Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendak..
Tengok di wall FB resepi ayam panggang ni cukup mudah.. nak cuba jugalah utk berbuka puasa cuti ni.. jom kita save dulu.. terima kasih pd yg kongsi resepi ni..
Ayam Panggang Ajaib. Menu mesti di sediakan berbuka puasa, bukan bulan puasa pun selalu saya sediakan. Jadi....Mari saya kongsikan resipinya.
AYAM PANGGANG AJAIB
1 Ekor ayam dibelah belakang dan dibersihkan.
3 biji bawang besar saiz sederhana
2 ulas bawang putih
8-10 cili kering
1 batang serai
1 inci halia
2 inci kunyit hidup
3 sudu gula - kalau suka lebih manis boleh tambah gula lagi.
1 camca kecil garam
Cara memasak....
1. Lumurkan garam dan gula pada ayam
2. Cili kering digunting dan direbus dahulu.
3. Kisarkan bawang, cili kering, halia, kunyit dan serai.
4. Lumurkan pada ayam hingga rata.
5. Perap sekejap dalam 10-15 minit.
6. Bakar menggunakan pemanggang Ajaib selama 50 minit hingga 1 jam api perlahan. Pastikan pemanggang ditutup ya. Kenapa saya masak lebih kurang 50 minit - sejam? Kerana bahagian dada tu tebal. Kalau dipotong kecil2 setengah jam bakar dah masak dah. Ok.... Kalau X ada pemanggang Ajaib boleh dibakar dlm microwave atau oven ya. Bakar selama 1 jam. Suhu....ikutlah pada microwave dan Oven masing2.
7. Sekali sekala balik2 dan buka lihat keadaan ayam. Kalau tak buka tengok nanti hangus pula. πππ
8. Apa bila masak boleh la dihidangkan.
# Selamat mencuba. π
Kenapa saya beri nama Ayam Panggang Ajaib? Kerana Saya panggang Ayam ini dlm pemanggang Ajaib. Sebab tu saya beri nama Ayam panggang Ajaib. π
Sumber : Facebook
dlu pn ada buat juga ayam panggang pastu guna pemanggang ajaib ...mmg bg nama ayam panggang ajaib juga hehe
BalasPadameh2 menggoda betul lah ayam tuh kak... tgk dia punya perapan pun mudah... boleh try jgk nih... kadang abis jgk menu nk msk apa...
BalasPadamaduh kak...kecur abis tgk.... terus rase nak buat ayam panggan sekor nir...selalu gak lieya buat...tapi biase buat resepi western2 sikit...lepas ni nak buat ikut resepi akak lah plak..... terbayang2 ayam golek kat bazar yg penuh rempah2 tu .....
BalasPadamtq kak share resepi best....
Kita punnak buat ginilah. Bahan-bahan semua ada. :)
BalasPadammemang mudah tu..nampak kuning kemerahan
BalasPadamJanjiKita
SEDAPNYA AYAM PANGGANG AJAIB BUAT BERBUKA NANTI..RESEPI PUN MUDAH SAJA
BalasPadamboleh la cuba petang nanti...sedang molek xde idea nak masak berbuka ni...
BalasPadamsemua bahan dah ada kat rumah. haruslah akak cuba ni :)
BalasPadamAda panggang ajaib bolehla pangge ayam panggang ajaib, den takdo, kono bakar dlm oven, so kono panggil ayam panggang ovenlah ek, mwehehe
BalasPadammudah kan ti,tapi akak kalau makan bertiga ni cili kering tu tak masuk lah...
BalasPadamaaa mudah nyerrrr ... nampak sedap pulak tuh !
BalasPadamHaha.... bulan pose ni tengok ayam montah pun sodap Ti...
BalasPadamTadi beli ayam tp belah 18.
Kalau ayam panggang, belah 2 baru sodapkan Ti...
Ayam panggang mcm ni kalau buh serai mmg sedap ek!
Nampak sedap, Mesti cuba ni CH!
BalasPadammacam sedap je tu haa
BalasPadamnampak sedap tu. lama jgak tak buat ayam panggang ni.
BalasPadamSaya tak ada pemanggang ajaib.
BalasPadamKalau saya buat ni saya guna pemanggang arang.
Pemanggang ni kawan saya beri. Dia bisnes fondri.