sesekali nak try buat la...:)

    BalasPadam
  3. Masa saya duduk hostel dulu, memang sentiasa tunggu mak abah datang sebab kalau diaorang datang mesti bawa makanan sedap2...

    BalasPadam
  4. tak pulak saya jumpa brand Rezza ni

    BalasPadam
  5. Lamanye x makan spageti carbonara. teringin gak nak makan yang masak sendirik. hehehehe

    BalasPadam
  6. Sedapnyaaaa... Mmg dh lama nk buat carbonara ni.. Tp x terbuat lagi..feberet lya n fasya ni.. Tp slalu mkn kdai je..stakat ni y try buat olio oglio je..sbb senang..hehe

    Gitulah kt kan.. Slalu nk msak y terbaik utk anak2

    BalasPadam
  7. ayam goreng ayamas tu memang sedap..saya pun suka beli tiap bulan.goreng buat sarapan.
    spageti kak yati ni mengancam la..

    BalasPadam
  8. Untung anak2 sekarang.
    Nak makan apa pun dapat.

    BalasPadam
  9. Sedap nya...
    Anak2 akak balik asrama tak pernah bawa bekal kecuali biskut kering yatie...Kalau masa melawat mereka je bawa makanan .

    BalasPadam
  10. Sedap nya...
    Anak2 akak balik asrama tak pernah bawa bekal kecuali biskut kering yatie...Kalau masa melawat mereka je bawa makanan .

    BalasPadam
  11. Untung bebudak maknya rajin.

    BalasPadam
  12. menu kegemaran bila pergi kedai makanan barat... rajin kak yati

    BalasPadam
  13. kalau bawa ke asrama gerenti habis licin. budak2 lapar selalu

    BalasPadam
  14. yg ni tak penah try masak lagi tp resepi nmpk simple i suka...hehehehe

    BalasPadam
  15. Sedap ni.. bunda rajin gak buat.. selang seli ngn aglio olio..

    BalasPadam
  16. Jarang sangat buat Carbonara Ti....Budak budak kat rumah ni kurang suka. Selalunya buat Spaghetti biasa je.
    Mesti cepat muak ye Ti kalau Carbonara ni....

    Tak payah letak black/white papper ek...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D