JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Hari Lahir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Lahir. Papar semua catatan

Khamis, 24 November 2016

HOMEMADE AISKRIM STRAWBERRY WITH SYRUP STRAWBERRY... Step by Step πŸ˜ŠπŸ˜†❤πŸ“πŸ¦πŸ¨

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..
Bila saya duduk cuti duduk rumah berbagai homemade yg saya nak cuba hihihiπŸ˜†☺.
Ini gara2 teringat aiskrim strawbery yg kat Cameron Highland tu hari lah.. 
Saya buat ni masa hari sabtu petang tu.. sebab esok petang ada gadering parti utk birthday Novemberian katanya.. 

Resepi cukup mudah kekawan.. pastu sedap pulak lemak berkerim πŸ˜†πŸ˜Š

Bahannya :-
- 3 cawan coffemate
- 3 cawan susu strawberry
- 3 sudu besar susu pekat manis

Caranya :-
1. Kisar semua bahan tadi didalam alat pengisar.. selama 10 minit.. biar dia sebati bersama.

2. Kemudian masuk kan dalam bekas tupperware. letak dalam bahagian atas.

3. Kemudian apabila aiskrim dan keras, kisar lagi dalam 10 minit.. CH buat petang tu kan.. malam dalam pukul 10, CH keluarkan utk kisar lagi agar ais lebih lembut dan halus. CH buat sekali kisar jer.. kalau nak lembut lagi buat 2 3 kali kisarnya.

4. Kemudian masukan dalam bekas kecil2 ni dan frozen kan semalaman.

Nabil ni bersemangat nak rasa.. tengahari ahad tu sibuk nak makan aiskrim ni dgn sirap strawberry tu..

Sirap strawberry ni saya buat pagi sabtu tu.. ni gara2 nak menghabiskan strawberry yg saya frozeen kan tu masa gi Cameron Highland tu.. tengok berapa lama saya simpan.. alhamdulillah elok lagi.πŸ˜†πŸ˜Š
Jom intai pulak resepi sirap strawberry ni ala ala Hasley Syrup tu.. tapi lebih sedap yg CH buat ni hahaha πŸ˜‚πŸ˜ƒ

RESEPI SIRAP STRAWBERRY
Bahannya :-
- 1 bekas plastik strawberry .. lebih kurang 1/2 kg 
- 1 cawan air
- 1 1/2 cawan gula
- 1 sudu besar tepung jagung

Caranya :-
1. Kisar buah strawbery bersama air sehingga sederhana halus.
2. Kemudian masukan dalam bekas periuk.. 
3. Kemudian apa bila mendidih masukan gula dan tepung jagung yg telah dibancuh dgn setengah cawan air.
4. Gunakan api yang perlahan.. masakkan sehingga sirap memekat.. pada tu boleh lah rasa.. kalau nak manis lagi tambah lah gula.. saya suka masam masam manis macam ni..

TadaaaaπŸ˜‰πŸ˜‰
Dah siap aiskrim dan sirap strawberry yg sedap itu πŸ˜†πŸ˜…
Siapa nak puji kalau bukan diri sendirikan.. ehhhh nak habaq ang.. nabil habis lima bekas tau.. saya masuk dalam bekas kecil tu dapat 40 bekas..

Inilah yang lahir novemberian... adik ipar saya yg atih tu satu keluarga november.. suami dan anaknya.. 
Macam2 hidangan yg dibawa secara potluck.. saya bawa kuih kole kacang.. yg itu saya tempah kat jiran saya.. serious sedap weyyy..

Buat kat taman yg najeeha sambut itu hari.. ramai yg hadir.. tambahan kak ipar dari Sa ah tu pun ada.. sebab daftar anak masuk UIA kat PJ tu..

