JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 17 November 2016

PETUA RAWAT KULIT TERBAKAR/MELECUR KENA AIR/MINYAK PANAS

Salam petang yang ceria kekawan :)




PETUA RAWAT KULIT TERBAKAR/MELECUR KENA AIR/MINYAK PANAS
Cubalah rawat kulit melecur tersebut dengan mana-mana ikhtiar petua di bawah:
1. Daun lidah buaya / aloevera dan buah manjakani :
Sapukan bahagian kulit yang berkenaan dengan sedikit lendir daun lidah buaya / aloevera dan buah manjakani yang telah ditumbuk lumat.
2. Kapur sirih :

Oleskan kapur sirih pada bahagian yang melecur. Biarkan hingga kering. Setelah kering oleskan lagi. Anda akan terasa selesa tanpa meninggalkan parut.

3. Kopi :

Tepek kopi serta merta pada bahagian yang berkenaan. Anda akan rasa pedih seketika. Selepas anggaran 10 minit tanggalkan. Anda akan dapati kulit tidak melecur atau melepuh.

4. Getah pelepah pisang :

Sapukan getah pelepah pisang pada bahagian yang berkenaan dengan sekata. Elakkan terkena air supaya kulit tidak melepuh.

5. Sebiji telur :

Pecahkan sebiji telur dan kacau. Sapukan telur pada bahagian yang berkenaan menggunakan kapas. Apabila kering sapukan lagi.

6. Sabun mandi :

Gosok perlahan-lahan bahagian berkenaan dengan cecair sabun mandi. Lakukan hingga rasa sakit hilang.

7. Ubat gigi, kicap atau marjerin :

Sapukan ubat gigi, kicap atau marjerin pada bahagian berkenaan. Biarkan hingga kering. Elakkan dari terkena air anggaran selama setengah jam. Kulit akan berasa sedikit gatal dan mengelupas tetapi tidak mengelembung dan berair.

Jika melecur serius perlu rawatan di hospital.
Selamat mencuba.

Sumber : WhatsApps

p/s CH dah habis seram, Alhamdulillah keputusan PSRA Najeeha dapat Mumtaz dan UPSR dapat 2B 4C. Alhamdulillah .. Doa Usaha telah dibuat ketentuan Ilahi terima dengan redha. 

7 ulasan:

  1. yg biasa dana bt boh colgate... mmg menjadi selalunya....

    alhamdulillah, najeeha dh cuba sebaiknya... keputusan yg baik

    BalasPadam
  2. nice tips akak..Hsna senang je sekali kena sapu je #HerbalBlend....kira xsempat memerah la..

    BalasPadam
  3. Yang biasa dengar pakai ubat gigi Ti, tak pun biarkan yg kena melecur tu kat bawah air lalu. Entahlah....kalau kena kat kepala, kena mandilah gamaknya hihi...

    Tahniah Ti dan Najeeha....tak per, masih jauh lagi perjalanan diaorang.

    BalasPadam
  4. terbaca doktor tulis di fb, sebaiknya kalau melecur lalukan dgn air about 10 minit. wallahualam

    BalasPadam
  5. saya cepat2 lalukan bahagn terkena minyak/air panas tu bawah air paip.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)