JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 2 Jun 2015

RESEPI POPIA BASAH

Assalamualaikum kekawan..
Salam petang yg ceria..
Balik sekodeng FB.. nampak pulak popia basah ni.. aduh telan air liur laju2 saya ni..
Boleh cuba juga bulan puasa ni :)




✦ RESEPI POPIA BASAH ✦
Bahan Kulit :
✔ 2 cawan tepung gandum
✔ 1 biji putih telor 
✔ 3/4 cawan air
✔ 2 sudu makan cuka
✔ secubit garam
Cara Membuat :
1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan.
2 .Gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang - kurangnya 1/2jam.
3. Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper Buat dari arah jam.
4. Mulakan dari tepi dulu kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.
5. Setelah rata, biarkan sampai tepung masak sebentar.
6. Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan.
7. Boleh disusun berlapis - lapis ia tak melekat.
Bahan Untuk Inti Popia
✔ 1/2 biji kobis - di racik halus
✔ 3 biji sederhana besar carrot - di sagat halus
✔ 1 biji sederhana bawang besar
✔ 3 ulas bawang putih
✔ 1 sudu besar sos tiram
✔ 1 sudu makan udang kering
✔ garam secukupnya
✔ minyak untuk menumis
Cara Membuat :
1. Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering.
2. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yg dikisar tadi.
3. Kemudian tambahkan sos tiram dan secubit garam.
4. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga sedikit layu.
Selamat Mencuba !!

14 ulasan:

  1. tengok ni, rindukan popia ss ali yg kat pasar malam tu.... huhuhu
    kalau buat pun, kulit yg bli jer.... bila la nak rajin nak wat kulit sendiri cam ni!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak rose..
      Ptg ni singgah pasar malam SS6..
      Nak beli popia basah SS Ali tu..

      Nak buat sendiri belum rajin lagi hahahha :D

      Padam
  2. Singgah petang...
    nieyl popia basah x berapa sgt..
    tapi boleh la makan takat 1 2 je..:)

    BalasPadam
  3. oh myyy....lamanya tak makan popia basah...

    BalasPadam
  4. bulan posa..tiap kali terjah bazar...mesti beli benda ni...

    BalasPadam
  5. Sedapnya...suka sgt kalu di bln puasa ni

    BalasPadam
  6. Nanti nak cuba buat popia ni utk hidangan berbuka puasa Ramadan nanti, ummpppp....

    BalasPadam
  7. saya dah lama aim popia basah ni untuk eksperimen kat dapur, tapi macam susah jer kak. hahaha tak yakin ni saya, tapi tengok yang ni macam lagi terliur.

    BalasPadam
  8. ayoyo sedapnya pipia basah..no amik resepilah hehe

    BalasPadam
  9. Ohhhh ......gitu buat kulit popia rupanya. Senang jer...ingat pakai kulit popia yg segera jer

    BalasPadam
  10. Popia basah ni saya kurang sikit minatnya. Entahlah kalau diolah isi dalam tu maybe meriah kot kat tekak saya nih!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)