JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 24 Ogos 2017

RESEPI PAU SAMBAL GEBU DAN LEMBUT

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Dah masuk 2 Zulhijjah kan kekawan.. lagi 8 hari kita akan menyambut Aidiladha.. rindu pulak dengan panggilan haji itu.. semoga kita akan menjadi tetamu Allah jua suatu hari nanti.
Layan FB tadi keluar lah pulak resepi pau sambal gebu ni.. nabil cukup suka ni.. nanti nak cubalah.. sebelum tu kita save kat sini dulu..πŸ˜†

Resepi Pau Sambal Yang Gebu dan Lembut😍

Bahan adunan doh Pau:

400 g Tepung gandum ( 4 cawan tepung)
1/2 peket Yis mauripan yang telah dikembangkan dengan air suam
2 sudu gula pasir
1 sudu majerin
2 sudu susu tepung
Sedikit garam
Sedikit air untuk mencanai doh

Cara dan Petua Mudah Menyediakan Pau Yang Lembut dan Gebu

Sediakan setengah paket yis mauripan dengan air suam dan satu sudu kecil gula pasir.Kacau hingga larut dan biarkan hingga berbuih.
Masukkan tepung ke dalam mangkuk,buat lubang,masukkan semua bahan-bahan dan uli hingga lembut.
Biarkan doh dalam 30 minit.Bila doh mengembang, tumbuk doh perlahan untuk buang angin.Kemudian buat bentuk bulat saiz ikut kesukaan sendiri.
Biarkan doh sampai mengembang sehingga seganda.
Goreng pau dengan minyak penuh supaya pau masak rata dengan gunakan api yang sederhana.
Bila sudah kekuningan, angkat dan toskan minyak.
Bila sudah sejuk, boleh belah dua pau (jangan belah sampai habis) dan masukkan inti sambal tumis, timun dan hirisan telur rebus.
Siap untuk dihidang.

Bahan-Bahan untuk buat Inti Pau Sambal:

100gram cili kering yang telah digunting,direbus.***
3 ulas bawang merah.***
2 ulas bawang putih ( saya letak, resepi asal tak letak)
1 sudu garam
5 sudu gula pasir
1 sudu asam jawa adabi
1 sudu udang kering*** ( saya tak letak, tapi ganti dengan ikan bilis)
minyak masak untuk menumis
1 ulas bawang besar potong dadu.( saya letak, resepi asal tak letak)

Cara memasak sambal Untuk Buat inti Pau
Blender bahan bertanda ***

Panaskan kuali, masukkan bahan kisar dan biarkan sampai naik minyak.
Masukkan gula,garam,asam jawa.
Masukkan bawang besar yang dipotong dadu.
Biarkan sehingga kering.
tutup api.

like & share
Senangnya Masak utk lebih resepi hebat menanti 😍

Sumber : Facebook

16 ulasan:

  1. Nak buatlah..nak balik kampung nak buat kat kampung..makan ramai2...meriah...buat comel2 je..terima kasih kak share resipi.

    BalasPadam
  2. dana panggil beger malaysia kak...

    sedapnya dpt mkn panas2... tp dana tak penah bt pun heheheh

    BalasPadam
  3. Laki den pun suka ni Ti...tapi bini eh tak pernah buat haha.... Pernah sekali dulu try tapi bila goreng, dalam tak masak. Terus malas nak buat lagi haha...

    Benda ni mcm donat jugak kan.... Kalau sambal dia sedap, sedaplah jadinya

    BalasPadam
  4. Akak suka juga pau sambal ni ,pernah juga buattapi macam tak cantek je jadi nya .Ni ada yatie share resepi boleh lah akak try lagi nnti.

    BalasPadam
  5. lamanya tak makan pau sambal. kuih ni dipanggil burger Malaysia jgak kan kak. adui tiba2 teringin plak.

    BalasPadam
  6. uuish sedap ni hehe.. bege mesia hehe =D

    BalasPadam
  7. Yang ini saya pun suka tapi selalunya macam biasa, beli ajelah CH. Saya savelah resepi ni manalah tahu kalau-kalau datang kerajinan saya nak mencubanyakan!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)