JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 15 Ogos 2013

KUIH LESUNG BATU



Kuih ni popular sejak masuk Majalah 3, kakak ipar saya dah mencuba kuih ni masa iftar di Sabah katanya, abang long request 2 kali suruh buat kuih ni, cam tu bunyinya mesti sedapkan... pastu along buat pulak untuk iftar akhir ramadan tu di kg ....

Perghhh memang mendapat sambutan kuih tu, ye lah pertama kali nak merasa, jadi gambar yg dah siap masak tu tak sempatlah diambil... semua dah masuk dalam mulut kihkihkih...

Senang jer buat kuih ni, bahan-bahan dia tak lah susah sangat... pojam mato dah siap hehehe :p

RESEPI KUIH LESUNG BATU

Bahannya :-
  • 1 cawan tepung pulut
  • 3/4 cawan air campur dgn sedikit garam
  • 250ml santan pekat
  • secubit garam
  • Gula pasir secukupnya
  • Daun pisang
  • Loyang
Caranya :-
  1. Didihkan air untuk mengukus
  2. Masukan air bercampurgaram sedikit demi sedikit kedalam tepung pulut sambil diuli hingga adunan tidak melekat ditangan.
  3. Gentelkan bulat-bulat sebesar buah melaka, tekan tengahnya untuk membetuk lekuk.
  4. Lapik loyang dengan daun pisang, susun kuih diatas daun pisang .
  5. Buat sampai habis adunan, kemudian masukan gula pasir kedalam lubang kuih secukupnya.
  6. Masukan secubit garam kedalam santan tadi, kacau hingga sebati. 
  7. Selepas itu tuang perlahan-lahan santan di sekeliling kuih tadi, hati-hati jangan termasuk kedalam lubang kuih tu.
  8. Kukus selama20 minit.(bila masak gula yg didalam lubang kuih tu akan mencair)
  9. Siap untuk dihidangkan :)


12 ulasan:

  1. Agak kakcik (sebab tak pernah makan), rasanya manis dan lemak, ya? :)

    BalasPadam
  2. rasanya ..mcm buah melaka@onde2 cuma xde gula melaka di tgh2..gitu ek?

    BalasPadam
  3. tgk kat majlaah 3 ari tu...nampak sedap...
    bahan2 pun simple ja kan..

    BalasPadam
  4. Ohh biar dia berenang dlm santan gitu?
    Nampak sedap!! Rasa nyer pun.tentu sedap!

    BalasPadam
  5. Salam kenal.. cantik gambar header tu.. kuih lesung batu, asal dari mana ni? tak pernah dengar pun..

    BalasPadam
  6. salam aidilfitri...

    ada tengok kat tv juga...
    unik sangat...

    BalasPadam
  7. salam..
    MaDiHaA tak tau pun kuih ni pernah masuk tv.. tp masa berbuka kat kg mak baru2 ni ada kwn adik hantar kuih lesung batu ni yg mak dia buat... pertama kali dengar & pertama kali merasa.. sedap juga..

    BalasPadam
  8. noe panggil kkuih ni badak berendam..tp jenis terbuka...mak noe biasa buat...dlm tu taruk gula melaka...sedap nya...

    BalasPadam
  9. ada akak tgk kt TV3 hr tu....

    BalasPadam
  10. sejak bulan puasa ni baru la dengar nama kuih lesung batu.. sedap ek.. acu buatkan utk k.nor, nak rasa hehehe

    selamat hari raya yati :)

    BalasPadam
  11. dah buat yerk.. sedaptu.. dulu2 mak selalu buat..ni dah lama tak merasa.. ni bukan badak berendamkan.. lain ...

    BalasPadam
  12. Nampak macam leceh je CH nak membuatnya ....tu yang malas tu hehe...susah kalau dah dasar P ni hehe

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)