JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 6 Jun 2017

Yang MUDAH Tapi Sering TERLUPA 😦😳

BAGAIMANA CARA BERZIKIR
KETIKA SIBUK BEKERJA?

Zikir ialah ibadat paling ringan tetapi amat berat timbangan pahalanya. Walaupun mudah dan ringan diamalkan, kebanyakan muslim lupa melakukannya disebabkan tidak dilatih berbuat demikian.

Semangat kerja Nabi Allah Idris AS patut dicontohi. Baginda adalah seorang tukang jahit yang mencari nafkah dengan hasil usaha tangannya sendiri. Pada suatu hari ALLAH SWT berfirman yang maksudnya: “Wahai Idris, tahukah kamu mengapa Aku mengangkat darjatmu hingga ke tempat yang sangat tinggi? Sebagaimana firman ALLAH yang bermaksud: “Dan kami mengangkatnya ke kedudukan yang tertinggi.” (Surah Maryam; Ayat 57). Nabi Idris menjawab: “Saya tidak tahu wahai Tuhanku.” ALLAH berfirman: “Setiap hari amalanmu terangkat ke sisi-Ku seperti setengah amalan penduduk dunia ini kerana kamu banyak berzikir.” ALLAH berfirman yang maksudnya:“Kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh.” (Surah Fatir: Ayat 10)

Demikianlah keutamaan Nabi Idris AS kerana setiap kali baginda menusukkan jarumnya, pasti kalimah zikrullah yang empat diucapkan iaitu; Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah, wa Allahu Akbar. Pekerjaan yang dilakukan sambil berzikir sungguh berat timbangannya di sisi ALLAH dan boleh menyuntikkan semangat untuk berjaya semata-mata kerana keredhaan ALLAH.

Zikir adalah amalan yang paling mudah dan ringan tetapi amat berat pahalanya. Syaikh al-Islam al-Imam Ibnu Taimiyah dalam kitab agungnya, Majmu’ al-Fatawa menyatakan; Amalan yang paling utama selepas amalan yang fardhu adalah zikrullah. Dalam hadis sahih riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda:“Mahukah kamu aku tunjukkan amalan yang paling utama dan yang paling bersih di sisi ALLAH? Lebih baik daripada kamu bertemu dengan musuh-musuhmu lalu kamu memenggal leher mereka dan mereka juga memenggal leher-lehermu? Para sahabat menjawab: Tentu wahai Rasulullah. Rasulullah bersabda: "Zikrullah.”

Demikianlah zikir yang dilakukan. Ia tidak memerlukan wuduk dan ia tidak dibatasi oleh waktu dan tempat. Di mana dan bila-bila sahaja dan dalam keadaan apapun ibadat ini boleh dilakukan. Sungguh senang tetapi ramai manusia yang meninggalkannya.

Al-Imam Ibnu al-Qayyim menyatakan: “Baginda memberi petunjuk supaya berzikir dalam setiap ucapan, tindakan, tarikan nafas, kala berdiri, duduk dan berbaring, gerak geri baginda adalah zikir kepada ALLAH".

Rasulullah SAW adalah seorang manusia yang paling sibuk dengan dunianya dan paling bersedia untuk bekalan Akhiratnya. Baginda adalah seorang Ketua Negara yang amanah, Mahaguru yang dihormati, pakar motivasi, Jeneral perang dan penganalisis politik yang hebat, ketua rumah tangga yang adil, pendakwah yang karismatik, ayah yang penyayang, saudara lelaki yang penyantun. Seluruh masa dan tenaga dikerahkan untuk memastikan mereka yang hidup di sisi baginda mendapat kebahagiaan dunia akhirat. Begitu juga dengan kita yang memenuhi hari-hari dengan kerja dan zikrullah, pastikanlah ianya tidak terhenti kecuali kedua kaki ini telah sampai di pintu kenikmatan tertinggi, Syurga yang abadi!

Sumber : WhatsApp

10 ulasan:

  1. Perkongsian yg baik...semoga kita sama2 muhasabah diri.

    BalasPadam
  2. Perkongsian yg baik...semoga kita sama2 muhasabah diri.

    BalasPadam
  3. peringatan bersama..moga kita diperingatkan sentiasa
    JanjiKita

    BalasPadam
  4. terima kasih memperingatkan pd yang selalu terlupa ni..selalu bawak digital tasbih masa berbrisk walk sambil berzikir ni..

    BalasPadam
  5. terima kasih. memang mudah tapi selalu terlupa kan. boleh saja zikir waktu buat kerja rumah tapi termelayang ke tempat lain lak.

    BalasPadam
  6. perkongsian bermanfaat sangat. ya betul, kita manusia lemah yg mudah & selalu terlupa. terima kasih kak mengingatkan tentang zikir. 😍

    BalasPadam
  7. Betul tu Ti....berzikir ni nampak mudah nak buatnya tp kita selalu lupa nak mengucapkannya.

    Rugi kan kalau kita tak amalkan.....
    Benda mudah tp berat timbangannya

    BalasPadam
  8. In syaa Allah.
    Marilah kita mengamalkannya.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)