Melompat kegembiraan besday boy n girl tu..
Yang mak ngah pun lahir november juga.. udah disuruh melompat juga.. sporting tu.. umur 61 tahun daya lagi melompat tu πŸ˜†πŸ˜…πŸ’•❤

Isnin, 19 September 2016

Mengabadikan Usia Mu 14 Tahun .... SOFEA NABILAH πŸ˜†πŸ˜ŠπŸ˜™πŸ˜ ^__^

Assalamualaikum kekkawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Sebenarnya hari lahir Sofea Nabilah pada 4 September 2016 yang lalu.. ingin juga mengabadikan kenangan nya diblog kecil ini utk setiap hari lahir anak2 walaupun tak ditulis entrinya pada tarikh tersebut.. kerana sibuk dengan Najeeha yg hendak mengambil UPSR tu yg banyak benar tertangguhnya membuat entri ini..

Sambutan ini diadakan di taman tasik seksyen 7 tu atas cadangan en. suami sambil release minda najeeha yg asyik menghadap buku pada hari ahad tu sebelum exam esok hari nya pada 5 september tu..suka mereka disini bermain.. makciknya kata hati2 jangan terjatuh najeeha nanti ambil periksa kat hospital pulak hahhaha..

Menu saya hari itu santai petang ajer.. saya buat serawa durian makan dengan roti, spaghetti goreng dan pasta goreng juga serta goreng cucur badak frozeen. Adik ipar saya ada juga bawa bubur kacang hijau durian, kuih ketayap, donut, goreng pisang dan air hari itu teh 0 panas dan roselle ais. Hanya gambar tu yg sempat diambil.. ;)

Sambut serba ringkas yg tak dirancang sebenarnya.. namun kemeriahan terasa bila bersama sepupu dan makcik2 nya menyambut hari lahir..


Sebelum balik kita selfie dulu dah nak pukul 7.00pm tu.. ni semua adik-adik en suami dan biras saya.. terima kasih sudi datang meraikan hari lahir Nabilah yg tak dirancang hahahha..

Saya hadiahkan jam tangan telefon pintar ni seperti yg diminta.. jadi boleh bawa ke madrasah mama katanya.. boleh dia call bila ada emergency .. pilihannya warnanya gold coklat tu.. Nabil sudah teruja pula nak jam macam ni. hahahha.. dulu hadiah hari jadinya pun jam juga tapi yg biasa ajer.. 

Buat Sofea Nabilah yg mama kasihi dan sayangi semoga usia mu dirahmati Ilahi, supaya menjadi hamba Allah yg taat dan solehah, diberikan kesihatan yg baik.. dan berjaya cemerlang di dunia dan akhirat.. 




Jumaat, 18 Mac 2016

See Your Memories 3 Years Ago FB :: SAYANG MAK

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Semalam apabila FB menggamit memories 3 tahun yg lalu.. 17 Mac adalah hari lahir arwah mak.. tetapi kini bonda yg tercinta telah pergi menemui penciptaNya.. 
Kini tiada ingatan ulang tahun kelahiran.. hanya mengingati hari kematiannya pergi meninggalkan kami sekeluarga... :(

Maka selepas tu berderet nofikasi gambar menyambut hari lahir mak bersama anak cucu yg lahir juga pada bulan Mac.. kak angah lah sama bulan kelahiran dgn arwah.. jadi selalu lah meraikan bersama..

Semalam kami mengadakanbacaan tahlil utk arwah mak dan juga arwah abah.. arwah abah dah 1 tahun 2 bulan pergi meninggalkan kami pada 17 Januari 2015.. arwah mak pula dah 6 bulan meninggalkan.  Kini tiada lagi mengingati hari kelahiran mereka... maka yg diingati tarikh mereka pergi meninggalkan kita...
Gambar bacaan yassin dah tahlil tak sempat pula nak ambil smlm... adik juga mengadakan zikir waziffah selepas itu..

Isnin, 7 September 2015

4 September Datang Lagi.... Moga Usia Mu Dirahmati Ilahi...

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik...


