Semasa dalam kereta lagi kak Nabilah dah mengadu pening kepala.. sampai rumah dah terbaring.. bila saya rasa dahinya.. eh panas..
"kakak demam ke?"tanya saya.
"Ya lah agaknya mama", jawabnya lemah
"Pergi mandi dulu, nanti mama buat air milo panas dan makan roti, lepas tu boleh makan ubat" arah saya.
Lemah jer langkah pergi ke bilik air .. risau juga saya, hari isnin peperiksaan akhir tahun dah mula, macam mana nak ambil periksa ni..
Mandi pun sekejap... keluar menggigil, sejuk katanya.. cepat dia pakai baju, lepas tu berselubung sekejap sebelum minum milo panas yang saya buat tu...
Lepas tu terbaulah dia sizzling yang saya buat ni.. bersemangat bangun tanya saya masak apa... nak makan.. nak makan katanya.. saya sediakan sepinggan utk dia makan tapi sayang selera tak ada.. ada lah tiga empat suap yang dimakan , penyudahnya saya yang menghabiskannya.
Tengok bibir dah merah.. panas lagi tu |
Yummy mama.. terbaeek.. masih ceria lagi |
Cuba juga menghayati kesedapan sizzling tapi selera pula kurang .. :( |
RESEPI SIZZLING YEE MEE
Bahan-bahanya ( utk 3 - 4 orang makan)
2-3 mee
sanggul (gulung) a.k.a yee mee
5
ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake (
cendawan kering-rendam hingga lembut potong 4)-saya guna yang segar
1
keping dada ayam- potong mengikut citarasa
3 biji cili kering- potong 1 inci
2
sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1
sudu besar kicap pekat
1/2
in halia- hiris nipis
6 tangkai sawi - saya guna pak choy
3 biji telur
1 kiub ayam
Serbuk
lada hitam
garam- secukup rasa
Beberapa titik Minyak bijan
1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
sedikit minyak utk menumis
Cara-cara nya :
1)Tumis
bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
2)Masukkan
ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
3)Masukkan
2 cawan air.
4)Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan
kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
5)Masukkan cendawan serta sayur2 lain-
tunggu 2-3 min.
6)Masukan telur ( satu persatu..
tak perlu kacau biarkan bulat-bulat tu)
7)Masukkan campuran tepung jagung dan
kacau.
8)Titikkan
minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
9)Akhir
sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2. (saya rebus
@ celur yee mee tu asing bila nak makan baru letak kuahnya)
Saya gandakan resipi diatas untuk saya bawa ke pejabat untuk makan bersama kawan di pagi jumaat ni..
jadinya kuahnya sebanyak ini....
Taraaa... berasap-asap u :D |
boleh try resepi akak ni. mcm best jer
BalasPadamCubalah nida.. terima kasih meninggalkan komen..
PadamNanti akak follow u ye :D
salam kak yati.....
BalasPadamooohhhh.....slup...slup berpeluh2 menghirup mee yang panas tu.....
sedap betul.....nak sikit boleh he heeeee......
Hahaha dah tinggal kuali je Yan, tak dpt pulak akak menghulur sepinggan utk Yan, Cuba sendiri lah ye, senang jer tu ;-)
Padam