Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..
Bila usia telah meningkat ke kilauan Emas ni atau kata MD dah TUA KERTU macam saya ni .. mula lah tekak nak makan ikan tu macam memilih ajer.. teringat almarhumah emak.. mak kata esok ko dah tua.. baru tahu apa yg tekak boleh terima apa nak makan.. Jadi masa pergi pasar tu ternampaklah ikan selangat ni.. ini ikan kegemaran emak.. mak kata ini lah ikan yg boleh masuk kat tekak sewaktu usia begini.. sekarang saya merasainya.. bila dah usia macam ni.. ikan selangat ni goreng kunyit goreng garing.. baru nikmat makan ikan..
Lagi satu ini juga yg menjadi kegemaran saya sekarang.. ikan bilis dengan petai masak tempoyak.. sekarang macam jadi almarhumah mak pulak simpan stok tempoyak hehehe.. resepinya di sini
Hainom hang makan tak tempoyak masak tempoyak petai ni..
Lepas tu sayur goreng macam ni jer.. kobis dgn park choy.. goreng dengan ikan bilis..
Itu lah lauk saya tengahari tu.. anak2 saya masakan yg lain.. tak kan nak ikut tekak Tua kertu saya ni hihihi hahahaha..
ikan goreng garing sodap
BalasPadamsedapnya tempoyak petai tu...
BalasPadamBetullah yatie ,akak ni pun dah banyak memilih bab makan,dah kertu ni selera pun selera kertu juga.
BalasPadamIkan bilis petai tu sebabnya yatie....Akak kalau masak dengan tempoyak kurang sikit.
Betullah yatie ,akak ni pun dah banyak memilih bab makan,dah kertu ni selera pun selera kertu juga.
BalasPadamIkan bilis petai tu sebabnya yatie....Akak kalau masak dengan tempoyak kurang sikit.
suka sangat....
BalasPadamBILA DH TUA SELERA PILIH NK MKN YG SIMPLE SAJA...KADANG MKN NASI KOSONG YG PANAS HARUM PUN SEDAP SGT..KAKLAH TU
BalasPadamsedap ikan selangat tu kak, walaupun payah nak siang n kena hati2 bila makan sebab banyak tulang.
BalasPadamsedapnya menu! samalah saya pun dah ehem ehem juga...hahaha
BalasPadamyang paling win, menu yg ke-2 tu..menjilat jari tau, kalau makan dgn nasi panas.
kak... lapo laaaaa arghhhh
BalasPadamJarang gi pasarlah Tie.....sebab tu jarang jumpa ikan selangat ni... Ikan sungai ke Tie ....Tapi memang betul Tie semakin kita menukun ni haha..... menjadik jadik pulak cerewetnya ye Tie. So far mak` boleh je bedal apa pun kiranya lidah ni belum menukun lagilah.....
BalasPadamDah katanya semua pun bedal Tie, takkanlah petai tempoyak yg sedap ni tak makan, rugilah tak makan. Pernah jugaklah buat ikan bilis tempoyak ni Tie tapi biasanya tak letak petai, sebab tak de petai.
Ko masak apa untuk anak ko Tie....rajin ko masak pelbagai jenis...
SUKA IKAN GORENG GARING TU TP KLU KERTU ADA GIGI BOLEH LA NGUNYAH YE DAK .. HEHEHE
BalasPadamTP FAV TAU IKAN GORENG GARING NI ... MKN PULAK NGAN AIR ASAM ....
Kakcik sekarang dapat makan nasi dengan ikan bilis goreng+bawang pun dah rasa sedap sangat... :)
BalasPadambetul lah tu kak..sy ni pun semenjak dua menjak ni...makan pun dah kurang selera.. terasa benar diri ini dah tuo..makan tak spt dulu... hihi..
BalasPadamsedap2 akak masak tu :)
Wkmsalam.
BalasPadamNampak sedap2 semuanya.
Sesuai dengan citarasa tekak kertu.
Ish, CH... dah macam saya pulak yang kat CH dah tua kertu tau ^_^ Yang sebenarnya kita semua ni memang dah kertu tapi tak sedar diri terutama opppsss... nasib baik tak tersasul! Kang kena saman di mahkamah pulak ~_^
BalasPadamIkan selangat tu saya baru tau nama (walaupun dah kertu katanya) tapi tengok rupa ikan macam biasa dilihat. Jangan-jangan dah pernah pun termakan tapi tak tahu apa nama ikan!
Ikan tu sedap.
BalasPadamgaring yang sedap tu.
BalasPadamana setakad hari ni masih okay CH, tapi teringat kat arwah mertua, memang payah nak makan ikan kecuali ikan tu kecil2 atau digoreng garing macam ikan Ch tu hihi :)
BalasPadamtakpenah plak dengar ikan selangat kak, tapi tgk rupe mcm jenis yg byk tulang jek kan kak...kalo kene ikan byk tulang mmg kene goreng garing2...baru senang nak makan......ikan sungai tu kak ye...lieya ikan2 sungai mmg berhantu kak...boleh bertamba2 mkn nasi dibuatnye...lawan plak dgn ikan bilik petai tempoyak tu...aduhhhh mmg regu yg kena laaaah...dpt plak nasi panas2...tak sedar tangan dok capai senduk tambah nasi dibuatnyer hahaahahahaah
BalasPadamsimple lagi sedap kan kak ;)
BalasPadamwahhh sedapnya laukk..terleiur tengok ikan goreng tu
BalasPadamIkan goreng diigoreng garing dimakan masa panas panas....heavennn
BalasPadam