JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 8 November 2016

RESEPI KETAM GORENG SOS MANGO 😆😊❤

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik hendaknya...

Seperti yg dijanjikan saya nak share lah resepi ketam goreng sos mango ni.. tak semestinya dgn ketam jer kekawan.. ikan siakap ke.. kerapu goreng salut tepung ke.. curah dgn sos mango ni pun sedap juga.. kalau kekawan ada buah mangga yg masam2 tu buat jer sos mango ni.. emmm sedapnya hingga menjilat jari.. pada mulanya mangga yg masam menjadi masam manis pedas..

Jom lah intai resepi saya yg mudah ini kekawan.. boleh buat stok juga sos mango ni.. kalau ada banyak buah mangga yg kategori masam ni.. kat rumah kuang ada satu pokok mangga yg jenis masam ni.. selalunya kami makan dgn kuah rojak buah tu jer.. nanti balik nak buat sos mango lah... ehh ehh dah melalut pulak.. tadi kata nak beri resepi 😆😊;)

RESEPI KETAM GORENG SOS MANGO
Bahannya : 
* 5 ekor ketam kerat 2. 
* 1 biji mangga yg masak masam  
* 3 sudu besar cili merah kisar
* 2 ulas bawang putih ditumbuk kasar
* 3 sudu besar gula
* Garam secukup rasa.

Caranya :- 
1. Kunyit dan garam ketam, kemudian goreng sehingga habis, angkat ketepikan.
2. Untuk masak sos mango. Tumis cili merah kisar dan bawang putih hingga wangi.
3. Kemudian masukan mangga yg dipotong dadu dan letak sedikit air untuk ada kuahnya. Lepas tu letak gula dan sedikit garam.
4. Apabila sos dah pekat dan secukup rasa, kalau nak rasa lebih manis boleh tambah gula lagi.
5. Kemudian curah sos mango kedalam pinggan yg telah di susun ketam tadi, akhirnya tabur daun bawang dan daun sup diatasnya. Siap untuk dihidang..

SELAMAT MENCUBA KEKAWAN ^___^ 😆😊☺

14 ulasan:

  1. dapnye sos mango ketam tu..biasa masak kari or masak lemak...smlm pn ada entry ketam gk..tp bkn masak..mkn kt retorant sedap juga

    BalasPadam
  2. wow..mcm terasa-rasa je kat tekak..masam manis pedas..mesti sedap!

    BalasPadam
  3. Mula mula ingatkan nenas tu Ti.... rupanya mangga.
    Senang aje ye Ti . Tapi kat rumah ni jarang ada mangga. Sebabnya dahlah pokok tak de, jarang pulak beli. haha.... Bukan tak suka, tapi kenapa ek.... Entahlah

    Hari tu beli Ketam kat Tesco dah berbau Ti.... frust rasanya tau. Ringan pulak tu. Bulan tak mengambang ke sekarang ek?

    BalasPadam
  4. Pastinya ini resipi wajib Minah Kiwi masak nanti dekat Kampung

    BalasPadam
  5. ADA SOS BUATAN SENDIRI SENANG NK DIGUNA BILA2 MASA XYAH SUSAH2 NK BELI

    BalasPadam
  6. Belum penah cuba masak ketak ngan sos mango. bila CH sebut mango masam, kecur aiklio SB

    BalasPadam
  7. alahai Kak Yatie... sedapnya ketam goreng sos mangga ni.. jarang mkn ketam.. sllu hubby masak sup ja...boleh cuba resepi ni nti :)

    BalasPadam
  8. oooo mcm kite msk ikan masam manis ye... itu kan ada nenas tomato n mcm2 ni ganti ngn mango jelah ye kak...

    BalasPadam
  9. Malam ni berblogwalking, asyik cerita makan aje mana2.
    Dapat tenguk gambar makanan aje.
    Ngences.

    BalasPadam
  10. Nak tanya CH.. mangga jenis apa patut di gunakan untuk resipi ni yer

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)