JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 19 Jun 2017

Anugerah Terindah IFTAR Adik Beradik Ipar Duai Anak Cucu ๐Ÿ‘ช๐Ÿ’‘๐Ÿ‘ซ

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..

Pada hari sabtu 17.6.2017 kami adik beradik utk Iftar di rumah Arwah Abah dan Mak.. mengikut atur cara pukul 5.30pm dah berkumpul di kubur utk buat tahlil dan ziarah.. oleh kerana hari hujan sepanjang hari terpaksa dibatalkan dan buat tahlil dirumah selepas solat isyak.

Ber iya kak lang saya dan menantu lelakinya tu membakar terubok dan cencaru bakar hihihi ๐Ÿ˜†
Kak lang punya sambal bakar tu yg sedap sgt.. regu pulak dgn air asam dan cili api kicap.. perghhh.. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜‹
Kami buat secara potluck.. memasing dah ada menunya seperti wasap jemputan tu ๐Ÿ˜Š

Masa berbuka sebelum solat maghrib makan kurma dan buah-buahan. Selepas tu baru makan nasi dan lain2 yg dibawa. Tak ada gambar haha๐Ÿ˜‚ sebab memasing tengah menikmati terubok bakar yg meleleh air liur masa bau membakar. Adik saya bawa 5 orang anak murid tahfiznya. 

Lepas tu solat isyak dan tarawih. Adik saya yg uda tu tengah sarat mengandung. InsyaAllah 4.7.2017 ni. Maka duduklah atas kerusi.. saya pun tumpang sekali duduk apabila pinggang dah mula terasa sakit. Dah lah buat 8 rakaat.๐Ÿ˜† 
Alhamdulillah selesai semuanya.

Lepas tarawikh dan witir adik saya bagi tazkirah. Saya cuba upload video tapi tak boleh pulak. Kata adik saya kalau di Mekah dulu2 .. bila habis 4 rakaat mrk tawaf.. sehingga sampai 16 rakaat. Jadi yg di Madinah pula rasa mereka kekurangan tak dpt bertawaf. Jadi mereka solat tarawikh 36 rakaat. 
Lagi satu kalau kita buat 4 rakaat dipanggil tarawikhha iaitu satu rehat.. bila 8 rakaat dipanggil tarawikhthani iaitu 2 rehat.. dan apabila 16 rakaat baru dipanggil tarawikh.

Selepas tu diadakan majlis sambutan hari lahir bulan Mei dan Jun. Nabil lah paling suka sbb masa besday dia saya tak beli kek pun. Suka berganda sebab raikan ramai2.

Pastu kak ateh bagi hadiah hari lahir . Muka semua ada senyum ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜Š

Lepas tu saya memberi hadiah raya tupperware kek raya tu.. utk setiap adik beradik dan ipar duai perempuan.

Adik saya Itam bagi kopi pak belang.. ๐Ÿ˜† agar bertenaga utk bertarawikh dan qiamulail utk 10 mlm terakhir ni katanya..๐Ÿ˜†๐Ÿ˜๐Ÿ˜„

Kemudian pemberian duit hari raya pada anak2 dan cucu2.. kata ustaz elok diberi pd bulan ramadhan .. jadi sedekah dan berlipat ganda keberkatan dibulan ramadhan.

Pak cik Habib dan anak buah Nur Zahirah Makkiyyah. Yg lelaki tu anak adik saya itam tu.. yang perempuan tu cucu kak lang.. siap selit kat perut duit raya๐Ÿ˜†๐Ÿ˜…

๐Ÿ‘‡ saya ambil dari FB adik saya yg itam tu.. utk mengenang moment terindah ini. Walaupun arwah mak abah dah tiada ikatan kekeluargaan perlu dijaga hingga ke Jannah ๐Ÿ’–❤๐Ÿ‘ช๐Ÿ’‘๐Ÿ‘ซ




ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ุงู„ูุงุชุญ ู„ู…ุง ุฃุบู„ู‚ ูˆุงู„ุฎุงุชู… ู„ู…ุง ุณุจู‚ ู†ุงุตุฑ ุงู„ุญู‚ ุจุงู„ุญู‚ ูˆุงู„ู‡ุงุฏูŠ ุฅู„ู‰ ุตุฑุงุทูƒ ุงู„ู…ุณุชู‚ูŠู… ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ุญู‚ ู‚ุฏุฑู‡ ูˆู…ู‚ุฏุงุฑู‡ ุงู„ุนุธูŠู…...
AlHamdulillah wa Syukrulillah malam tadi 23 Ramadhan 1438H bersamaan 17hb Jun 2017 sekali lagi mengulangi tradisi  tahun2 sebelumnya kami adik beradik, anak2 buah, cucu2 cicit2, ipar duai berkumpul di teratak bonda kuang utk majlis iftar, tarawikh dan tazkirah ramadhan serta sambutan ulangtahun kelahiran Mei dan Jun. Berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan termasuk dari bahagian sunnah Baginda Nabi mulia (ِุงِุฏْุฎَุงู„ِِ ุงู„ُّุณุฑُูˆุฑ) dalam riwayat juga mengatakan (ุชَู‡َุงุฏُّูˆุง ุชَุญุงَุจّูˆุง) saling menghadiahkan akan saling mecintai.
Terima Kasih kekanda Yatie Isa (mak cit) sbb bagi duit raya dan hadiah. Nampak seronok anak2 sedara, pak cik mak cik pun dapat hadiah...
(Teringat arwah abah... " aku dapek Henpon", hehehe)
Terima Kasih kekanda Rosnaidah Md Isa  kerana menerima kunjungan kami di teratak bonda, yang telah mewarisi kasih ayah bonda semoga dikekalkan kesejahteraan, kesihatan, dipanjangkan usia buat kekanda semua seisi keluarga. Semoga "al Wudd" (kasih sayang) ini adalah Warisan peninggalan berharga dari ayahbonda buat kita semua.
Hadis ke 22 kitab al Adab al Mufrad  (ุจุงุจ ุงู„ูˆุฏ ูŠุชูˆุงุฑุซ)
ุนู† ุฃุจูŠ ุจูƒุฑ ุจู† ุญุฒู… ุนู† ุฑุฌู„ ู…ู† ุฃุตุญุงุจ ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆ ุณู„ู… ู‚ุงู„؛ ูƒููŠุชูƒ ุฃู† ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆ ุณู„ู… ู‚ุงู„، ุงู† ุงู„ูˆُุฏَّ ูŠَุชَูˆَุฑَุงุซُ.
Sabdaan baginda, Sesungguhnya perasaan kasih sayang itu adalah diwarisi.
Cukuplah ini sebagai WARISAN buat kita semua asbab warisan kasih sayang itu moga kita akan dirahmati.
Semasa kita hidup mendoakan, sudah tiada didoakan.
ูˆุงู„ุฐูŠู† ุฌุงุกูˆุง ู…ู† ุจุนุฏู‡ู… ูŠู‚ูˆู„ูˆู† ุฑุจู†ุง ุงุบูุฑ ู„ู†ุง ูˆู„ุงุฎูˆุงู†ู†ุง ุงู„ุฐูŠู† ุณุจู‚ูˆู†ุง ุจุงู„ุฅูŠู…ุงู† ูˆู„ุง ุชุฌุนู„ ููŠ ู‚ู„ูˆุจู†ุง ุบู„ุง ู„ู„ุฐูŠู† ุกุงู…ู†ูˆุง ุฑุจู†ุง ุฅู†ูƒ ุฑุกูˆู ุฑุญูŠู…
Ertinya; Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar) mereka berdoa, Ya tuhan kami, berilah keampunan kpd kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman terdahulu dari Kami. Dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan Kami sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.

Terima Kasih kepada semua yang memeriahkan. Pelajar2 tahfiz Haji Ishak ainurrahmah kuang, adik beradik ipar duai anak2 buah cucu2 dan cicit2.

#SemogaUkhuwahBerkekalan
#DoakanKamiDiSini
#semogAyahBondaTenangDiSana
#SolatulFatiih

7 ulasan:

  1. Wkmsalam.
    Program yang dapat mengeratkah ukhuwah sesama saudara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul WP..
      Dgn ada program mcm ni lah ukhuwah akan berpanjangan..๐Ÿ˜Š

      Padam
  2. seronoknya ye kak... bila dpt berkumpul adik beradik gini...
    jgn sbb mak abah dh takde, nk berkumpul sesama adik bradik dh ssh...
    ini lah ptt ikatan silaturrahim yg diteruskan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya dana..
      Wlpn mak abah akak dah tak ada..
      Ikatan kekeluargaan terus terjalin dgn kasih sayang.

      Padam
  3. Rezeki tu namanya Ti bila adik beradik dapat bergader gader macam ni. Arwah mak abah dalam kubur pun senang hati bila anak anak sepakat.

    Jiran den hari tu pun ada offer kalau nak beli tupperware yg isi kek tu. Den ni mcm nak beli, tak beli sudahnya dah sold out haha.... Sedap ke keknya Ti?

    Hang bawak apa Ti?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam tu kek coklat moist dan kek oren ada buah2an campur tu..
      Sedap nom.. den punyo dah habih di mkn anak den.. tak sompek rayo eh ๐Ÿ˜‚

      Den punyo potluck satay,gulai cendawan kukur dan kek resepi rahsia ko tu nom..
      Sekali hadap abih anak beranak cucu cicit..

      Padam
  4. Seronok kan ramai ramai mcm tu...acara keluarga =)

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)