JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 2 Jun 2017

MESEJ DISEBALIK USIAπŸ˜’

MESEJ DISEBALIK USIA

  Semakin berusia semakin lemah tangan menggenggam..kerana Allah sedang mendidik kita agar melepaskan cinta dunia.

   Semakin berusia semakin kabur matanya... Kerana Allah sedang menggilap mata hati untuk celik melihat akhirat.

    Semakin berusia semakin sensitif....kerana Allah sedang mengajar bahawa pautan hati dengan makhluk sentiasa menghampakan namun hati yang berpaut kepada Allah, tiada pernah mengecewakan.

Semakin berusia semakin gugur gigi-giginya....kerana Allah sedang mengingatkan bahawa suatu hari kita akan gugur kedalam tanah selamanya.

Semakin berusia semakin ditarik nikmat kekuatan tulang dan sendi....kerana Allah sedang mengingatkan bahawa tak lama lagi nyawanya akan ditarik.

Semakin berusia semakin rambut putih....kerana Allah sedang ingatkan kain kapan yang putih.

  Begitu juga hati...semakin berusia semakin sepi dan ingin bersendirian...kerana Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia.

  Akhirnya ...hanya cinta Allah yang kekal sebagai bekalan menuju akhirat.

Didoakan semoga kita semua;

 ● Diberkati usia
 ● Dimurahkan rezeki
 ● Ditetapkan keimanan
 ● Dikurniakan pemikiran dan pertimbangan yang terbaik
 ● Kesihatan yang baik
 ● Berjaya di dunia & akhirat
 ● Sentiasa mendapat rahmat dariNya

Amiin ya Robbal alamin.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

13 ulasan:

  1. Peringatan untuk diri akak juga...
    Semoga kita sama2 dapat rahmatNya.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. kalau dah tau tanda2 tapi masih x buka2 jg mata hati tu tak tau kan lah kan kak...

    BalasPadam
  4. SEMAKIN BERUSIA SEMAKIN RAGU N BIMBANG DITINGGALKAN WAKTU

    BalasPadam
  5. Aamiin... tidak ada yang tidak benarnya, Allahuakbar!

    BalasPadam
  6. Setuju Tie... sikit2 saya mengalami sintom2 tu.

    BalasPadam
  7. amiiinnn. peringatan kepada mati.

    BalasPadam
  8. Allahu akbar. Sangat terkesan dengan entri ni....Cinta dunia hanya sementara, cinta kepadaNya jugak kekal

    BalasPadam
  9. Amin kak. Good entri kak..

    "Semakin berusia semakin kabur matanya... Kerana Allah sedang menggilap mata hati untuk celik melihat akhirat." - a good one..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)