JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 19 September 2016

Mengabadikan Usia Mu 14 Tahun .... SOFEA NABILAH πŸ˜†πŸ˜ŠπŸ˜™πŸ˜ ^__^

Assalamualaikum kekkawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Sebenarnya hari lahir Sofea Nabilah pada 4 September 2016 yang lalu.. ingin juga mengabadikan kenangan nya diblog kecil ini utk setiap hari lahir anak2 walaupun tak ditulis entrinya pada tarikh tersebut.. kerana sibuk dengan Najeeha yg hendak mengambil UPSR tu yg banyak benar tertangguhnya membuat entri ini..

Sambutan ini diadakan di taman tasik seksyen 7 tu atas cadangan en. suami sambil release minda najeeha yg asyik menghadap buku pada hari ahad tu sebelum exam esok hari nya pada 5 september tu..suka mereka disini bermain.. makciknya kata hati2 jangan terjatuh najeeha nanti ambil periksa kat hospital pulak hahhaha..

Menu saya hari itu santai petang ajer.. saya buat serawa durian makan dengan roti, spaghetti goreng dan pasta goreng juga serta goreng cucur badak frozeen. Adik ipar saya ada juga bawa bubur kacang hijau durian, kuih ketayap, donut, goreng pisang dan air hari itu teh 0 panas dan roselle ais. Hanya gambar tu yg sempat diambil.. ;)

Sambut serba ringkas yg tak dirancang sebenarnya.. namun kemeriahan terasa bila bersama sepupu dan makcik2 nya menyambut hari lahir..


Sebelum balik kita selfie dulu dah nak pukul 7.00pm tu.. ni semua adik-adik en suami dan biras saya.. terima kasih sudi datang meraikan hari lahir Nabilah yg tak dirancang hahahha..

Saya hadiahkan jam tangan telefon pintar ni seperti yg diminta.. jadi boleh bawa ke madrasah mama katanya.. boleh dia call bila ada emergency .. pilihannya warnanya gold coklat tu.. Nabil sudah teruja pula nak jam macam ni. hahahha.. dulu hadiah hari jadinya pun jam juga tapi yg biasa ajer.. 

Buat Sofea Nabilah yg mama kasihi dan sayangi semoga usia mu dirahmati Ilahi, supaya menjadi hamba Allah yg taat dan solehah, diberikan kesihatan yg baik.. dan berjaya cemerlang di dunia dan akhirat.. 




19 ulasan:

  1. Selamat hari lahir Sofea Nabilah...indahnya nama .Semoga terus menjadi anak solehah dan diberi kejayaan dunia dan akhirat.
    Meriah sungguh nampak walaupun kata nya santai.Seronok bila kaum keluarga dapat rai kan bersama.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. sannah helwah sofea nabilah

    wahh meriah sambut harijadi yer.. best ada family ramai. Masing2 bawa juadah...

    BalasPadam
  4. happy birthday sofea nabilah..smoga jd ank yg solehah

    BalasPadam
  5. SELAMAT HARI LAHIR NABLAH..MAJLISNYA MERIAH DGN DIRAIKAN AHLI KELUARGA TERDEKAT...

    BalasPadam
  6. Hepy Bezday Nabilah moga makbul doa mama hendaknya.....
    Sesekali berkelah sambil menyambut beday tepi tasik best jugak kan CH....

    Dapat pulak biras biras yg rajin masak mcm hang CH....memang on jerlah hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jam tu bukan Nabilah je yg seronok kalau dapat tu, bagi pada Pak Jilap mau dia suka godek godek..... Mahal tak CH?

      Padam
    2. Tak mahal sangat Nom..
      Jam tu CH dapat dalam harga RM150.00..
      Banyak juga fungsinya..
      Boleh layari internet juga..
      Sibuklah dia dowload whatsApp..
      Senang katanya..

      Padam
    3. Ohhhh murah je ek..... boleh sangatlah hadiah utk budak budak..... Kalau rosak takdelah terkilan sangat

      Padam
  7. Happy belated birthday Sofea Nabilah. Cantik jam tangan ☺

    BalasPadam
  8. Sanah helwah buat anakanda Nabilah.
    Menjadi yg terbaik itulah idaman mama dan keluarga semua.

    BalasPadam
  9. Happy belated bithday dear..>
    semoga menjadi anak yang solehah di dunia dan akhirat...
    lawa jam tangan tu...

    BalasPadam
  10. selamat hari ulang tahun sofia nabilah..
    cantik hadiah tu

    BalasPadam
  11. Selamat hari ulang tahun
    Semoga menjadi anak yang solehah.

    BalasPadam
  12. Selamat hari lahir Sofea Nabilah.. alhamdulillah meriah majlis sambutannya :)

    BalasPadam
  13. selamat hari lahir sofea nabilah.-sedap nama!
    semoga jadi anak yang baik ye, nabilah.

    BalasPadam
  14. Alamak! Sama pulak hadiah kita untuk anak tersayang, CH. Saya pun hadiahkan Bubbly Abang smart watch dan juga headphone. Dua benda ni memang menjadi idamannya tapi bila disuruh teka, boleh pulak teka laptop! Haru hati Mommynya ^_^

    Happy birthday Sofea Nabilah. Sedapnya nama. Kalau tulis atas kad undangan kawin ni pun best juga. Oppssss!

    BalasPadam
  15. Selamat hr lahir Sofea Nabilah...meriahnya ramai yg raikan
    Moga terus cemerlang dunia n akhirat..

    BalasPadam
  16. sanah helwah Sofea Nabilah.. semoga menjadi anak yang solehah membalas jasa kedua orang tua...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)