Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 4 Jun 2015

Alhamdulillah.. MAK semakin pulih.. Syukur kepada MU.. YA RABB...

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..


Sempat lagi bergambar, setelah membuat rawatan dan memasang tiub tu..
Kena 4 orang utk angkat mak, adik lelaki saya tu datang selepas pergi ziarah
mak cik saudara yg meningal..

Hari ini 4/6/2015 genap 2 bulan mak sakit kena stroke.. sekejap jer masa berlalukan.. dalam tempoh 2 bulan itu bermacam-macam usaha , doa dan tawakal yg kami lakukan..
Sepatut hari ini ada temujanji dengan doktor pakar di Hospital Sungai Buloh tapi nak dijadikan cerita, pada malam selasa tu mak boleh dicabutnya tiub untuk minum susu dan makan ubat tu..
pagi Rabu tu Kak Lang saya kelam kabut wasap kata yg mak punya tiub dah tercabut dan tak boleh nak minum susu dan bagi ubat..

Nak kena pasang tiub tu hanya doktor ajer.. jadi saya call adik saya uda tu.. minta dia telefon doktor di Hospital Sg Buloh tu, boleh tak datang hari ini dan terus buat check-up tu..
Saya pun minta pelepasan dari ketua saya utk menghantar mak ke hospital tu, hanya kereta saya yg muat dan mudah utk mak..
Pukul 10 pagi saya sampai rumah mak dan terus bawa mak ke hospital, Alhamdulillah ada anak kak teh yg sulong tu datang rumah, nak lawat uwan katanya sambil nak betulkan plug air panas mak tu..
Alhamdulillah sampai ke hospital orang tak ramai.. sekejap ajer prosesnya.. doktor tu bagi surat utk jumpa pakar pemakanan dan fisio utk terapi percakapan emak. Adik saya pergi terus buat temujanji dan insyaAllah 15/6/2015 temujanji utk jumpa doktor pakar tu..

Mak selepas solat zohor dan berwirid.. semoga mak sihat cepat dan boleh solat seperti biasa..

Masa mak keluar wad 17/ 4 tu, kami terus mencari tukang urut utk stroke ni.. Alhamdulillah setakat ni dah dua tukang urut mak.. yg terbaru ni nampak berkesan.. mak dah ada rasa pada tangan dan kaki kanannya itu, dia menggunakan minyak api dan daun herba utk urutan ni, tukang urutan tu kata minyak api ni panasnya sampai dalam, jadi melancarkan perjalanan darah, insyaAllah boleh , dia ada urut mak cik dah 6 tahun kena stroke, Alhamdulillah katanya, dalam 3-6 bulan sihat dan boleh berjalan seperti biasa, 

Dalam pada masa ini, kami juga menjemput fisio datang ke rumah , seminggu 3 kali dengan kos RM100 sekali visit, Pakar fisio tu kata insyaAllah mak cik boleh cover cepat ni.. harap-harap begitulah.. 
Alhamdulillah , mak pun beri kerjasama yg baik dengan adik-adik fisio tu.. boleh lah ketawa dan senyum-senyum bila mereka buat exercise mak tu..
Ya Allah , engkau berilah kesembuhan yg segera pada bonda kami, jangan lah ditinggalkan kesakitan ini berterusan, kasihani lah bonda kami ini seperti mana ianya mengasihani kami semasa kecil. Hanya kepada Mu tempat kami memohon, tiada daya upaya kami melainkan dengan pertolongan mu Ya Allah.. Amin ya rabbal alamin..

P/s Pada malam selesa tu kami terima berita yg mak cik saudara meninggal dunia, sepupu sebelah arwah abah, pada mulanya dah berjanji nak pergi ziarah selepas subuh tapi bila mak pula macam ni, hanya adik saya yg itam tu jer pergi menziarah, Alhamdulillah pemergian mak saudara ni dalam khusnul khatimah, bersujud kepada Allah semasa solat maghrib, mak cik ni tiada apa sakit, cuma sakit lutut tu jer.. Mak saudara ni tak kahwin dan tinggal dengan kakaknya, semasa kakaknya nak pergi panggil utk makan selepas arwah berbuka puasa hari nisfu syaaban, bila di gerakan, tengok dah meninggal. Ya Allah mulia sungguh pemergiannya.. Adik saya yg menziarah tu kata wajahnya tenang seumpama orang tidur, sedang melepaskan kepenatan dan berehat panjang. Allahu Akhbar.. Allahumaghfirlaha warhamha wa'afiha waa'fuanha.. Al Fatihah





23 ulasan:

  1. alhamdulillah dh semakin pulih..smoga mak akak trus cpt sembuh nanti

    BalasPadam
  2. Allahumma Amiin atas doa yati. syukur alhamdulillah...dapat saya bayangkan kegembiraan yati adik beradik..
    Takziah buat keluarga makcik sedara. Begitulah realiti..dah dekat2 puasa ramai kita dengar berita orang tua-tua meninggal..

