Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 6 Jun 2015

KUIH LAPIS TEPUNG BERAS

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya :

Dah sarapan pagi ke..
Jom buat kuih Lapis..
Senang jer tu..
Hasil dari sekodeng FB ni..
Apa lagi save disini :)



KUIH LAPIS TEPUNG BERAS
Oleh:Ikanbilis Tumbok
www.bukuresepi.com
Bahan2
3 cawan tepung beras
6 cawan santan sederhana pekat (lebih kurang 1200ml)
6 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula pasir
1/4 sudu teh garam
Sedikit perisa ros @ sirap
miyak @ majerin utk disapu pada loyang
Cara2
Panaskan pengukus dan sediakan loyang yang telah disapu minyak @majerin.
Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil dan tapiskan.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
Warnakan satu bahagian dengan perisa ros.
Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang sesenduk adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang sesenduk lagi adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah.
Setelah siap, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
TIPS
Balut penutup periuk dengan kain supaya air wap pada penutup periuk tidak jatuh pada kuih lapis..
SEKIAN

4 ulasan:

  1. ada jugak yg masukkan tepung ubi bila buat kuih lapis ni..

    BalasPadam
  2. Bab kuih2 mcm ni SA x pandai..

    BalasPadam
  3. Tengok gambar bukan main cantik tersusun kuih lapis ni tapi saya surrenderlah CH bab kuih lapis ni. Mesti renyah nak membuatnya. Orang macam saya ni fokus tak tinggi mana. Taunya nak cepat siap aje!

    BalasPadam
  4. Dulu dulu rajin jugak cuba kuih lapis ni sebab anak suka, yelah masa tu anak kecik....La ni dah mls hihi...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)