JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 1 Jun 2015

NASI AYAM PENYET MUDAH :)

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yang baik..

Pagi ahad tu selepas saya memandi kan mak serta memberi minum susu dan ubat, adik saya yg tinggal dibelakang rumah mak datang.. 
"acik dah pergi kedai ke?" adik saya uda bertanya
"Belum lagi, baru sudah uruskan mak" balas saya.. Sabtu dan Ahad adalah giliran saya menguruskan mak..
"Kita buat nasi ayam penyet nak tak" katanya
"Boleh juga, apa bahan-bahannya, boleh acik beli" balas saya..
Setelah selesai tulis bahannya saya pun, pergi kedai cari bahan dan uda tengok mak sambil tunggu tukang urut mak tu.. Alhamdulillah keadaan mak semakin baik..


Nasi ayam dan goreng ayam mestilah kegemaran anak-anak.. sudah pastinya saya membeli 2 ekor ayam utk memasak.. Tengah sibuk memasak tu kak lang datang dengan anak-anaknya.. masuk ke dapur dah terbau keharuman ayam goreng ni..
Tengahari tu meriahlah kami makan nasi ayam penyet ni.. sambalnya sedap sekali kekawan.. Nabil apa lagi sampai 3 kali dia menambah makan.. Adik saya suruh masak banyak nanti saya boleh bawa balik bagi Nabilah makan.. sebab masa tu Nabilah tak boleh balik hanya boleh outing sekejap petang Ahad tu.. 

Mudah rupanya nak buat nasi ayam penyet ni kekawan.. selama ni saya ingat susah sangat nak buat atau terlalu remeh.. Kami mula masak pukul 11 pagi dalam pukul 12.30tghri semua dah siap.. 
Saya ambil resepi dari Blog Masam Manis, blogger Azlita yg pakar memasak tu.. Saya minta izin utk tempek resepi disini ye Ita.. Terima kasih.. 

Jom kekawan cuba buat senang ajer :)

RESEPI NASI AYAM PENYET

Bahan-bahan Untuk Perapan Ayam

1 ekor ayam ~ ita guna ayam kampung yang bersaiz agak kecil
Ayam ni potong ikut kesesuaian, biasanya ayam di potong 4 atau di potong 8
cuci ayam bersih-bersih
Ayam kemudian di rebus hingga empuk. Ita tambahkan kiub ayam ketika merebus ayam.
Bila dah empuk angkat ayam dan toskan
* Air rebusan ayam jangan di buang kita akan gunakan untuk menanak nasi dan juga untuk supnya.

 Bahan Perapan

1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
3 sudu besar ketumbar
* Kesemua bahan ini di sangai atau di goreng dalam kuali tanpa minyak hingga harum

1 sudu besar serbuk kari ayam atau daging BABAS
1 sudu besar kunyit serbuk BABAS
1/2 sudu besar serbuk lada putih
3 ulas bawang putih
1 cm halia
sedikit air untuk mengisar
1 sudu teh garam
Minyak untuk mengoreng
1/2 cawan tepung beras ~ tambahan untuk ayam yang berkeriuk rangup
1 biji telur ~ tambahan untuk ayam yang kerkeriuk rangup

Caranya

Sangai dahulu jintan manis, jintan putih dan ketumbar hingga naik harum.
Masukkan bahan yang di sangai bersama serbuk kari, serbuk kunyit, serbuk lada putih, halia, bawang putih dan garam. Tambahkan sedikit air dan kisar hingga halus. 
Bila dah halus, lumurkan pada ayam yang kita dah rebus tadi.
Perap ayam ini semalaman sebelum di goreng. Bagi anda yang nak cepat 2 atau 3 jam perap pun ok!

Baki ramuan perapan ayam tu jangan di buang. Anda boleh ambil sedikit, dan gaulkan dengan tahu dan tempe dan perap sekali tapi dalam bekas berasingan dengan ayam ya.

Bila dah perap bolehlah di goreng. Anda boleh goreng ayam ni bila semua bahan lain seperti nasi, sambal dan sup telah di sediakan. Maknanya goreng ayam ni akhir sekali lah ya supaya ia masih panas bila di hidangkan dan keriuknya tu rangup..!

Baki perapan ayam atau tahu atau tempe tu.. anda campurkan dengan tepung beras dan telur. Tambahkan sedikit garam jika kurang masin. Kacau rata.
Celupkan ayam tadi dalam campuran tepung dan telur tadi dan goreng dalam minyak panas secara terendam hingga ayam tu kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.
Baki adunan tepung mengoreng ayam tu anda renjiskan dalam minyak dan goreng untuk dapatkan keriuk-keriuk yang rangup.
Jika tak suka ayam yang di celup tepung anda boleh terus mengoreng ayam yang telah di perap tadi
* sebelum goreng ayam, ita ingatkan anda supaya goreng tahu dan tempe dahulu. Baki minyak tu nanti boleh goreng ayam. 

