Salam petang yang ceria kekawan :)
Krap krup krap makan peria goreng rangup ni kekawan.. kalah restorant mamak bila CH memasak ni hahhahaha..
Dapat peria katak ni kawan kampung yg kasi.. itu hari balik kuang, sebenarnya minta beli pucuk ubi dengan ubi kayu.. sekali tu tengok dalam plastik tu ada terung telunjuk dan peria, punya lah gembiranya hati.. semoga murah rezeki kawan kampung saya ni..
Yang makan ni tentulah CH dengan en suami.. elok jer mengunyah.. anak2 sibuk bertanya tak pahit ker.. mana ada pahit mama rendam dengan garam dan gula.. jadi manis lah.. memang tak pahit kekawan.. cuba lah resepi .. memang rangup termasuk peria tu sekali.. :)
RESEPI PERIA GORENG RANGUP ALA MAMAK
Bahannya :-
- 5 - 6 biji peria katak
-4 s/b tepung beras
- 1 s/b tepung jagung
- 2 s/k serbuk cili
-1 s/b rempah kari
- 1 s/k serbuk kunyit
- 1/2 s/k garam
- 1/2 s/k serbuk lada hitam/lada sula
- 1 s/b air
Caranya :-
1. Basuh bersih peria katak.. potong hiris nipis.. bulat atau memanjang. Buang biji tengahnya. Kemudian rendam dengan s 1sudu kecil garam dan 3 sudu kecil gula selama 1/2 jam.
2. Toskan rendaman peria tadi dan lap dengan tisu supaya kering.
3. Masukan peria tadi dalam satu mangkuk besar, kemudian masukkan semua bahan tadi, kecuali air.. gaul mesra semuanya.
4. Masukan 1/2 sudu air, gaul mesra, jgn terlalu cair atau pekat, letak lagi 1/2 sudu air tadi.. gaul sampai ia bersalut cantik pada peria.
5. Panaskan minyak masak secukupnya dalam kuali. Bila kuali dah minyaknya panas, masukkan peria sekeping-keping dan jgn goreng banyak2 sgt dlm kuali tu. (lihat gambar)
6. Bila dah kuning kegaringan, angkat dalam tapiskan, agar kekal rangup. Buat sehingga habis bahan tadi.
7. Siap dimakan bersama nasi putih dan kari kepala ikan.. perghhhh CH makan sehingga menjilat siku hahhahah.. melampau statement disitu :D
Selamat mencuba kekawan ;)
Tetibe falsya teringat peria goreng kat nirwana bangsar bile tgk entry akak..hehe
BalasPadamSaya hari2 makan kat kedai. Kedai paling dekat semuanya kedai mamak. Peria goreng macam nilah yg saya makan sebab sayur mamak yg lain, kobis, taugeh, tak sedap.
BalasPadamKalau dulu semasa wife ada, peria ni saya buat ulam. Khasiatnya banyak.
nak sepinggan buat lauk ptg ni
BalasPadamDulu tak reti makan tapi sejak opismet suka beli kat kedai mamak, boleh dah makan sikit2..
BalasPadambaru teringat nak beli peria kat pasar malam, buat goreng..tup-tup CH dah up entry! mmg sedap kan. anak2 saya kalau peria goreng camni berebut2, kalau buat gulai..tak laku. T_T
BalasPadamsy memng suka peria. tp suka yg pahit..boleh cuba ni.. simple je brg semua ada.
BalasPadamnyum2
BalasPadamPeria katak banyak khasiatnya.
BalasPadamGoreng macam ni pun sedap.
sSEDAPnyaaaa
BalasPadamwahhh.. ala2 tempura
BalasPadamMesti cuba ni!
BalasPadamfav ni bila beli nasi kt resto mamak..
BalasPadamKena Cuba ni, cikna sllunye guna peria biasa tu je
BalasPadamSedapnya. Peria ni bagus, beralkali.
BalasPadamAcik tak pernah goreng..biasa buat masak lomak cili api+udang je yatie..tu pun acik mkn kuah ngan udang je pahit
BalasPadamwah..sedapnya tengok CH masak.. harus di jadikan menu di hujung minggu ni
BalasPadamsedap dan berkhasiat ni
BalasPadammenaraik nanti boleh try nampak sedap tu
BalasPadamKalau pakai peria yg biasa tu pun bolehkan Ti. Rasanya tak delah pahit sangat mcm peria katak tu. Pernah jugak try goreng sendiri dulu DUlulah mmg dah lama sangat....
BalasPadamDah berapa lama.
Padamhmmm peria biasa tu pernah le makan.
BalasPadamyg ni x pernah.
x biasa makan peria...