JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 29 Ogos 2012

Sambutan Hari Di Sekolah Pula ^___^

Malam tadi bertungkus lumus saya menyediakan kek kukus coklat untuk kakak dua orang tu... ada sambutan hari raya di sekolah.. jadi kena bawa pot luck seorang sedikit ... Lepas tu kena pakai baju raya... masa hantar naik bas sekolah tu pak cik bas siap tegur.. "amboi sedondon you.." hahaha.. pak cik Farid memang suka bergurau dengan budak2 sekolah... itu hari dapat duit raya lagi dari pak cik bas ni, RM5 seorang.. tiap2 tahun raya bagi duit pakcik bas ni...

Ceria dengan pot luck masing-masing
 Malam tu juga kak Nabilah masukan kuih raya dalam bekas.. tolong masukan untuk jeeha sekali sebab kakak yang sorang ni tidur awal... Kek coklat kukus tu pulak nak letak toping coklat letak coklat rice lagi... semua barang ada saya layan jer permintaan dia orang berdua... kuih raya dia orang bawa conflace coklat walnut dan wajik yang nenek andak dia orang bagi... air saya buatkan air sirap seorang satu.. dah siap..


Kek Coklat Kukus, Wajik dan Conflake coklat walnut..
Saya kerat dua kek tu dan masukan dalam bekas plastik hehe
senang betul kerja mama ni :D
Masa dalam kereta kakak dua orang sibuk cakap esok hari rabu ada sambutan hari raya di sekolah, nabil pun keluarkan surat dari dalam beg.." cikgu bagi "katanya, rupanya hari khamis nabil pulak ada sambutan hari raya di tadika, siap ada persembahan lagi.. patut lah dalam seminggu dua ni asyik nyanyi lagu "Suasana Di Hari Raya" oleh anuar zain dan elina tu...

Dah langsung buat kek kukus kakak tu, saya buat dua adunan untuk nabil bawa ke tadika hari khamis nanti.. request juga nak toping coklat rice tu :D

4 ulasan:

  1. rajinnya mama budak2 ni, siap buat kek. saya dulu masa sekolah mmg bawak biskut raya je. hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahan dah As... akak rajin kan juga diri utk buat kek tu.. kalau tak kuih raya juga yang dibawa kesekolah :D

      Padam
  2. seronok budak-budak dapat beraya di sekolah :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Raya bersama mualimah dan mualim serta kawan2 sekolah memang menyeronokan mereka...

      Najeeha siap tanya kakak dia ada dapat duit raya tak.. jeeha dapat Mualim kasi RM2, siap letak dalam sampul duit raya...
      Kakak pula tak dapat.. mualimah belanja spagetti yang sangat yummy kata kak nabilah :))

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)