Dah pun siap ayam kita, sekarang kita masak nasi pula.
Jom lihat bahan untuk nasi pula

Bahan-bahan Untuk Nasi Ayam

3 cawan beras ~ cuci bersih dan toskan airnya
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji pelaga
sedikit butter
secubit garam
6 cawan air rebusan ayam ~ sukatan air ni bergantung pada beras yang anda gunakan.
1 helai daun pandan di simpul

Cairkan butter
Tumiskan bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga , bunga lawang dan daun pandan hingga harum
Masukkan beras dan masak sebentar 3 hingga 5 minit
Kemudian baru masukkan air rebusan ayam
Perasakan dengan garam
Anda boleh juga masukkan kub ayam, ita tak masukkan sebab masa rebus ayam ita dah masukkan kiub ayam. 
Masak nasi seperti biasa hingga nasi masak sempurna

Ok nasi kita pun dah siap. Sementara tunggu nasi kita mask kita sediakan sup pula

Bahan Untuk Sup Ayam

Baki air rebusan ayam
1 bungkus sup bunjut
1 batang serai ~ di titik
1 inc halia ~ dihiris
daun sup dan daun bawang ~ di hiris
Bawang goreng ~ untuk hiasan

Baki air rebusan ayam tadi separuh kita buat masak nasi dan separuh lagi kita buat sup
Panaskan semula atas dapur
Tambahkan serai, halia dan sup bunjut
Masak hingga didih
Perasakan dengan garam
Taburkan daun sup dan daun bawang
Bila hidangkan taburkan bawang goreng jika suka.

Ayam dah siap, nasi dah siap, tempe dan tahu pun dah goreng, sup pun dah masak sekarang kita sediakan sambal power ni pulak ya

Bahan Untuk Sambal Penyet

Untuk resepi ni anda boleh gunakan semua cili padi atau campurkan antara cili padi dan cili merah. Kalau cili padi semua nanti berasap telinga..

10 tangkai cili padi
10 tangkai cili merah
10 biji bawang merah ~ belah 4
3 biji bawang putih ~ hiris
5 biji tomato ~ belah 4 ( ita kurangkan )
5 cm belacan bakar
2 sudu makan ikan bilis
3 sudu besar gula merah ~ gula ni ikut secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
Limau nipis atau limau kasturi

Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan
Dengan minyak yang sama gorengkan pula cili merah, cili padi, bawang merah dan tomato hingga layur
Tunggu bahan ni sejuk sikit kemudian masukan dalam mesen kisar yang kering dan kisar kan ikan bilis dan bahan yang kita dah goreng tadi. Kisarkan sekali belacan bakar.
Panaskan semula baki minyak kita mengoreng tadi dan tumiskan bahan yang kita dah kisar tadi hingga harum
Perasakan dengan gula merah dan sedikit garam
Angkat dan hidangkan
Bila nak makan nanti perahkan jus limau..

17 ulasan:

  1. tk pernh lg buat aym penyet..mkn kt kedai slalu jugak

    BalasPadam
  2. Kakak biasa beli aje Yati sebab belakang rumah kakak tu ada restoran nasi ayam penyet. Lain kali kalau nak buat kakak refer sini..

    Amboi Nabil sampai 3 kali makan sihatlah awak sayang kalau mama masak macam ini selalu:)

    BalasPadam
  3. aduhaiiii kak..berbunyik terus perut falsya..lapoooo..

    BalasPadam
  4. Saya tak pernah lagi makan nasi ayam penyet... Tapi tgk gambar tu, memang mengiurkan...

    BalasPadam
  5. sedapnya.... lama dah tak buat nasi penyet ni. betul kata Yati, sambal tu mmg saaaaangat sedap!

    BalasPadam
  6. Singgah petang...
    wah!nasi bentuk love.. suka²

    BalasPadam
  7. ooh...biasa mkn nasi ayam penyet, tapi nasi putih biasa. Yg ni betul2 nasi ayam..

    BalasPadam
  8. Kak zai ada juga mencuba nasi ayam penyet tapi lebih suka makan nasi ayam penyet wong solo.

    BalasPadam
  9. sedapnya...boleh la cuba lepas ni..:)

    JEMPUT BACA ENTRY INI

    http://wwwmarina-arina.blogspot.com/2015/05/whats-app-blogger-team.html

    BalasPadam
  10. uih..menariknya... kalo wat sendiri nasi ayam penyet lagi sdap kan.. kak, leh try ni, sebab nak makan sambal ayam tu tak suke pedas2 sgt, berdesing telinga, dan meleleh air hidung, hehehehe.. tapi husband suke pedas...

    BalasPadam
  11. Wauuuu.. idea bagus sebagai salah satu resepi berbuka puasa tak lama lagi...

    BalasPadam
  12. Kalau nak buat ayam penyet nanti bolehlah refer blog awak ni CH.....mcm sedap jer nengoknya tu...

    BalasPadam
  13. Saya dah lama teringin nak buat nasi ayam tapi tak terbuat-buat, CH. CH ni memang pandai mempengaruhi saya tau. Tetiba aje saya pun teringin nak buat nasi ayam penyet nih!

    BalasPadam
  14. Tak pernah cuba resipi ni. tapi dah teringin sangatttt. So, dari mkn kat kedai, baik masak sendiri, boleh makan puas2!!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)