JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 1 Jun 2017

Kuih Keria Gula MelakaπŸ˜πŸ’–πŸ’•

Assalamualaikum kekawan..
Selamat berpuasa dan meneruskan ibadah dibulan ramadan. Semoga kita berada dalam rahmah Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Buat kuih keria gula melaka ni sebelum puasa itu hari.. nabil dan najeeha suka sangat.. ini nak buat lagi minggu cuti ni.. insyaAllah.. saya guna keledek oren tu.. manis sangat..

Resepi saya cukup mudah kekawan.. yg penting lembut gebus hingga ke petang.. nyum.. nyum.😊

RESEPI KUIH KERIA GULA MELAKA 
Bahannya :-
1 kg keledek(direbus dan dilenyek hancur)
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder.

Caranya :
1. Keledek yg telah dilenyek tu.. sejukkan dulu ye.
2. Bila dah sejuk baru masuk kan tepung gandum yg telah diayak dgn baking powder tu.
3. Masuk tepung sikit2, uli sehingga menjadi doh.
4. Kemudian buat bulat2 seperti gambar diatas. Sehingga habis doh tersebut.
5. Kemudian goreng dengan api yg sederhana sehingga kekuningan.
6. Kemudian angkat dan tapiskan.

Bahan sira gula :-
2 ketul gula melaka
1/2 cawan gula putih
1 cawan air.

Caranya :-
1. Panaskan air didalam kuali, kemudian masukan gula putih dan merah.
2. Tunggu sehingga gula tersebut cair sebati.
3. Tips kat sini nak tahu boleh masuk kuih keria tu ialah tunggu gula tu berbuih-buih bersarang seperti gambar diatas. Maknanya airnya dah kering tu.
4. Kemudian masukan kuih keria tu.. gaul-gaulkan sehingga sebati. Kemudian tutup api dapur.. gaul-gaulkan lagi sehingga gula bersarang meliputi kuih keria tersebut.
5. Siap dihidang bersama teh o panas . Untuk berbuka puasa nanti.

14 ulasan:

  1. keria viral tak abis2 lagi jemunye kan kak...masih laku keras kalo dibuat jual....kalo buat sendiri lagi lee laju mknnye sbb hasil air tangan sendiri kan....lieya kebetulan kat opis ni ade yg jual kak...sedap pun sedap....langsung takde rambut2 dlm keria die...ade ari tu beli penuh rambut keledek jek...tensen tiap kali kunyah kene keluarkan serat2 die tu....

    BalasPadam
  2. sdpnya kak... dpt yg lmbut pergh.. best.

    BalasPadam
  3. Fuiyoo. Sedapnya. Berbuka makan ni saje pun sedap dan layan kan. :)

    BalasPadam
  4. sodapnya, tp ntah bila ada kerajinn nk bt sndiri kak... kih3

    BalasPadam
  5. Den guno keledek pepel, pun sodap, tak cukup ank2 mkn, nnt nk cari keledek Oren plak.

    BalasPadam
  6. Kena cari keledek gayanya ni..

    BalasPadam
  7. Anak2 lah paling seronok kan? =)

    BalasPadam
  8. kak, letak cuka sikit ms msk gula kasi gula tu 'melekat kukuh' kat kuih...

    BalasPadam
  9. Sedapnya Ti. Bilalah nak dapat berjiran dgn hang. Den huluq pinggan jer hihi

    BalasPadam
  10. Ini memang favourite Siqah!! Ahh sedapnyaaaaa!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)