Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 23 Jun 2015

RAMADHAN DAY 06 : DERIA YG LAIN JUGA BERPUASA... kata Nabil..eehh tak boleh tengok..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik utk kita menjalankan ibadah puasa ini..

Picture credit to "Owh So Muslim (OSM)"
Agak sukar kita nak menjaga deria-deria yg ada untuk berpuasa juga kan kekawan.. dah disekeliling kita bukan rata-rata beragama Islam, hendaknya deria mata bagi kaum lelaki.. aduh.. bila macam ni teringat pulak saya kisah Nabil semalam, kakak Najeeha, membelek surat khabar lama, saya pun menegurnya " Jeeha cari apa tu?" "Ni cikgu suruh cari singkatan bagi nama khas dan gelaran mama" menjawab soalan saya, "Contohnya macamni" sambungnya sambil menunjuk buku kerja nya.. terteralah UPSR maksudnya "Ujian Penilaian Sekolah Rendah"... "Ooohh nak cari macam tu" kata saya. 

Kebetulan Nabil ada disebelah kakaknya tu.. "okey mari kita cari sama-sama " kata Nabil sambil mula menyelak helaian akhbar lama tu, "Cikgu nak contoh berapa banyak Jeeha?" tanya saya. "Cikgu nak lima contoh dan lekat dalam buku " jawab Jeeha... "haaah kak Jeeha ni boleh ke?" tanya Nabil, Kami pun sama menengok.. MBSA(Majlis Bandaraya Shah Alam).. "haaa betul lah tu, bak sini kak Jeeha nak gunting " ujur Najeeha dengan gembira. Dalam hati saya berkata, faham juga Nabil ni dengan apa yg dikehendaki... Gembira hatinya dapat menolong kakaknya..

Tiba-tiba Nabil menjerit " aaahhh aduhai.. sesungguhnya saya berpuasa".. ehh kenapa pulak dia cakap macam tu.. kami pun pandang apa yg dilihat Nabil.. rupanya dia terselak ruang hiburan luar negara yg mempaparkan artis wanita barat itu memakai pakaian menjolok mata, saya tengok pun.. *__*

Saya soal dia balik" kenapa berkata macam tu" saja nak tahu apa jawapannya... "Ustaz kata, kita bukan puasa utk menahan lapar dan dahaga, kita juga kena menjaga deria lain untuk berpuasa, nanti boleh mengurang pahala berpuasa kita, kalau mata ni kita kena tengok yg baik-baik sahaja, jangan yg tak baik kata ustaz" jawabnya.. "Betullah kata ustaz tu.. sebab tu mama suruh tadarus atau buat hafazan, jangan tengok cerita tv yg melalaikan.." celah saya..

Saya dirumah TV dibuka pada pukul 7.00pm nak dekat waktu berbuka tu.. dari mereka selesai membersihkan diri, kami duduk bertadarus dari pukul 6 - 7pm.. Alhamdulillah dah sampai juz 4 untuk lima hari berpuasa.. semoga dapat lah kami khatam sebelum habis ramadan ni.. Kekadang nabil ni liat jugak.. asyik nak tengok TV ajer...

Jom baca artikel dari IKIM ni kekawan.. 