Pada hari Jumaat 4 September 2015, genaplah usia Sofea Nabilah 13 tahun.. sekejap jer masa berlalu.. Namun begitu pada hari Jumaat tu saya kena pergi berkursus.. saya hanya sempat menelefon Nabilah untuk mengucapkan hari lahir kepadanya..
Sempat juga dia bertanya.. "Bila mama nak celebrate besday kakak ni ?"... "InsyaAllah bila mama balik hari ahad ye , boleh tak?"..
"Okeylah" balas Nabilah..

Pada hari ahad tu saya sampai dirumah pukul 2.30pm, dah suruh en suami yg beli kek tu.. atas permintaannya nak kek hello kitty pada mulanya.. tetapi kedai kek tu tutup.. dia minta pulak Baskin Robbin.. cari yg paling murah pun RM90.00..
Oleh kerana tak panggil sesiapa pun.. tu yg diminta BR kek tu.. dan Pizza Dominos.. saya masih lagi kepenatan.. buat lah seringkas mungkin..

Buat anakanda mama..
Sofea Nabilah..
Selamat hari lahir mama ucapkan..
Semoga dirimu menjadi anak yang solehah..
Seorang yg taat kepada perintah Allah ..
Jadikan lah agama sebagai pegangan hidupmu..
Janganlah kamu terpedaya dengan kehidupan dunia yg sementara..

“Wahai anakku!
 Bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah seperti orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.” Pesanan Luqman Al Hakim



Khamis, 13 Ogos 2015

OPEN RAYA SEKTOR SAYA YANG KECIL ^___^



 Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan keseihatan yg baik hendaknya..


Selagi tak habis syawal.. selagi tu lah ada entri raya kan ehe :)
Sambutan ini pada Jumaat lepas di Sektor Contact Centre.. Sektor yg kecil yg mempunyai 11 orang staff.. kebanyakan perempuan, seorang jer lelaki :)


Sebelum makan posing-posing bergambar dulu.. masa tu makanan belum banyak yg ada, saya cuma buat kuah lodeh jer.. lepas makanan datang, semua lupa diri makan, jadi tak adalah gambar makanan hahhaha.. Dah semua berselera tengok makanan tu, soto, nasi lemak, ayam masak merah, spaghetti, nasi impit, kuah kacang, kek cokelat anis, pavlova, koktail..
Aduh naik sendat dah perut semua orang.. :D


Kebetulan hari lahir staff dua orang ni, jadi kita buat sekali sambutan hari lahirnya.. lagi lah hiruk pikuk ruang pejabat contact centre yg kecil tu..

Kekawan tentu lagi meriah sambutan raya di ofis :)


Isnin, 26 Mei 2014

:: Meraikan Bersama # NABIL, ABAH dan MAMA ^____^


Assalamualaikum kekawan..
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi memberi nafas untuk kita bersua lagi.. semoga sihat dan ceria :)

Pada hari Jumaat 23/5 hari lahir Nabil , hari Ahad 25/5/hari lahir saya dan pada 8/5 hari lahir en suami, kira besday for May.. so kami meraikannya bersama pada petang hari Sabtu tu.. pada hari Jumaat tu saya dah beli kek untuk Nabil utk dia sambut bersama kekawannya di Maahad Tahfiz Al Hanna tu..


Jadi pada hari Sabtu tu Nabil request nak kek Aiskrim Baskin Robbin.. 

Kami meraikannya di rumah adik ipar.. tak plan pun nak buatkan.. 


Petang tu juga call semua utk ber kumpul.. Pukul 6.30pm majlis bermula..

Besday boy paling gembira..

Bersama sepupu.. pakcik.. dan Nenek Ngah..

Kek ini pilihan Nabil..
Minum petang jer majlis tu bersama Pizza, Apam Balik dan Karipap Pusing..

Bersama Qaseh yg sebaya dengan Nabil..


