JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 8 Oktober 2012

Nasi Lobak Merah

Nasi lobak merah ni dah lama saya nak cuba, masa saya BW ke blog Yan Cottage, baru semalam dapat buatnya.. memang sedaplah nasi ni , tengahari tu sekali hadap kami 5 beranak.. en suami beriye menambah, sama juga dengan budak 3 orang ni yang minat sangat nasi minyak ni... Yummy betulah Yan.. simple pula resepinya :D


Saya regukan dengan Ikan Kerapu Sweetsour, Sotong Goreng Kunyit Kacang Panjang dan Kari Ketam. Memang kenalah regunya tu kan :). Boleh buat untuk Hari Raya Aidiadha (Haji) nanti ni.

Ni plate kak Nabilah.. tak sangka dia boleh habis sebanyak
ni nasi tu.. siap bertambah lagi :D


Akak mohon share resepi ye Yan.. tapi akak ada olah sikit mengikut tekak kami sekeluarga.

RESEPI NASI LOBAK MERAH




Bahan-bahannya

2 cawan beras Basmathi (rendam selama 1/2 jam)
3 cawan air
1 batang lobak merah (disagat/ potong halus)
2 sudu besar serbuk perencah sup adabi
3 biji bawang merah kecil (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
3 kumtum bunga lawang
3 biji pelaga
3 biji bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
1/2 kiub perasa ayam
2 sudu besar minyak sapi
garam secukup rasa

Cara-caranya:-

1) Panaskan minyak sapi, kemudian tumis bahan hiris, serbuk sup dan bunga lawang,pelaga,bunga cengkih dan kulit kayu manis sehingga naik bau wangi.
2) Selepas itu masukan lobak dan air, kacau rata. Masukan garam, ikut rasa masin yang dikehendaki.
3)Masukan bahan yang dimasuk kedalam rice cooker yang telah diletak beras yg direndam tadi. Kacau sekata. Dan biar nasi hingga masak.
4) Sedia untuk di hidang bersama menu pilihan anda :)

Senangkan, SELAMAT MENCUBA :D






8 ulasan:

  1. assalam yati..kalau sedap memang boleh cuba jugak ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'salam Acik Erna,

      Sungguh sedap Acik.. cubalah :D
      Bahan pun mudah ajer :P

      Padam
  2. salam kak yati.....
    mesti lagi sedap nie....!!!!!sebab pakai beras basmathi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'salam Yan..

      Anak-anak akak di suka beras basmathi ni bila masak nasi macam ni.. yummy katanya :P

      Padam
  3. Yati, lapo lak petang2 gini nampak nasik tu... bila la agaknya dapat nak mencuba masak cenggini! jamu mata kat sini dulu lah ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha kak rose, nak jemput makan pun tak boleh dah tinggah periuk jer :D.. Kak Rose cubalah ye.. buat masa raya haji nanti, lepas tu jangan lupa jemput kami ye ehe ;P

      Padam
  4. nmpk pon dh tau mesti sedap ni...tu yg Nabilah leh habiskan n siap btambh lg tu...

    bile yer nk cuba...kena lbih rajin lg ni...hehe..xpe yg penting simpan resepi dlu yer..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye QH memang sedap.. anak-anak QH mesti suka :D tak pe ambik dulu resepi pas tu buat.. macam akak buat ni.. padahal Yan publish kat blog dia masa hari raya tempohari... huhuhu punya lama simpan resepi baru akak mencuba :P

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)