π΄INFO PENTING -
Di arafah 'asar pd tarikh *9 zulhijjah 1438H* hingga ke maghrib pd tarikh *10 zulhijjah 1438H* itu di kira *waktu ARAFAH*... ustazah kata *waktu paling mustajab berdo'a*... tarikh di *M'sia* adalah pd *31.08.2017* kira2 pd jam : *8.48pm-11.30pm* pd masa ni semua kita di *M'sia* pun bole sama2 berdo'a sekali...
*INGAT*... dr jam *8.48pm-11.30pm* do'a, do'a dan do'a... jgn putus b'doa.. ulang2 do'a yg sama pun X'apa... masa tu nak menangis puas2 pun menangislah.. minta bersungguh-sungguh *ALLAH swt* ampunkan dosa2 kita semua.. (juga utk ibubapa kita)...
Moga *ALLAH swt* makbulkan sgala do'a2 kita semua. Aamiin...
Pls inform pd ahli keluarga, sanak-saudara dan sahabat2 yg lain agar mereka juga turut sama berdo'a ye...
- *SALAM JUMA'AT* dr *MEKAH al Mukarramah*. ☺☺☺-
Info dari : *Ustazah Fatimah* (Rayhar Travel). Semua muslimin & muslimat disarankan berdo'a masa trsbt. Aamiin...
π΄Tolong panjangkan info ini kpd seluruh muslimin dan muslimat. *Jaazakumullahu Khayr*.
DOA ARAFAH - 31/8/17 Rebutlah satu jam ini
Assalamualaikum. Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:
1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus
2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.
13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu
15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..
28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari. ππππππππ
In sya Allah . Hari Arafah bagi tahun 2017 jatuh pada 31/08/2017 mulai jam 12.21 tengah hari (Khutbah Arafah).
Untuk doa yang paling mustajab bagi kita yang berada di Malaysia adalah dalam waktu solat Asar jam 5.21 petang hingga jam 6.21 petang. Rebutlah 1 jam yang penuh istimewa ini untuk kita angkat doa ke langit Allah. waktu ini utk berdoa kerana ini adalah waktu yg amat mustajab. Selamat Beribadat!
Sumber : whatsApps
aminn
BalasPadamDpt juga msg ni kt WhatsApp..sama2la kita byk berdoa , smoga doa kita dimakbulkn
BalasPadamAssalamualaikum Wmbrth
BalasPadamSalam hari isnin sis. amin
doa memang makbul waktu arafah
in syaa Allah.
BalasPadamada dapat mesej waktu wukuf di arafah jgak. tapi lain plak waktunya. yang saya dapat hari khamis pukul 5.21 - 6.21 petang. sama2 lah kita berdoa ya. terima kasih share doa dan zikir juga. π
BalasPadamaaminn....terima kasih banyak2 ;)
BalasPadamsemoga kita semua mendapat keberkatan dan manfaat dari nya..
BalasPadamAminnn...moga Allah makbulkan doa kita semua
BalasPadam