Banyak pilihan kek Aiskrim ni kekawan.. yg besar tu lagi mahalkan..
Saya beli yang Nabil tu berharga RM93.00 belum masuk tax lagi tu :)

Rabu, 19 Februari 2014

HARI LAHIR NUR KHAYRAH AMANDA ^__^

Assalamualaikum kekawan... 
Alhamdulillah ... semoga sihat dan ceria hari ini :)

Malam tadi memenuhi undangan untuk hari lahir Nur Khayrah Amanda yg setahun 18/2/2014... anak buah kepada biras saya, majlis bermula patutnya mula 8.30pm tapi menunggu tetamu yg datang, penyudahnya pukul 9.30pm baru mula... budak tiga orang tu dah mula mengantuk.... biasalah tido awalkan :)

Sementara menunggu tetamu datang kak Nabilah sempatlah posing dan ambil gambar pastu sibuk di photogrid kan gambarnya.... budak2 sekarang lebih bijak menggunakan gajet canggih ni kan...

Berkenan sungguh dengan apam Hello Kitty ni kan... kek pun tema Hello Kitty... Cantikan :)

Semestinya bergambar ramai-ramai sambil nyanyi lagu happy birthday untuk birthday girl tu... senang betul dengan budak Khayrah ni tak meragam langsung walaupun mata dah merah nak tidur.. Pukul 10.00pm kami balik, Nabil pun dah berapa kali menguap.... Itulah aktiviti kami malam tadi...

Khamis, 9 Mei 2013

Hari Lahir Kesayangan Hamba ^___^

 Semalam hari lahir en suami yg ke 45 tahun... so kami raikan dengan majlis kesyukuran anak beranak pada malamnya... Kek coklat moist untuk besday en suami... Selamat hari lahir Darling.. semoga usia di rahmati Ilahi dan bahagia selalu disamping kami ye ^__^

Tengok Nabil tu dia yang sibuk sekali nak potong kek tu :)

Ni lah sambut hari lahir en suami merangkap dinner  kami sekeluarga pada malam itu
Nasi Arab Ayam Panggang dan Kambing... yummy :D

Nabil tengah mengutip coklat chip diatas kek tu :)

Kad untuk Abah dari kak Jeha , Kak Bella , Nabil Dan Mama
Belum kesempatan membeli hadiah... :D
 
Ucapan yang ditulis oleh kami 4 beranak utk en suami

Tengok love nabil tu I Love Abah
ada tulisan kecil dan besar aBaH hehehe

Hari ini 9hb-14hb Mei 2013 , kakak Nabilah menduduki peperiksaan pertengahan tahun, kak Nabilah yang terakhir utk KBSR dan terakhir untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Semoga Kak Nabilah dapat menjawap soalan dengan tenang. Ya Allah permudahkanlah Anak ku menjawab peperiksaan nya. Amin..

Tenang jawap periksa ye sayang Nabilah :)

Khamis, 14 Jun 2012

Hari Lahir Bulan Mei

Hendak juga saya abadikan di blog ini, walaupun telah lama berlalu :) Sambutan hari lahir bulan mei di buat selepas majlis pertunangan anak buah saya syahirah, so lokasinya semestinya rumah emak saya ^__^ tambahan semua dah berkumpul senang buat terus. Ada enam orang yang lahir bulan mei ni, pertama en suami saya 8 Mei, kemudian Nabil & Kakak Andak saya 23 Mei sama hari berdua ni, selepas tu saya 25 mei, di ikuti anak buah saya Nurin 28 Mei dan akhir sekali Kharil Anuar 30 Mei...
Ini lah 6 orang besday boy n girl ^__^

 Menu utama petang tu Mee Kari dan Nasi lemak haha.. sama jer dengan makanan majlis tunang tu.. kek Aiskrem yang yummy....

Abah aka Atuk yang sporting.. buat semua ketawa, Nabilah siap tumb up
kat atuk dia



Sibuklah si Nabil dengan hadiah yang di beri oleh mak saudara dan sepupunya. Semoga yang menyambut hari lahir ni di kurniakan kesihatan yang baik, serta umur di rahmati Ilahi