Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Hari ini 20.10.2016 genap umur Syaza Najeeha , 12 tahun.. jadi berpagian saya telah pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara utk membuat kad pengenalannya.. nanti saya buat entri khas ye 😊.
Untuk hari ini saya nak mengucapkan selamat hari lahir buatnya.. syaza najeeha adalah anak yg baik.. namun begitu sensitif kuat.. tapi anak yg sangat pandai mengambil hati saya.. begitu sayang dia kepada saya.. sanggup tak balik kampung jika saya tak balik.. lebih2 lagi kalau saya sakit.. dia lah yg mengingatkan saya utk mkn ubat.. siap sedia dgn airnya.. hatinya sangat lembut dan mudah mengalir airmata.. sewaktu hemsternya yg bernama Gemok tu mati... teresak-esak menangis menceritakan kepada saya.. masa tu saya pergi krusus tak salahnya.. dah 3 hari Gemok tu mati pun .. bercerita dgn saya pun boleh menangis teresak-esak.. dia juga seorang yg ringan tulang.. siap semua kerja dirumah.. baru dia buat kerja dia pulak..
Doa mama semoga Syaza Najeeha sentiasa dalam redha Ilahi dan berjaya cemerlang dunia dan akhirat..
Selepas urusan JPN selesai.. saya terus pula ke DEMC appointment utk Nabil.. masa tu dah pukul 8.15am.. jadi ambik nombor dulu dan menuju pula ke Segamat Rel untuk bersarapan. Memang dah rancang dari rumah nak sarapan disitu..
Akhirnyaaaaa... dapat juga saya merasai set kacang pool yg sedap itu.. puas makan weyyy.. satu set tu RM8.00.
Nabil pula set Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang .. RM5.90 termasuk kopi yg sedap dan kuih bahalu tu.. air kopi dgn bahulu tu dah sampai dulu.. jadi dia dah makan lah.. tak sempat nak ambik gambar 😆😊
Birthday girl ni pun sama.. cuma ambil air teh... emmm dapnyaa air teh ini mama..
Nanti tunggu kak nabilah balik sari madrasahlah baru sambut besday nya itu 😊😆
happy birthday syaza najeeha ..smoga jd ank yg solehah
BalasPadamHappy birthday SYAZA NAJEEHA. moga Allah sentiasa menjaga, membesar jadi anak solehah... dah besar, rajin menolong plak tu.. baiknya kakak..
BalasPadam*teringin nak makan kacang pool tu kak...hihi
happy birthday syaza..semoga diberikan kesihatan yg baik dan rezeki yg berpanjangan. amin
BalasPadamsuriaqistina.blogspot.com
Sanah helwah Najeeha.
BalasPadamAnak dara sulung biasa lebih prihatin dan mengambil berat hal keluarga Yati. Lepas ada mykad kalau enter mana-mana yg perlu kena bayar dah sama dgn mama punya harga tau. Flight pun sama.
Happy 12th birthday Najeeha, semuga menjadi anak yang baik buat mama, ayah dan seluruh keluarga.
BalasPadamSelamat hari lahir Najeeha!
BalasPadamMoga menjadi anak yang baik dan penyejuk hati mama dan ayah ya...T_T
Hepi bezday Syaza Najeeha...nama yang indah,seindah perkerti .Semoga membesar menjadi anak solehah berjaya di dunia akhirat.
BalasPadamHepi bezday Syaza Najeeha...nama yang indah,seindah perkerti .Semoga membesar menjadi anak solehah berjaya di dunia akhirat.
BalasPadamsanah helwah najeeha... moga jd anak yg solehah n berjaya
BalasPadamSelamat ulangtahun kelahiran Najeeha..subhanAllah..moga menjadi penyumbang terbesar pada jejak ibu dan ayah untuk ke jannah Allah..
BalasPadamSelamat ulangtahun ya, Syaza Najeeha! Sedap-sedap nama anak perempuan CH ni. Time birthday ni requestlah apa-apa nak dari mama kamu tu ya, dah tentu-tentu dia akan cuba tunaikan. Maklumlah emak katanya...
BalasPadamJangan minta nak kahwin cepat sudahlah... Hahaha!
Sedap nama syaza najeeha semanis orgnya. Selamat hari lahir semiga terus ringan tulang, jadi anak yg baik
BalasPadamSanah helwah Syaza Najeeha.
BalasPadamMoga teurs menajdi anak yang solehah dan bijak ;)
Hepy Bezday Najeeha..... moga makbul doa mama untuk Najeeha di hari lahir.
BalasPadamUntung ko Tie dapat anak yg pandai mengambil hati macam Najeeha ni. Gembira hidup sepanjang hayat nampaknya haha..... Cepat sungguh buat IC Tie? Mesti Najeeha yang tak sabarkan nak ada iC. Dah tau dah kalau bebudak ni.
Sekarang ni tak payah ke kedai bekas laki Wan Maimunah nak makan Kacang poolkan. Merata tempat ada