JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 12 Jun 2015

Majlis Raja Sehari Mega 2015 Putrajaya ~ QAYYUM & MIRA

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik..


Pada hari ahad tu selepas sarapan pagi di Restoran Lenggong SS20 Shah Alam, kami sekeluarga dan kak long, serta 3 orang adik ipar pergi ke Putrajaya untuk meraikan perkahwinan Qayyum ni, sepupu en suami yakni anak pak teh.. sampai disana lebih kurang pukul 9.30am , katanya ada pendaftaran pulak antara pukul 9.30-10.00am. Keluarga pengantin telah menginap di Hotel Pullman tu..

Hampir 40 pasangan diraikan pada 7 Jun 2015
, dianjurkan oleh kementerian belia sempena Festival Belia Putrajaya, Kos untuk setiap pasangan hanya RM5,000.00, dengan jemputan 50 ahli keluarga bagi pihak lelaki dan perempuan. Kira berbaloi dengan kos tu kan.. 

Pada hari sabtu 6 Jun 2015 telah diadakan majlis akad nikah di Masjid Tuanku Zainal Abidin @ Masjid Besi , masa majlis akad nikah ni hanya ahli keluarga pasangan jer yg hadir.

Memang meriah majlis ni, mereka di iringi oleh Motorsikal berkuasa tinggi dan pasangan dibawa dengan menaiki kereta BMW yg ditaja oleh Kelab BMW Malaysia, 
Tak lama kami menunggu kehadiran pasangan ini, dalam pukul 10.30 am, pasangan pengantin tiba, yang Qayyum ni no 10, jadi cepat lah sikit gilirannya :)

Untuk mengambil makanan setiap orang kena ada kad tu, baru boleh ambil, kena buat macam tu kan, kalau tidak , ramai yg tidak diundang datang makan hehehe, naya jer kat penganjur makanan tak mencukupi. Pada kad tu waktu makan pukul 11am-12.30tghri, kami pun pergi beratur mengambil makanan, bila tengah ahli keluarga tu mengambil makanan, datang lah si nyah yg salah satu pengantjur tu marah kat katering ni, siapa suruh buka makanan ni, budak katering tu kata, ini atas arahan boss nya mengikut waktu yg ditetapkan dalam kad tu, masa kami ambil tu pun dah pukul 11.45am, tak boleh makan lagi katanya, kerana menteri tak habis berucap lagi, tunggu menteri habis berucap dulu, boleh dia tutup bekas makanan tu masa seorang pak cik tu tengah menceduk lauk, tak sopan langsung, ada seorang brother tu marah lah, dah pak menteri tu tak datang waktu nya, patutnya pukul 10am tu dia berucap, lepas tu selamba jer brother tu bukak semua makanan tu, kalau dia datang marah lagi, biar saya simbah dia dengan air sirap ni, hahahaha ketawa semua yg kat situ..

Selepas makan tu,  bergambar lah dengan pasangan pengantin ni, bergambar di khemah tu ajer, malas nak pergi ke pelamin pengantin tu, ada ke patut disediakan satu jer pelamin utk 40 pasangan, sudah penuh pelamin tu untuk menunggu giliran bergambar.
Pukul 12.30tghri kami pun beransur pulang. 


Selfie pengantin lama.. nak juga bergambar berdua.. jeles tengok Hainom okjer berselfie dengan pak jilap tu kan :D

Selepas tu kami gi pulak ke nilai 3, konon nak shopping baju raya.. nanti kita cerita entri lain, juga entri petang tu hari jadi anak adik en suami..
Ok jumpa lagi, InsyaAllah.

6 ulasan:

  1. ari sabtu lepas ada ke floria, balik petang tu singgah solat asar di masjid besi. ternampak juga beberapa pasangan pengantin masa tuh

    BalasPadam
  2. tau jugak ppasai majlis ni kat putrajaya aritu kakak

    BalasPadam
  3. selamat pengantin baru kepada pasangan pengantin dan semoga kekal bahagia sehingga ke jannah...

    BalasPadam
  4. ishh xde adab langsung nyah tuh..org tgh mencedok kut..

    BalasPadam
  5. Tahniah untuk pasangan pengantin, dan pengantin lama tu pun apa kurangnya.... boleh bersanding lagi sekali kan Yati.

    BalasPadam
  6. Bukan main alahai pengantin lama. Cemburu juga ya kat MakJilap yang selalu tayang gambar suami isteri tu. Tapi takpa, walaupun lama, seri pengantin ada lagi sampai dah anak tiga ni, CH ~_^ Baru first time saya nampak wajah suami CH. Tapi kalau tengok gambar memang slim betul CH ni *_* Padanlah FIL kata kurus!

    Selamat Pengantin Baru buat mereka berdua. Senang kahwin beramai-ramai ni. Jimat belanja. Ambil mana yang perlu aje. Tapi biasalah bila dah ramai, kenalah banyak bersabar dengan pelbagai kerenahkan...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)