JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 17 Ogos 2017

Tarbiah Sentap ... Korban 🐐🐫πŸͺ🌷🌹😊



Saja congak-congak.

Astro = rm540 setahun (minimum)
πŸ‘€ biasa la tu.

UniFi : rm1500 setahun (minimum)
πŸ‘€ biasa la tu.

Bil Telefon : rm600 setahun
πŸ‘€ biasa la tu

Rokok : rm1440 setahun (minimum).
πŸ‘€ biasa la tu.

Korban RM650 setahun. 😭 mak aiii.. Mahalnya.. Manala aku mampu.


πŸπŸ‚πŸƒπŸπŸƒπŸ‚πŸ«πŸͺπŸͺ🐫🐐🐐

*KISAH BENAR YANG BOLEH DIAMBIL PELAJARAN. MOGA BERMANFAAT*

Kisah semalam yg mengajar saya...
Moga menjadi motivasi buat kita yg jauh lebih dewasa..
Semalam kami  ziarah anak bongsu berumur 15 tahun di Madrasah Hafizah Tamam Bangi kepunyaan Ustazah Asni Abu Mansor (Personaliti TV 1, TV3, TV 106, Oasis, TV Hijrah).
Setelah membawa anak  "outing", semasa dlm kereta saya terdengar perbualan diantara ayah dan anak.

Ayah: Huda, tahun ini Ayah nak buat  ibadah Qurban utk Huda di Kemboja.. Nanti ayah bayarkan rm280.

Huda : Tak payah le Ayah..

Ayah : Kenapa pulak tak payah?

Huda : Bukan tak payah......Huda nak buat Qurban..tapi Ayah tak payah bayar utk Huda. Huda nak bayar sendiri dgn duit Raya Huda.

Ayah : Oh ye ke..Ok le tu.

Huda : Ayah, lbu,..Ustazah Asni cakap dlm Tazkirah di Madrasah....Binatang Qurban yg kita sembelih  didunia akan menjadi kenderaan kita di Padang Masyar nanti. Tapi ramai yg tak nak buat..Ada yg kata tahun lepas dah buat...tahun ini tak payah lah.....
Kenapa pula mcm tu? Ustazah kata....
Kalau kenderaan kita didunia  kita bolih "renew" roadtax setiap tahun, kenapa kita tak boleh renew lbadah Qurban setiap tahun? Hanya 1 tahun 1 kali sahaja dibulan Dzulhijjah...kita buat bukan utk org lain tetapi diri kita.
Kita kene yakin...perintah Allah SWT pasti baiΔ·

Ibu : Alhamdulillah...Syukur..lbu dpt llmu baru.....Ye kan...  ibaratkan Renew Roadtax!!..
Takde roadtax bukan main risau dgn polis dan JPJ.....Takde kenderaan di Padang Masyar kita tak risau...pada hal kita  nafsi nafsi...sendirian tiada siapa dpt menolong kita hanya dgn Amal kita..........hanya org beriman dan beramal soleh shj yg akan selamat.
Alhamdulillah....

Ibadah Qurban Bukti Cinta❤ kita kpd Allah SWT

Moga menjadi Amal Soleh Ustazah Asni Abu Mansor dan juga Huda.
Tk Huda atas llmu yg dikongsikan..simple tapi amat bermakna..❤

Sumber : whatsApp

10 ulasan:

  1. Memang ramai terkorban

    Sebab tak mampu berkorban

    BalasPadam
  2. Allahuakbar. Betul tu, ibadah qurban payah nak buat. enset 4-5k bertukar ganti kan..

    BalasPadam
  3. ade la tersentap sikit kak..hiksssss...

    BalasPadam
  4. MOGA KITA MAMPU MELAKUKAN IBADAH QURBAN

    BalasPadam
  5. Betullah sangat tu kan Ti....kadang nak keluarkan duit banyak tu pun berkira terasa banyak padahal keluar duit untuk benda lain boleh jer...

    Kagum dengan budak kecik yg berfikiran mcm tu.

    BalasPadam
  6. Oh terkesan jugak dengan anak puan... Bagus kumpul duit raya nak korban... Saya yang dah tua ni pun tak pernah korban sendiri... Huhu

    Jemput jalan ke blog saya...

    https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/13/pengalaman-puan-yaya-naikkan-hb/

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)