JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 20 Januari 2017

PENGAT KELADI ... emm dapnya πŸ˜†πŸ˜Š

Salam petang yang ceria kekawan :)


Buat pengat keladi ni minggu sudah.. ini gara2 teringin nak makan bila hainom menunjukkan pengat keladi yg dibelinya.. kat sini susah sikit nak cari pengat keladi .. pengat pisang banyak lah atau pengat keledek.. jadi kawan sekolah ada tunjuk kat wasap siapa nak beli, sekilo RM5.00.. jadi saya beli sebijik jer.. takut makan seorang jer nanti.. 
Buat pengat ni pun saya buat setengah dan setengah nanti nak goreng.. rupa-rupanya budak2 ni pun makan juga pengat keladi ni.. sedap lah mama.. dah tu tak gatal pulak tu.. tu yg macam tak menyukup jer anak beranak makan hahhaa..


Saya punya resepi cukup mudah kekawan.. semuanya saya leburkan sekali dalam periuk tu hahha..
Jom lah tengok mana tahu jumpa pulak keladi weekend ni ye kak ton .. boleh belanja mami makan pengat keladi masakan kuih melayu ni hihihi

RESEPI PENGAT KELADI
Bahannya :-
- 1 biji keladi sederhana besar
- 1/2 cawan sagu direndam
- 250ml santan (santan kotak pun boleh)
- 1 cawan air
- 1/2 cawan gula kasar
- 1 ketul gula melaka
- daun pandan
- secubit garam

Caranya :-
1. Masukan satu cawan air, gula putih, gula melaka, santan dan kacau sebentar.
2. Kemudian masukan keladi, masak sehingga empuk, lepas tu masukkan sagu direndam tadi dan daun pandan, masukan juga secubit garam.
3.Kemudian rasa manis masin lemaknya, jika dah secukup rasa dan bahan semua dah masak , boleh lah dihidangkan.


16 ulasan:

  1. Sedapnye sis. Orang2 tua bagitau, keladi yang gatal yang di"ligang" oleh lembu.

    Diligang = diceroboh/dipijak dan dimakan

    BalasPadam
  2. Ni nak suruh saya buatlah tu ^_^ Malaslah, CH. Saya pun makan keladi, suka juga pengat keladi. Tapi kat rumah saya pengat,pengat ni tak jalan. Mami pun tak berapa suka manisan macam ni. Nanti saya buat seperiuk, makannya sesudu aje. Dah terkecil hati. Macamana?

    Lagi baik tak payah buat. Kalau tau kat mana jiran beli pengat keladi tu, lebih baik saya beli juga!

    BalasPadam
  3. nyummy..sedapnya
    singgah petang sini :)

    BalasPadam
  4. Semua jenis pengat acik suka yatie..biasa kalau ubi2 ni acik campurkan 3 jenis tu..ubi kayu..ubi keledek..ubi keladi sedap bila campur tiga2

    BalasPadam
  5. Pengat - tak kira pengat keladi ke, keledek ke, pisang ke, pendek kata semua jenis pengat kakcik suka... :)

    BalasPadam
  6. Lama tak makan pengat2 ni... Tetiba teringat kat mak..

    BalasPadam
  7. eh3 trs rasa lapo nengok pengat keladi akak tuh

    BalasPadam
  8. Akak pun suka pengat keladi...tapi akak amik isinya je,manisannya tinggal :-)

    BalasPadam
  9. Yati, mintak semangkuk boleh? hee..hee...

    BalasPadam
  10. Pengat keladi ni guna keladi mawar atau keladi minyak sesuai.
    Nampak sedap.

    BalasPadam
  11. Saya pula dah bertahun tak masak sebarang jenis pengat, semua orang tak suka, jadi kita ikut jelah selera mereka, janji apa yang di masak habis dimakan, barulah suka hati

    BalasPadam
  12. Ya Allah.....terliur mak tau...
    Esok nak cari pengat keladilah hihi...
    Ada sekali tu beli pengat keladi terasa santan dia tengik pulak Ti. Dahlah beli 2 bekas. Rugi betul..

    Tak payahlah nak suruh Kak Ton buat....entah tau ke tidak tu kopek keladi hihi...

    BalasPadam
  13. sedapnya kak pengat ni saya minat pengat2 ni hihi

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)