Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Ahad, 13 November 2016

Kelebihan WANITA Untuk BERSEDEKAH..

CARA WANITA BERSEDEKAH...

Bagaimana wanita blh bersedekah, sedangkan mereka adalah surirmh dan mereka juga tidak punya gaji atau gaji tidak seberapa untuk disedekahkan?

Apabila kita sebagai wanita mendengar tentang keutamaan sedekah, kita merasa sedih dan berandaikan dgn berkata: "Bagaimana, sedang aku tak punya duit?" W/pun demikian, kita wanita diperintahkan untuk bersedekah.

Rasulullah SAW  bersabda:

"Wahai setiap wanita, bersedekahlah, dan perbanyaklah istighfar, sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka."

Dan sabda beliau itu menambah khuatir dan rasa takut pada diri kita. Dan solusinya?

Sebenarnya mudah, sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah Ta'ala begitu luas dan tiada henti.
Dia menjadikan sedekah bukan hanya pd harta shj. Namun, setiap pintu kebaikan adalah sedekah.

Berikut contoh-contohnya:

Sedekah itu beraneka ragam:

1. Setiap tasbih dan tahmid adalah sedekah.

2. Setiap takbir dan tahlil adalah sedekah.

3. Amar ma'ruf nahi munkar anda (menganjurkan yang baik dan mencegah yang buruk) adalah sedekah.

4. Bukalah WA, LINE, FB, BBM anda setiap hari, bersedekahlah dengan cara mengirim ucapan2 yang baik kepada semua yang anda kenal, dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah.

5. Senyum anda kepada suami dan anak2 anda, serta kepada sesama kaum muslimat adalah sedekah.

6. Dua rakaat Dhuha menyamai 360 sedekah.

7. Tahanlah diri anda dari keinginan untuk berbuat buruk, itu pun sedekah.

8. Singkirkanlah setiap bentuk gangguan yang dapat mencelakakan orang dijalan, itupun sedekah.

9. Ucapkanlah salam kepada siapa saja yang anda temui, itupun sedekah.

10. Berilah makan kpd jiran atau sesiapa pun dengan makanan yang juga anda dan keluarga anda makan, itupun sedekah.

11. Berilah makan pd kucing, burung atau binatang lainnya atau manusia, itupun sedekah.

12. Muliakanlah tamu di rumah anda yang melebihi 3 hari, itupun sedekah.

13. Berusahalah menolong dan membantu orang lain, samada org Islam ataupun bkn Islam, itupun sedekah.

14. Tuntutlah ilmu agama, ajarkan dan sebarkan, baik dengan cara mendengar, membaca, atau menulis sesuai kemampuan anda, itupun sedekah.

15. Seteguk air yang anda berikan untuk orang yang haus adalah sedekah.

Milik Allah lah segala puji dan kurnia.

Kaedah Penting:

Lakukanlah secara ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan dari siapapun...

Kaum kerabat lebih utama untuk mendapat kebaikan kita (kedua orang tuamu, suami, dan anak-anakmu). Mereka yang paling utama.... yang paling dekat, kemudian yang terdekat.

Perlu diingatkan bahawa;
"Sedekah itu menghapus dosa, sebagaimana air mematikan api".

Sebarkanlah info ini, supaya menjadi sedekah untuk anda, dengan izin Allah.

Aamiin Ya Robbal 'Alamin....  (mengirimkan/menyebarkan artikel ini juga adalah sedekah).

Wallahu a'lam...



6 ulasan:

  1. Aamiin.
    Banyak cara kita boleh bersedekah.
    Marilah kita amalkan.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah perkongsian yg menbuka mata..sedekah ni dalam oelbagai cara kan..tak semesti ya dengan duit dan harta benda saja. Beruntunglah kita mari sama2 amalkan

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah perkongsian yg menbuka mata..sedekah ni dalam oelbagai cara kan..tak semesti ya dengan duit dan harta benda saja. Beruntunglah kita mari sama2 amalkan

    BalasPadam
  4. Terima kasih Ti.....banyaknya peluang untuk kita bersedekahkan Ti. Cuma mau dengan tidak aje. Kadang tu lupa, kadang tu sengaja lupa....Bila fikir umur yang tak berapa nak panjang sangat dah ni rasa insaf sangat tapi selalu leka..... Allahu akbar

    BalasPadam
  5. Banyak caranya kita boleh bersedekah, bukannya hanya dengan wang ringgit semata. Benda yang baik kena mulakan dan amalkan, itu yang seeloknya. Tak gitu CH?

    BalasPadam
  6. Terima kasih kak atas perkongsian...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)