    BalasPadam
  3. Ya Allah Ya Tuhanku...
    berilah kesembuhan buat bonda sabahabat kami ini
    Permudahkanlah segalanya..
    Rahmati dan berkatilah Ya Allah......

    BalasPadam
  4. semoga mak akak cepat sembuh..

    BalasPadam
  5. Entah kenapa saya tumpang sebak tgk keadaan mak kak Yati...
    Saya doakan moga mak akak cepat2 recover... Insya Allah...

    Ummi saya pun kena strok, dahh dekat 5 tahun.... Tapi skrang dah boleh jalan sikit2 pakai tongkat... Memang kena cari dgn orang yg pandai urut org strok... Kami adik beradik pun pantang dengar orang suggest, akan bawa ummi utk berubat...

    Salam takziah buat arwah mak sedara akak... Al-Fatihah...

    BalasPadam
  6. alhamdulillah mak akak makin sembuh..


    Allahuakbar!..bertuah sgt arwah makcik akak.."dijemput" dgn cara yg mmg jadi idaman semua org..al-fatihah buat makcik akak..

    BalasPadam
  7. tgk perkembangan mak akak mcm ke arah yg positif... insyallah kak... moga mak akak diberikan kesihatan yg kesembuhan spt sediakala.... selagi dia pun berusaha bt fisio n berurut mana tau betul blh sihat n berjalan balik

    alfatihah bt arwah makcik akak... sebak baca psl kisah meninggalnya

    BalasPadam
  8. alhamdulillah mak akak semakin pulih

    BalasPadam
  9. in sha Allah mak kak yatie akan sembuh..doa banyak-banyak ye kak..

    BalasPadam
  10. Alhamdullilah, mak Yati dah semakin sihat, mudah kalau pesakit beri kerjasama untuk kebaikkan jugak kan. kalau pesakiy yg susah nak bagi kerjasama, kadang2 caregiver pun boleh angkat tangan!

    BalasPadam
  11. Setiap kali kakak baca N3 Yati tentang mak apa lagi macam N3 hari ini mesti airmata kakak luruhlah Yati. Kakak sedih walau ada berita gembiranya mak beransur sembuh. Apapun bersyukur mak dikelilingi anak-cucu-menantu yg prihatin.

    Moga mak sabar dan terus tabah..

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah mak akak dah makin sembuh. Semoga mak akak bertambah sihat.

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah mak akak dah semakin pulih ..moga bertambah sihat nanti nya.. amin!.. insyaAllah ada anak2 yg prihatin pasti mempercepatkan proses penyembuhan...
    AL-Fatihah buat makcik sedara.. meninggal dlm keadaan begitu menjadi impian semua...

    BalasPadam
  14. Moga makcik cepat sembuh hendakNYA..
    Moga dipermudahkanNYA.

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah mak yatie dah semakin sembuh. Kita doakan semoga dia sihat seperti sediakala.

    Salam takziah buat keluarga mak saudara yatie.

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah mak yatie dah semakin sembuh. Kita doakan semoga dia sihat seperti sediakala.

    Salam takziah buat keluarga mak saudara yatie.

    BalasPadam
  17. alhamdulillah..dah makin beransur sembuh..
    mak saya dah 6 tahun kena strok.tapi masa mula2 kena strok mmg kena berurut..
    alhamdulillah mak saya boleh la bangun jalan sambil kita pegang..

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah
    Doa dr anak2 soleh dn solehah

    BalasPadam
  19. semoga mak yati bertambah sihat dan dipermudahkan urusannya . Alfatihah buat arwah ...

    BalasPadam
  20. Alhamdulillah.. Moga mak akak bertambah sihat ...

    BalasPadam
  21. Alhamdulillah. .swmoga mak cik makin sembuh...amin ya rabbal alamin...

    BalasPadam
  22. Alhamdulillah. Semoga mak CH beransur sembuh seperti sedia kala. Insya Allah, kita sedaya upaya berusaha dan memohon kepada-Nya, semoga ada hasilnya nanti.

    Al-fatihah buat arwah ibu saudara CH. Mudahnya pemergiannya....

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)