JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 6 Januari 2017

Mama Dah TUA Nabil 😏😒

Assalamualaikum kekawan..
Salam jumaat yg barakah.. semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan diberikan kesihatan yg baik jua hendaknya...

Sudah tiga hari turun naik tingkat 3 menghantar nabil ke kelas.. akhirnya semalam saya tewas.. slip disc saya sakit semula.. menangis menanggung kesakitan.. saya cakap dgn nabil.. maaf kan mama.. tak dapat nak hantar nabil ke kelas ye.. sakit sangat pinggang mama ni.. dia pun naik seorang diri.. bawa lah barang yg byk tu sendiri.. dgn beg bekal, beg sekolah dan beg baju uniform. Pagi tu ada pendidikan jasmani so lepas tu kena tukar balik uniform lepas PJ tu.. ternyata mama kamu ini telah tua... 😒😒

Malam tadi lepas solat mahgrib di surau.. asyik  mengerang kata sakit tangan.. tak boleh lurus.. saya tanya jatuh ke.. tak bukak pintu pagar.. terseliuh.. saya tengok tangannya bengkak sikit.. bawa juga ke klinik takut patah.. malang xray tutup .. pagi esok kena datang balik.. sekarang sapu krim dan pasang anduh. 
Pagi tadi tak ikut abahnya gi surau.. solat ajer dirumah.. balik abahnya dari surau.. smlm bergurau kat surau kan.. nabil diam jer.. tak apa nanti abah tengok CCTV .. udah seriau muka nabil... tadi masa nak pergi klinik tanya dia lagi... pastu dia kata dia main kejar2 dgn kawan lepas tu terlanggar tiang dan terjatuh.. tu yg sakit kat tangan...
Ni tengah menunggu keputusan xray.. harap tak adalah yg serious...
Macam2 anak ni kan... 😊


10 ulasan:

  1. Nama budak tengah sihat manalah boleh duduk diam kalau dah jumpa kawan. Apa lagi diluar pengawasan mata kita.

    Harap tak seriouslah hendaknya. Kesian juga bila dah macam itu.

    BalasPadam
  2. Mudah2an semuanya baik-baik sahaja.

    Biasalah, bak kata orang 'kalau tak lasak tu, bukan anak lelaki'...hehehe...Tapi sekarang ni lelaki perempuan sama sahaja. Yang panjat IPOH tu pun ada 3 perempuan, kan? :)

    BalasPadam
  3. kita ni bila dah makin dimamah usia..mudah benar pelbagai sakit yg menyerang..

    BalasPadam
  4. kesian nabil. sementara nak membesar, nak kuat, macam tu la dugaannya kan. semoga nabil membesat sihat supaya besar nanti boleh jaga mama yg dah banyak bersusah payah utk nabil. :)

    BalasPadam
  5. Kesian nabil moga cpt sembuh jgn lasak bermain ya.

    BalasPadam
  6. Adoi, kesian mak dan anak. PH pernah kena slip disc, so tahu sangat kesakitannya. Moga Yati cepat sembuh, ya. Harap2 tangan Nabil tu just terseliuh dan bukan patah/retak tulang. Moga Nabil pun cepat sembuh.

    BalasPadam
  7. Kelas Iman pun tingkat 4 yatie...bila kena pegi kelas dia memang tercungap akak tak cukup nafas...
    Sekolah Iman ni kalau ada PJ tak perlu pakai uniform lagi,itulah yg dipakai dari rumah hingga balik yatie...Jadual kali ni lagi lah betul2 sekali je dlm seminggu pakai uniform.Kalau akak tau beli sepasang pun dh cukup .
    Kesian nya Nabil ,baru buka sekolah ni dah tercedera pulak ya.Harap2 takde yg serius lah ya.
    p/s Najeha dah tinggal ke yatie?

    BalasPadam
  8. Kelas Iman pun tingkat 4 yatie...bila kena pegi kelas dia memang tercungap akak tak cukup nafas...
    Sekolah Iman ni kalau ada PJ tak perlu pakai uniform lagi,itulah yg dipakai dari rumah hingga balik yatie...Jadual kali ni lagi lah betul2 sekali je dlm seminggu pakai uniform.Kalau akak tau beli sepasang pun dh cukup .
    Kesian nya Nabil ,baru buka sekolah ni dah tercedera pulak ya.Harap2 takde yg serius lah ya.
    p/s Najeha dah tinggal ke yatie?

    BalasPadam
  9. Allah kak.. siannya akak n nabil .. hari2 naik tgkt 3.. saper ada asma mahu terus semput tu..

    sedeh plk bla akk ckp x dpt hntr Nabil sbb sakit dah..
    kasih ibu kan kak...

    semoga akak n anak beransur sht..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)