Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Ehh.. Botok ikan siakap.. selalu orang buat ikan tinggiri lah Yati oiiii... kan mak hainom..
Eh.. suka hati kitalah nak buat ikan apa ye Nom.. bukan apa tekak en suami kena ambil kira juga.. 😆😊 :p , udahnya ikan tinggiri en suami kita tak makan.. jadi kita gantilah dgn ikan siakap .. jadi senanglah keje kita ni.. weyyy sedap lah kak ton ikan siakap ni buat botok..😆😊 :D
Ini gara-gara tengok hainomokje buat botok utk mertua tu.. jadi udah teringin pulak untuk membotok ni.. resepi CH guna Cik Manggis kita.. tengok mudah aje.. biasalah CH ni kan suka resepi yg mudah.. ikut kata Sue Bee hihihi..
Lagi satu ulaman tu CH gunakan apa yg tekak laki bini sukalah kan hehehe.. udah teman nak makan ikut tekak teman lah ye.. hahaha..
RESEPI BOTOK IKAN SIAKAP
Bahannya :-
- 3 keping ikan siakap
- daun pisang secukupnya
|Bahan kisar.
- 5 tangkai cili kering direbus
- 1/2 cawan kelapa parut
- 7 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 1 inci lengkuas
- 4 batang serai dihiris
- 5 biji cili api
- 1 sudu teh serbuk kari ikan.
- garam secukup
Bahan Ulaman
- 1 kan daun pegaga di hiris
- 1 ikat pucuk gajus
- 1 ikat daun kesum
- 3 helai daun kunyit
Semua bahan ini dihiris.. saya guna bahan2 ulaman ini ajer sebab ini jer yang masuk pada tekak kami suami isteri hihihi, lagi pun satu ikat tu kan dah banyak nanti membazir pulak kalau letak berbagai ulaman sebab letak sikit-sikit kan
Caranya :-
1. Bahan kisar ditumis sehingga naik minyak dan wangi. Angkat ketepikan.
2. Ambil daun pisang kemudian letak ulaman yg dihiriskan tadi , lepas tu sambal dan letak ikan, kemudian letak sambal diatas ikan tu, lepas tu tabur lagi daun ulaman dihiris tadi.
3. Kemudian bungkus dan kelip kemas dengan lidi.
4. Kukusan yg dipanaskan tadi letak bungkusan ikan tadi, kukus selama 20 minit.
5. Siap untuk dihidang dan boleh diperah limau kasturi
Tertunailah hajat dihati nak merasa botok ni.. weyyyy memang sedap ye mak hainom.. en suami suka tau.. siap tanya ni.. awak masak apa ni, masa si isteri tengah bertungkus lumus didapur .. dengan daun pisang, ulaman dan kukusan.. lain benor rajin bini aku ni.. hahhhaa.. masa makan tu .. tanya lagi .. ini apa pulak namanya ni.. saya kata ini masakan Johor, dorang panggil Botok.. hahaha.. lain benor bunyi nya tu.. ehhhh awak orang Muo tak kan tak tahu kan.. johorian juga kan.. kita keturunan Bugis bukan Jawa.. hihihi.. laaaaa ini kategori masakan Jawa lah ye :)
Tapi memang serius sedap weyyy.. nanti nak buat lagi guna ulaman lain pulak :D
singgah pagi isnin
BalasPadamsemoga semuanya berjalan lancar
Acik.pernah makan ni yatie tapi beli..bukan buat sendiri..
BalasPadamsedapnyaaa kak.
BalasPadamRasanya kat rmh saya kami panggil botok-botok. Arwah bapak suka makan, letak daun bebuas. Saya tak pernah buat, biasa tengok akak2 masak je dulu2. :D
BalasPadamoo sedap ke ya? boleh cuba juga pelbagaikan hidangan
BalasPadamSEDAPNYA BOTOK TILAPIA TAMBAH ULAM BNYK2 BEST JUGA KOT
BalasPadamSdppp ni..lenkali knor bt plkkk
BalasPadamTakmthnnayaq liuq dh meleleh lari dapoq sat....nak bersilat dgn send u kkk
sedapnyer...
BalasPadamterima kasih kak kongsi resepi mabeles ni
BalasPadamHihi...aduh, sudah teringin pulak nak makan tengok hang punya Botok botok ni Ti. Betul tu Ti, tak kisahlah ikan apa pun janji sedap. Ikan siakap ni rasanya mesti cepat masakkan Ti sebab isi dia kan lembut ....
BalasPadamTulah tu ....buatnya tak susah sangat cuma nak mencari ulam ulaman tu yang leceh sikit...
Kita nak buat lagi untuk mertua Ti....esok tghari mengukuslah mak nampaknya
PadamCH...resipi ni nampak sedap and thanks kerana share resipi .. tapi banyak pulak bahan nak guna and teknik nyer..fikir 2-3 kali MK nak masak resipi. Tapi kalau sedap..berbaloi jugak MK cuba kan.. betul tak Hainom OK jer
BalasPadamteringinlah nak mkn.kat mna ada jual. boleh ky redah..
BalasPadamSaya ingatkan siakap ni dah kena suntikan botox ^_^
BalasPadamSaya baru aje nak capai siakap semalam tau CH tapi tak jadi. Kalau saya tahulah CH keluarkan resepi botok membotok si siakap ni, saya beli dua, tiga ekor! Saya tak makan sayur, nak ganti ulam apalah agaknya yerk!
CH, lain kali buat resepi guna ikan terubuk pulak. Saya nak membanjirkan air liur tengok terubuk.
...tetiba teringat terubuk masin pulak!
kalau tempat kira masakan ala ala macam ni kitorang panggil "ikan masak busuk" sedappppp sangat hihihi
BalasPadam