JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 3 Jun 2015

BREAD ROSE @ ROTI MAWAR KU.. ~_^

Assalamulaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya :)


Buat Bread Rose @ Roti Mawar ku ini pada hari khamis lalu.. masa tu cuti sebab pergi ambil report kad anak2 di sekolah.. petang tu tak tau nak makan apa .. jadi mula lah buat kerja meroti yg tak pernah saya buat seumur hidup..

Alhamdulillah pertama kali saya buat menjadi pulak.. elok naik mekar mengembang bunga mawar ku ini..
Masa buat ni sama-sama dengan najeeha.. bila dah ambil report kad tu boleh terus balik sama dengan ibu .. 
 saya ikut dalam you tube cara-cara nak buat rose tu.. jeeha kata "boleh jadi ke mama"
"ehe.. kita cuba dulu separuh" balas saya..


Bila buat separuh ni dapat lah 10 kuntum bunga bread rose ni.. alamak gambar tak penuh pulak bila dah di fotogrid ni..

Saya guna EZ-Flour ni kekawan.. memang memudahkan kerja saya ni.. hanya perlu tambah air jer.. tengok dalam gambar tu, macam-macam boleh dibuat .. donat, pizza, kek, pau dan cakoi.. nanti nak cuba juga ni :)
Siapa yg hendak Ez-Flour ni boleh pm saya ye :)

RESEPI BREAD ROSE @ ROTI MAWAR

Bahannya :-
200 gram EZ-Flour
140 ml air suam
pewarna merah


Caranya :-
1. Titis kan pewarna dalam air suam .
2. Tuang air suam yg diwarnakan tadi sedikit demi sedikit.
3. Uli sehingga menjadi doh yg lembut. Perap sehingga naik kembang.
4. Kemudian bulat-bulat kan sebanyak 4 doh, mengikut size yg disukai.
5. Lepas tu gelek tepung mengikut bulat kecik, sederhana, besar sikit, dan besar utk dibuat kelopak dan akhir sekali gulungan yg kecil dalamnya letak sedikit nutella tu. Susun memanjang seperti gambar no. 5.
6. Kemudian gulung menjadi seperti gambar no. 6
7. Kemudian potong dua, maka dapat lah dua kuntum bunga seperti gambar no.7.
8. Akhir sekali kukus selama 15 minit..
9. Siap untuk dihidang :)


SELAMAT MENCUBA ^___^




21 ulasan:

  1. assalamualaikum
    singgah pagi

    BalasPadam
  2. wahh pagi2 dah di jamunya pau mawar menarikk..nnt email kita harga tepung tu ya..adna2029@gmail.com

    BalasPadam
  3. wahh rajinla akak nak gentel kan...best2..cantik..mesti sedap ni

    BalasPadam
  4. cantiknya kak..mesti best meroti jadi lawa pulak tu..tengok pun tergoda..kat mana Ada jual tepung ni ye

    BalasPadam
  5. ohh akk Ada jual..sory tak perasan mula2 tadi hehe

    BalasPadam
  6. perkkkh ngences nengok kak oi... udahla lawo
    mmg takde dlm kamus hidup dana nk cube bt... kui2 mmg dsr pemalas

    tp nk jgk merasa makan nyer

    BalasPadam
  7. santeknye kak..rase mcm nak wat hiasan jer..hehehe..

    BalasPadam
  8. wah...cantiknya... sayang pulak kalau nak kena makan (^___^)

    BalasPadam
  9. Ehhh... Yati kakak terpikatlah.
    Kakak ingatkan utk hiasan tapi nak kena makan pulak - sayangnyaaaa
    Nabil makan berapa kuntum sayang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi.. Untuk permulaan ni seorang dapat 3 kuntum jer kakzakie..
      Kena buat lagi sebab Nabilah dah komen nak juga..
      Nanti dia balik cuti buat pulak sama nabilah :)

      Padam
  10. cantiknya hasilnya...sayang nak makan..
    beli kat mana tepung tu kak yati?

    BalasPadam
  11. cntik sngt, kak ruby pun nak try lah nnti.....

    BalasPadam
  12. Ni nak buat hiasan ke nak makan ni CH....hihi....mcm pau Rose yg tgh viral sekarang ni kan CH.
    Senang sangatlah yek guna tepung tu tak yah nak sukat bagai.... Berapa Rm tu CH

    BalasPadam
  13. Cantiknya!
    Tepung tu mcm menarik je..cer buat review.

    BalasPadam
  14. kalau dapat kat saya, nak makan pun sayang ni..
    makan kelopak demi kelopak

    BalasPadam
  15. cantiknya kak.. mcm bunga real plak..syg nak makan ni..hihi

    BalasPadam
  16. Alahai cantiknya bunga rose, sayanglah nak kena makan lepas tu :)

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)