ALLAH SWT mencipta manusia dengan sempurna. Allah menyempurnakan kejadian manusia itu lengkap dengan deria iaitu mata, telinga, hidung, lidah, tangan dan anggota lain sebagai rahmat untuk hambaNya.
Allah yang Maha Pengasih menciptakan anggota badan untuk kemudahan dan kesenangan kita melaksanakan segala urusan di dunia ini. Kita diberikan mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, lidah untuk berbicara, tangan untuk memegang, kaki untuk melangkah dan banyak lagi.
Mereka yang dikurniakan kesempurnaan tubuh badan dan anugerah-anugerah deria ini sering terlupa untuk menghargainya sehinggalah adakalanya nikmat itu ditarik dari mereka, barulah dapat kita menilai betapa besarnya nikmat deria yang diberikan oleh Allah SWT. Merenungi kehebatan segala deria yang dikurniakan kepada kita iaitu mata, telinga, lidah, dan hidung akan membuatkan kita menjadi hamba yang bersyukur.
Dalam surah Fussilat (41: 20) Allah SWT berfirman; “sehingga apabila mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran, penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan.”
Dalam ayat di atas, Allah SWT menegaskan bagaimana anggota badan manusia sendiri seperti lidah, tangan, kaki, mata, telinga dan kulit akan menjadi saksi di atas perbuatan tuannya sewaktu hidup di dunia.
Menghadapi bulan Ramadan dimana umat Islam menjalani ibadah puasa, kita perlu sentiasa peka bahawasanya puasa tidak hanya menahan diri dari makan, minum dan hubungan suami-isteri tetapi ibadah puasa sewajarnya menjadikan kita berhati-hati dalam menggunakan deria yang dikurniakan Allah kepada hambaNya.
Dari Abu Hurairah RA, katanya, Rasululluh SAW telah bersabda:
” Allah azzawajjalla berfirman :”Setiap amal anak adam adalah untuknya kecuali puasa, puasa itu adalah untukKu dan aku akan memberinya pahala. Puasa itu adalah perisai. Apabila kamu puasa, janganlah kamu rosak puasamu dengan mencela, dan menghina orang. Apabila kamu dihina atau dipukul orang. Katakanlah “aku puasa “. Demi Allah yang jiwa Muhammad di tangannya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum disisi Allah pada hari kiamat kelak daripada bau kasturi. Dan bagi orang berpuasa ada dua kegembiraan. Apabila dia berbuka dia gembira dengan bukaannya dan apabila dia menemui tuhannya (meninggal) dia gembira dengan puasanya ” (Sahih Muslim)
Bagi membawakan perkongsian ilmu minggu ini , Ustaz Muhamad Abdullah Al Amin membuka bicara rancangan Pesona D’ Zahra dengan mengajak para pendengar IKIMfm untuk melihat satu persatu deria-deria tersebut dan seterusnya memahami akan cara yang betul memeliharanya dari mengurangkan atau membatalkan ganjaran ibadah puasa.
Deria Mata. Pada bila-bila masa, dan terutamanya pada bulan ramadhan ini, umat Islam disuruh untuk menjaga pandangan mata. Kita dilarang memandang benda haram atau benda-benda makruh atau najis. Sebaliknya kita disuruh untuk  memandang benda-benda yang luas contohnya: langit, bintang-bintang, lautan, alam yang kehijauan, dan juga selain itu melihat wajah ibu dan memandang wajah pasangan dengan pandangan kasih sayang maka Allah akan pula memandang mereka berdua dengan pandangan rahmat.
Turut menjadi penyejuk mata adalah dengan memandang perkara yang membawa ingatan kepada kekuasaan Allah SWT seperti Kaabah dan Al Quraan,
Deria Telinga. Selain menjaga pandangan, umat Islam juga diarah untuk sentiasa menjaga pendengaran. Kita disuruh untuk mendengar benda-benda yang baik contohnya ilmu yang disampaikan dalam majlis-majlis ilmu atau tazkirah, ini amat bermanfaat dan diberi ganjaran yang besar iaitu sebanyak 70 ribu malaikat mendoakan keampunan untuk mereka yang mendatangi majlis ilmu. Juga mendengar bacaan-bacaan Al Quraan adalah antara perkara yang terbaik untuk selalu kita dengari kerana ia akan menyuburkan jiwa menjadi pemilik jiwa  yang tenang.
Kemudian beliau menjelaskan berlawanan dengan perkara yang baik didengari, perkara yang perlu dielakkan dan dilarang mendengarnya ialah kisah-kisah yang tidak berfaedah, perkataan yang melibatkan umpatan, perkara yang mengaibkan orang lain, fitnah serta benda yang melalaikan kerana ia boleh mengeraskan hati
Deria Hidung. Adalah tidak kurang pentingnya penjagaan yang baik bagi deria ini. Umat Islam disaran untuk menghiaskan diri, rumah, masjid dengan wangi-wangian. Ketika menjalani ibadah berpuasa, Ustaz Muhamad mengingatkan kita adalah Makruh hukumnya untuk memberus membasuh mulut selepas Zohor kerana tidak selesa dengan bau mulut, sedangkan bagi Allah ia adalah wangi di sisi-NYA kerana keikhlasan berpuasa kita.
Deria Rasa (Mulut)
Ada dua perkara yang perlu dipelihara ketika berpuasa mahupun ketika hari-hari biasa seorang Muslim dalam penjagaan deria rasa dan mulut ini. Pertama adalah menahan diri dari kebiasaannya untuk menjamah makanan pada siang hari. Dengan terhentinya makan melalui ibadah berpuasa ini, ia memberikan kegembiraan menikmati makanan ketika berbuka puasa. Inilah yang dikatakan tentang dua kegembiraan atau dua kenikmatan sepertimana hadis diatas  iaitu kegembiraan ketika waktu berbuka puasa dan ketika bertemu dengan Allah membawa amalannya nanti.
Turut diingatkan adalah deria merasa sentuhan iaitu apa yang boleh dipegang oleh seseorang. Pastikan kita tidak mengambil atau membuat sesuatu yang dimurkai oleh Allah baik yang jelas haram hukumnya mahupun makruh dan syubhah bagi mendidik diri sentiasa bersikap jujur pada setiap masa.
Memahami salah satu matlamat difardukan puasa Ramadan adalah untuk menjana akhlak yang terpuji dan seterusnya mencapai kemuncak darjat ketakwaan yang sebenar kepada Allah Taala.
Dalam satu hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan semata-mata kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan pahala daripada-Nya, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.”
Dan didalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: “Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati”. (Bukhari dan Muslim)
Pentingnya menjaga deria-deria diatas adalah kerana ianya membawa kita kepada matlamat puasa iaitu ketakwaan yang sebenar-benarnya. Melalui ketakwaan kita akan sentiasa mempunyai rasa diperhatikan Allah dalam setiap perbuatan. Maka dengan terpeliharanya anggota badan, yang menjadikan seseorang hamba itu seorang yang tenang hatinya, rasional fikirannya serta berhikmah dalam perlakuannya. Ini adalah pati bagi kejayaan untuk berjaya di dunia dan akhirat.
Semua ini adalah nikmat Allah yang perlu dipelihara dan dijaga daripada terlibat dengan kemungkaran dan maksiat kepada Allah s.w.t. Seandainya anggota ini disalahgunakan untuk melakukan maksiat kepada Allah s.w.t., kita sebenarnya telah gagal untuk bersyukur.

