JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 13 Januari 2017

WAHAI KAMU SEORANG WANITA 😊

Dari pipi , lelaki boleh tahu saiz baju dalam awak .

Dari kening , lelaki boleh tahu keadaan rambut awak .

Dari pergelangan tangan (tempat sembur minyak wangi tu) lelaki boleh tahu awak punya warna kulit dalam .

Dari tumit kaki , lelaki boleh tahu awak tengah haid atau tak .

Dari kedalaman tapak tangan , lelaki boleh tahu besar mana saiz 'bawah' awak tu .

Dari betis , lelaki boleh tahu awak ada dara atau tak .

Ada alasan lagi untuk tidak menutup aurat dengan sempurna ? Allah cipta kita Kaum Hawa , dengan istimewa sekali . Ada sebab kenapa Allah turunkan ayat An Nur . Allah sayang kita , Dia dah bagitahu awal awal . Cuma kita je yang tidak mahu menghayati al-Quran . Allah .

Wahai wanita .

Pergelangan tangan itu dah aurat nak sinsing lengan baju tak salah tapi itu pun kalau kamu lelaki .
Nak selamat , pakai sarung lengan . Panas ?
 Takpa panas sikit di dunia , asalkan tak panas di sana .

Kaki pun aurat .
Stokin tak wajib pun , tapi kaki tu aurat .
Kalau nak pakai cardbox atau plastik sekali pun boleh sangat tapi cari yang warna gelap .
Jangan yang lutsinar .

Tudung tu .
Tak kisah , nak pakai jenis yang macam mana pun .
Hana Tajima , shawl , pashmina or bawal . It's up to you . Tapi Allah suruh tutup dada .
Ulang . *Tutup dada*. Apa salahnya labuhkan sampai ke bawah dada . Ini perintah Allah bukan dari saya .

Baju / kain / seluar tu .
Saya tahu kita masih muda , nak bergaya , ikut fesyen .
Saya faham . Ada rasa teringin itu ini .
Tapi biarlah *menutup aurat dengan sebaik-baiknya*.
Tak ketat , tak jarang , tak singkat .
Islam tak larang kita nak berfesyen , asalkan *syariat tidak diketepikan*.

Maha Suci Allah .
Tepuk dada , tanya iman .
Kita , saya , awak adalah Islam .
Tudung labuh . Jubah . Pakaian ikut syariat tu bukannya untuk ustaz ustazah , pelajar sekolah , universiti / aliran agama sahaja .

Islam tu untuk SEMUA .
Jangan pernah malu tunjukkan identiti Islam kita .
Maaf kalau terasa . Saya tak nak korang ambil pahala saya . Saya pun tak sanggup tanggung dosa .
Dan saya tak nak masuk neraka sebab saya tak tegur korang . Saya nak korang jadi saksi yang saya dah tegur . Yang PALING SAYA NAK , kita sama-sama masuk Syurga sama-sama πŸ’•
Tegurlah.....

Anak2 perempuan kita,
Adk2 perempuan kita,
Kakak kita
Mak kita

Korang baca kan ?
Nanti Allah tanya dah bagitahu belum sekurang- kurangnya saya ada jugak jawapan .
Kita buat dan jaga sesama ya .
Saya pun tak sempurna dan baik mana .
Saya pun tengah cuba sebab kita manusia .
Kadang-kadang alpa , moga Allah pelihara dan jaga kita semua 😊

Sumber : WhatsApp


Pakaian di madrasah yg ditetapkan.. mengikut peraturannya.. ada juga kakak nabilah menyuarakan untuk istiqomah berniqab.. tapi ustazahnya menasihatinya .. labuhkan tudung dulu.. kemudian baru istiqomah dgn niqab.. ustazah tak mahu kamu nanti.. pakai buka pula.. memalukan muslimah yg istiqomah dengan niqab ni.. dia akur dengan nasihat ustazahnya. :)

13 ulasan:

  1. anak saya pun ada cakap nak pakai niqab, tapi cakap kat dia, jaga dulu yang wajib.. contoh jaga solat, solat awal waktu, jgn plak kalau subuh umi tak kejut terbabas hihihi

    BalasPadam
  2. inshaa Allah.. salam jumaat sis :)

    BalasPadam
  3. alhamdulillah..peringatan yg menginsafkan..

    BalasPadam
  4. Itulah betapa besarnya tanggungjawab seorg lelaki mendidik wanita/perempuan yg dibawah tanggungannya. Silap mereka lelaki itu akan diheret sama. SO... perempuan kenalah ingat sayangi lelaki yg kelak ditanya di sana. Silap kita dia pula yg kena.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah.. terima kasih di atas peringatan ni Kak CH

    BalasPadam
  6. Kagum dgn mereka yg telah mampu berniqab.. apatah lg disertai dgn tutur kata yg sopan dan mendamaikan. Beruntungnya suami2 mereka. Saya tak mampu lg K.Yati (berniqab). Sob sob sob..

    BalasPadam
  7. Kagum dgn mereka yg telah mampu berniqab.. apatah lg disertai dgn tutur kata yg sopan dan mendamaikan. Beruntungnya suami2 mereka. Saya tak mampu lg K.Yati (berniqab). Sob sob sob..

    BalasPadam
  8. Niqab tak wajib. Jubah ramai yang saya boleh nampak kesan seluar dalamnya. Kita berada di zaman tutup aurat bukan jaga aurat.

    BalasPadam
  9. malu ngn anak akak.... dana sendiri masih kurang sana sini...
    insyallah cuba sebaik mungkin berubah sedikit demi sedikit...

    BalasPadam
  10. Part yang saya selalu cuai... tak pakai handsock dan stokin... kena selalu ingat, sebelum keluar rumah, kena check diri sendiri dulu...

    BalasPadam
  11. Terima kasih mengingatkan Ti...moga kita akan jadi bertambah baik dari semalam.

    Betul jugak ustaz tu cakap. Kakak kecik lagi. Masih jauh perjalanan hidupnya. Istiqamah yg wajib dulu.

    Eh..eh...yg cakap ni pun entah betul entah tidak hihi...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)