JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 3 Ogos 2013

Biskut Cip Coklat

Lepas saya membasuh baju pagi tadi, kak nabilah tanya "mama tak nak buat kuih ke?" "Boleh jugak kita buat bahan yg ada jer" balas saya, tengok bahan yg ada ialah utk buat biskut cip coklat yg saya tengok resepi di majalah keluarga tahun lepas.

Tengok tu besar sungguh kejadian cip coklat saya, masa najeeha tolong buat bulat2 tu elok jer kecik, bila dibakar.. ha amik ko.. mengembang dia :D



Dua org pembantu setia saya, saya cuma buat adunan jer mrk berdua yg menghabiskan projek tu ehe ;)

Tengok tu dah mula mengembang dan nak bergandingan berdua hehehe... lepas tu saya suruh mereka buat kecik sikit..

RESEPI BISKUT CIP COKLAT
Sumber : Majalah keluarga

Bahannya :-

  • 700 gm tepung gandum
  • 300 gm mentega
  • 300 gm gula halus
  • 300 gm gula perang
  • 400 gm cip coklat
  • 250 gm kacang walnut - dikisar
  • 40 gm serbuk penaik
  • 30 gm serbuk koko
  • 4 biji telur
Caranya :-

  1. Pukul mentega, gula halus dan gula perang hingga sebati.
  2. Masukan telur sebiji demi sebijik
  3. Sementara itu, ayak tepung, koko dan serbuk penaik.
  4. Kemudian masukan ketiga-tiga bahan ini kedlm adunan.
  5. Masukan coklat cip dan kacang walnut. Gaul sebati.
  6. Uli adunan menjadi bulat kecil dan letakan atas dulang pembakar.
  7. Bakar pd suhu 180 darjah celcius selama 15 minit

9 ulasan:

  1. mata tu macam tengok tv je..tapi tangan pandai buat kerja tu he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah buat kerja depan tv acik erna.. Mata ke situ tapi Alhamdulillah keje bereh ehe ;)

      Padam
  2. Elok je saya tengok...mcm chipsmore!

    BalasPadam
  3. Ni la antara kuih yang wajib mak saya buat tiap kali nak raya. Kalo jadi betul-betul lagi sedap dari chipsmore ^_^

    BalasPadam
  4. wah rajinnya......boleh cop buat menantu nie....

    BalasPadam
  5. coklat cip disukai ramai terutama kanak2..

    BalasPadam
  6. Rajinnya....anak2 mmng suka biskut ni...

    BalasPadam
  7. biskut kegemaran amir ni.. tak sempat buatkan huhuhuhuhu

    BalasPadam
  8. Sedapnya biskut coklat chip tu...mtk sikit :D

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)