JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 1 Oktober 2012

Hari Bersejarah Kali Ke Dua ^___^


بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

Baraka Allahu Laku wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.FBarakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kumnjja fii khair.


5 kali lafaz baru berjaya ;-)
Hampir 2 tahun mak mertua saya meninggal.. baru sekarang bapa mertua saya bertemu jodoh kali kedua... ialah buat peneman di rumahkan. Tambahan anak-anak duduk jauh dari abah.. sekurang-kurangnya ada yang menyediakan makan minumnya, menjaga sakit peningnya dan kawan untuk berbual.. tidak terasa sunyinya...


Serah mas kahwin :D

Sarung cincin pula ;-)

Gambar kami sekeluarga bersama pak teh, Mak teh, mak angah,pak cik dan mak cik. Semuanya 6 buah kereta pergi menghantar. Majlis bermula selepas solat jumaat, pukul 3 petang tapi pak imam pula tertidur dirumah.. :D penyudahnya pukul 4 petang baru mula ;-))

Keluarga kami :D
Keluarga belah perempuan :)


Ni hantaran dari kami ...
Sirih junjung tu pukul 9 pagi baru saya mula menggubah :D

Dulang biru hantaran dari pihak perempuan ;-))

Kek dari anak pengantin perempuan ... yummy
Pada hari sabtu sebelum zohor diadakan majlis sambut orang baru ni di rumah bapa mertua saya di Felda Bukit Jalor, Gemenceh, Negeri Sembilan... gambar tiada sebab saya sibuk sangat di dapur dan menghidang makanan, lupa pula nak bagi kamera pada kak Nabilah suruh ambil gambar :D

Saya doakan semoga perkahwinan ini membawa kebahagian di dunia dan akhirat. Ameen

9 ulasan:

  1. Selamat pengantin baru....moga kekal hingga ke akhir hayat.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah... Nur... Tahniah dapat mak mertua baru... SELAMAT PENGANTIN BARU untuk abah Nur.. semoga kekal hingga ke syurga

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah dan tahniah.Semoga jodoh berkekalan hingga ke syurga..tentu anak anak lah paling genbira kerana ada orang yang akan menjaga makan dan minum pak mertua Nur...syukur.Tumpang gembira.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye cikmanggis.. anak-anak tidak lagi kerisauan bila berjauhan dengan abah sebab dah penemannya :D

      Padam
  4. Alhamdulillah dan tahniah.Semoga jodoh berkekalan hingga ke syurga..tentu anak anak lah paling genbira kerana ada orang yang akan menjaga makan dan minum pak mertua Nur...syukur.Tumpang gembira.

    BalasPadam
  5. teringat pula arwah atuk nadiah belah mak. arwah opah meninggal awal. dah bertahun-tahun meninggal pun atuk tak cari pengganti. anak-anak suruh kahwin lain buat peneman, dia tak nak. sampai la akhir hayat dia memang dia tak nak. sayu pula bercerita tentang arwah atuk..

    tahniah buat ayah mertua akak! semoga berbahagia selamanya..ameen.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Nadiah...

      Memang ada yang macam atuk Nadiah tu.. pak cik akak pun tidak mencari pengganti walaupun arwah mak cik meninggal muda.. anak yg kecil masa tu baru berumur 5 tahun.. Namun berjaya mendidik anak-anaknya hingga ke menara gading.. sekarang yang si bungsu tu sedang melanjutkan pelajarannya ke Jepun :D

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)