Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 7 Oktober 2016

GULAI AYAM ALA PADANG STLYE 😆😊 ~__^

Salam petang yang ceria kekawan :)

Balik petang dari kerja ni .. mesti terfikir nak masak apalah ye.. sampai rumah, buka peti ais , mula lah tenung jer petiais tu kan.. itu saya lah kan.. saya masak gulai ayam ala padang ni lebih kurang gulai ayam guna cili kering pada hari rabu saya cuti pergi jumpa doktor tu hari.. bila masak gulai ayam guna cili kering ni.. teringat almarhumah mak.. suka masak ni.. kalau mak regu dengan nangka muda , saya pulak regu dengan kentang jer..

Selesai berjumpa doktor tu, saya hantar balik Nabil ke sekolahnya dan saya terus ke Halal Mart seksyen 3 tu beli ayam kampung, tu yang jadi menu gulai ayam ala padang ni.. kalau kita pergi ke Bukit Tinggi atau Padang Indonesia , gulai ayam nya memang kuah merah macam ni.. masakan minang juga ni kan..
Jom intai resepi yang mudah dan sedap ni kekawan ~__^

RESEPI GULAI AYAM ALA PADANG

Bahannya :-
1 ekor ayam potong kecil ikut sesuai kekawan lah ye.
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
2 batang serai yang dihiris*
10 tangkai cili kering yg siap rebus*
Kisar semua bahan yang bertanda*
1 helai daun kunyit
2 biji kentang
1 batang serai diketuk
1 keping asam gelugor
Santan dari sebiji kelapa, asingkan santan pekat semangkuk.
Garam 
Daun salam (saya ganti daun limau purut)

Caranya :-
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau, kemudian letak santan cair tu dan ayam serta kentang. 
2. Masak sehingga ayam dan kentang empuk, kemudian letak garam, daun kunyit, asam keping, serai ketuk, daun salam (daun limau purut.
3. Lepas tu masukan pula santan pekat, rasa garamnya, tunggu sehingga mendidih, bila semua secukup rasa boleh diangkat.
4. Dihidang bersama nasi putih panas-panas. Sedapnya.



Jadi petang tu, abah dorang yg ambil dari sekolah, masuk ke rumah dah terhidu gulai ayam saya yang mewangi harumnya.. dan-dan tu juga mereka nak makan, termasuklah en suami saya tu ~__^
Saya regu juga dengan goreng bendi telur hancur, sayur campur goreng juga.. senang bila semua dah makan petangkan.. jadi malam boleh tumpu untuk mengaji al quran dan membuat homework. 

SELAMAT MENCUBA KEKAWAN ^__^

ehhhh ada ke yang nak cuba hahhaha :D

15 ulasan:

  1. Fav SA gak ni..thanks resepinya..nanti kita cuba

    BalasPadam
  2. gulai ayam biasa juga buat tp versi padang xpernh try buat

    BalasPadam
  3. msti sedap... lagi2 bila ada daun limau purut tuh

    BalasPadam
  4. Oh nama resepi nya ayam gulai ala padang ya yatie.Dah lama akak tak masak gulai ni.Betul lah arwah mak akak masa dia sehat dulu selalu masak gulai ni...huhuu teringat air tangan mk.

    BalasPadam
  5. Meriahnya ngan resepi gulai ayam ni. Berkeriuk dah perut ni

    BalasPadam
  6. Ayam feveret sepanjang zaman..

    BalasPadam
  7. Nampak mudah...erm ayam dah habis.

    BalasPadam
  8. Salam BW dari Diari Dandelion,

    Buat perut jadi lapar pagi-pagi buta ni.

    BalasPadam
  9. Nak cubaaaa... hihi.. Nampak sedaplah

    BalasPadam
  10. sy memang minat msakan ni tapi tak pernah mencuba.. nanti sy nak cuba lah

    BalasPadam
  11. Ohhh macam masak lemak je ye CH...cuma guna cili kering. Bolehlah nanti bila bila nak test jugak. Kita ni memang jarang masak gulai kat rumah CH. Selalu masak kicap je haha

    BalasPadam
  12. Menyelerakan pulak CH. Nanti bolehlah cuba tapi takdalah masuk blog. Lagi pun pisau baru belum guna lagi ~_^ Kena rajin memasak ni!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)