JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 6 Oktober 2016

SANDWICH SARDIN GORENG TELUR....emmmm dapnyaaa 😆😊 ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..

Ini gara-gara roti tu nak dekat expired jadi untuk cepat habis, saya buat sandwich sardin goreng telur , laju lah mereka makan kan.. ini pun ada lebihan sambal sardin yg saya buat semalam, jadi sarapan pagi  dorang pergi sekolah dan siap bawa bekal ke sekolah... selamat roti dari terus expired.. dorang ni kalau sapu-sapu kaya tu.. slow sangat .. adalah makan sekeping dua ajer.. :( .. mama dia nak makan sorang2 gitu pun mau meraung juga kan.. jadi bila buat cenggini dengan mama nya laju menyuap hahhaha :D


Mudah sangat buatnya kekawan.. tambahan buat pagi-pagi macam tu.. kena cari yang cepat dimasak sedap dimakan , buat pagi-pagi tu sempat juga ambil gambar, dasar blogger tegar sungguh mamanya ni kan ~__^.

Jom intai cara saya buat sandwich sardin goreng telur ni, terpulang lah pada kekawan nak bubuh apa intinya.. saya nak perabih sambal sardin tu jer hihihi :)

RESEPI SANDWICH SARDIN GORENG TELUR

Bahannya :-
* 8 keping roti (masa tu tinggal banyak ni jer hahaha)
* 2 biji telur
* Sambal sardin secukupnya
*Mayonis 
* Daun Salad

Caranya :-
1. Sapu mayonis pada roti dan letak daun salad pada satu keping roti.(kalau ada cheese boleh letak , jadi cheese leleh dalamnya)
2. Kemudian pada sebelah satu keping roti sapu sambal sardin. Lepas tu taupkan roti dengan yg satu lagi tu.
3. Kemudian potong empat, macam dalam gambar tu, sementara tu panaskan minyak untuk menggoreng.
4. Lepas itu celup roti dalam telur yg telah dikacau bersama sedikit garam.
5. Kemudian goreng roti yg dicelup telur tu sehingga kekuningan dan masak, buat sehingga habis.
6. Siaplah untuk di ngap hahhaha...

Nampak tak senang bangat tu kan.. ^__^


Masa saya siap menggoreng tu, Nabil tanya "Mama ada letak cheese tak dalamnya?. sedap cheese meleleh tu ma.. "
"Tak adalah Nabil sebab cheese tak ada stok dalam peti ais" jawab saya.. "Tapi makan macam ni pun dah sedaplah mama" celah kak najeeha .. 
Kalau kekawan ada cheese tambahlah dalam bahan tu ye jadilah tajuknya Sandwich Sardin Goreng Telur Cheese Leleh hahhahaha..
suka hati jer lah nak masak kan ~__^

19 ulasan:

  1. salam kak.. memang peberet ni Sandwich goreng sardin ni.. Pae sukalah makan.. ohhh nanti nak letak cheese gak lah... :)

    BalasPadam
  2. Sdap tu.. Rajin or tk je nk buat kn

    BalasPadam
  3. Motifnya bukan kata susah ke senang buat Yati
    Kalau tak rajin walaupun kata senang tak akan jadi
    Makan yg senang sebenarnya:)

    BalasPadam
  4. yg mcm ni br lagu klu sapu spread tu mmg taklaku ..last2 buat puding je roti tu ...s edap ni kak

    BalasPadam
  5. Sedapnyaa..bila rajin semua jadi.. :)

    BalasPadam
  6. Hai, semalam bawa bekal roti sapu kaya aje, CH! Kalaulah entri ni keluar cepat, boleh tiru. Dah katanya senang bangatkan, kalau tak buat juga memang dasar pemalaslah tu. Hahaha!

    BalasPadam
  7. sedapnya yati lengkap semua nutrisi tu.

    BalasPadam
  8. Memang terbaik untuk habiskan roti nak expired.

    BalasPadam
  9. Sedapnya saya tengok. Lama tak makan camni. :D

    BalasPadam
  10. Akak kalau roti nk expired pun buat sandwich je yatie...tapi part sardin tu takde lh sambal sebab Iman kan takut pedas.Yang penting ada cheese seperti kata Nabil tu...bagi dorang sedap lah.

    BalasPadam
  11. Akak kalau roti nk expired pun buat sandwich je yatie...tapi part sardin tu takde lh sambal sebab Iman kan takut pedas.Yang penting ada cheese seperti kata Nabil tu...bagi dorang sedap lah.

    BalasPadam
  12. sodap nih kak... dana selalu jgk bt... tp dana suke salut ngn tepung mcm pisang goreng tuh

    BalasPadam
  13. memang feveret anak-anak kan CH :)

    BalasPadam
  14. Idea yg bagus utk Nur ni..blh buat hujung minggu ni
    Betul kata Nabil letak cheese lg terangkat sedapnya

    BalasPadam
  15. Sedap ni CH....Tp nak buatnya kadang tu malas. Kalau dah malas nak cakap apa pun tak guna kan CH haha

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)