JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 10 Oktober 2012

Terung Goreng Sambal

Bila nak tengok en suami makan bertambah, masaklah lauk kegemarannya, maka bertambahlah makannya.. sudahlah senang sangat nak masak terung goreng sambal... lagilah memudahkan kerja memasak saya kan. En suami saya ni bila makan tak cerewet sangat janji ada sayur berkuah dan yang bergoreng. Cukuplah bagi dia :D..

Jadi, petang semalam saya balik lewat sikit sebab pergi ke bank lah, isi minyak dulu... dah menyala signal suruh isi minyak.. ada pulak yang kena tolak kereta nantikan... aduh tak dayo den :P Manalah pulak saya melalut.. mari kita cerita balik pasal terung goreng sambal ni.. Tengok gambar dulu ...



Kak Nabilah pun suka terung goreng sambal ni tapi yang pelek nya kulit terung dia tak makan, ambil isi terung tu jer... :) Alahai anak omak.. macam-macam ragam dia orang ni kan...

RESEPI TERUNG GORENG SAMBAL










Bahan-bahannya :-

6 batang terung pendek(saya belah 4 aje)
3 biji cili merah*
5 biji cili padi*
3 biji bawang merah*
Semangkuk kecil ikan bilis
garam secukup rasa

Cara-caranya :
1) Panaskan minyak dan goreng terung hingga masak(agak-agak ye jangan lembik sangat)> Lepas masak tu angkat.
2) Goreng pula ikan bilis hingga garing. Lepas masak angkat
3) Kemudian tumiskan pula bahan kisar hingga naik bau wangi dan letak garam secukup rasa.
4) Apabila sambal yang tumis dah masak, tutup api, kemudian masukan terung dan ikan bilis yang siap digoreng.
5) Gaulkan sambal hingga mesra
6) Siap untuk dihidang.

Makan pula bersama nasi putih yang masih berasap tu.. peghhh terasa keenakannya :D

8 ulasan:

  1. menjejeh lak air liur ni... semalam g c4 dah pegang terung panjang ni tp x jadi bli sbb ada banyak sayur dah... tu pun x tau bila nak masaknya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masak terung ni pun sebab dah seminggu dalam peti ais kak rose, nasib baik terung ni jenis tahan lama... cuba tengok bayam.. dah lunyai :)

      Padam
  2. sedapnye...tp kalau masak kat rumah ni..saya sorang je mkn...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alah kesiannya makan seorang tu.. apa kata Mas masak pastu mari datang rumah akak kita makan ramai-ramai :D

      Padam
  3. sedap kalau dmakan dgn nasi panas2 ni..perghhh..

    BalasPadam
  4. uish yummynya! nak cubalah nanti...

    BalasPadam
  5. saya dulu2 pun makan buang kulit.. dah kawin bila hubby suka sayur ni rupanya makan dengan kulit2 skali.. hehehe..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)