JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 18 Mac 2016

See Your Memories 3 Years Ago FB :: SAYANG MAK

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Semalam apabila FB menggamit memories 3 tahun yg lalu.. 17 Mac adalah hari lahir arwah mak.. tetapi kini bonda yg tercinta telah pergi menemui penciptaNya.. 
Kini tiada ingatan ulang tahun kelahiran.. hanya mengingati hari kematiannya pergi meninggalkan kami sekeluarga... :(

Maka selepas tu berderet nofikasi gambar menyambut hari lahir mak bersama anak cucu yg lahir juga pada bulan Mac.. kak angah lah sama bulan kelahiran dgn arwah.. jadi selalu lah meraikan bersama..

Semalam kami mengadakanbacaan tahlil utk arwah mak dan juga arwah abah.. arwah abah dah 1 tahun 2 bulan pergi meninggalkan kami pada 17 Januari 2015.. arwah mak pula dah 6 bulan meninggalkan.  Kini tiada lagi mengingati hari kelahiran mereka... maka yg diingati tarikh mereka pergi meninggalkan kita...
Gambar bacaan yassin dah tahlil tak sempat pula nak ambil smlm... adik juga mengadakan zikir waziffah selepas itu..

8 ulasan:

  1. Sedihkan bila kita menatap semula gambar mak yang telah tiada....
    Dah 6 bulan rupanya,sekejap je masa berlalu kan yatie...apa pun akak doakan mak yatie ditempatkan dikalangan orang yang beriman...Aminnn

    BalasPadam
  2. Biarpun sedih menatap gambar-gambar lama tapi bila rindu memang gambarlah yg akan kita belek selain doa-doa yang kita harap diterima Allah hendaknya.

    BalasPadam
  3. sedih pulak saya baca n3 akak ni...kehilangan kedua2 mak dan ayah memang perit kan...saya bersyukur masih punye emak...moga mak dah ayah akak di tempatkan di kalangan orang2 beriman...

    BalasPadam
  4. Tengok gambar lama seolah2 ada bersa ma kita kan tp reality dah pun pergi.
    Alfatihah.

    BalasPadam
  5. Al-fatihah buat mak akak. semoga tenang di Sana.. amin~

    BalasPadam
  6. Al-fatihah..semoga rohnya tenang di sana diiringi doa dari anak2 & cucu..

    BalasPadam
  7. Alfatihah untuk kedua dua arwah mak ayah awak CH. Tulah kan bila mereka dah tiada tu .....cuma kenangan jerlah yang menggamit memori kita huhu

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)