JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 11 Jun 2012

Aktiviti cuti sekolah part 3 : Muzium Negara

Lama betul saya tak pergi Muzium Negara ni... rasanya saya pergi masa saya sekolah menengah dulu, itu pun rombongan sekolah :D. Bila saya kata dah lama saya tak pergi, mak saya kata "Mak lagi lama, dah 71 tahun baru dapat jejak kaki disini.".. Lagi dasyat mak saya kan.. tumpang anak cucu baru dapat pergi kan.. memang dulu-dulu mak memang kurang berjalan-jalan. Lama juga kami disitu hampir 2 jam, banyak sangat yang hendak di tengok, tambahan pulak ada pameran untuk antarabangsa.. tu yang lama melekat kat situ...

Pintu Masuk dari tempat parking..
Kena pusing ke hadapan untuk masuk kedalam muzium

Budak dua orang ni nampak keretapi.. sibuk pulak nak bergambar.. panas pulak tu..


 Bila dah masuk dalam tu apa lagi... bergambar jer lah.. budak-budak ni susah betul nak kawal, ikut suka jer mana nak pergi, mujur lah dah petang so orang tak ramai, boleh nampak budak-budak tu kat mana :))
Mak bergambar dgn Tunku Abd Rahman.. nak gak perdana
menteri yang pertama..

Teringat pergi menoreh bersama basikal tua .. hehehe

Nak juga bergambar bersama kapal portugis ni..


Ramai betul angkaswan dalam muzium ni... tak terbang-terbang pun di awangan :D
Cuba cari mana mak :))

Seronok betul pergi reramai ke Muzium ni...
You all last pergi muzium bila yer...

4 ulasan:

  1. nadiah pun dah lama tak pergi muzium negara. masa sekolah dulu je kot perginya

    BalasPadam
  2. hihi.. sama la masa sekolah sekali je perginya pun. nnti la bawak anak2 pulak. ;D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bawa As,, nanti banyak ditanya oleh anak-anak... macam nabil.. kenapa Hang Tuah tu tak hilang... :D

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)