Rencana ini telah disiarkan dalam segmen Agama akhbar Berita Harian edisi 19 Jun 2015

12 ulasan:

  1. Salam Ramadhan ke 6 kak..Alhamdulillah...
    hihi Nabil pun dah tau kan yang semua deria kita pun kena berpuasa.. baik abg Nabil..memang cabaran jg sbnrnya... mudah2an puasa kita di terima Allah..amin

    BalasPadam
  2. terima kasih kak di atas perkongsian dan juga peringatan ini...

    BalasPadam
  3. terima kasih untuk perkongsian....

    BalasPadam
  4. Bijak Nabil *_* Yalah, kita bukan aje berpuasa nak menahan lapar dan dahaga. Tapi tak boleh tahanlah dengar kata-kata si Nabil 'sesungguhnya saya berpuasa' ....

    BalasPadam
  5. perkongsian yang bagus ni..terima kasih kak

    BalasPadam
  6. selamat menjalani ibadah puasa utk Yati sekeluarga..

    BalasPadam
  7. tq share info ... Salam Ramadhan

    BalasPadam
  8. Barakallahu fik..
    Semoga Allah terima setiap amalan kita.

    BalasPadam
  9. alangkah baiknyer kalau semuanya pun berpuasa sama.. tapi tuler ...
    moga saya juga dapat mengamalkannyer..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)