Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 6 November 2012

RENDANG HIJAU AYAM

Sebenarnya saya buat rendang hijau ni masa hari raya haji yang lalu. Akibat kesibukan yang amat sangat menyebabkan blog saya ini menyepi selama seminggu. Kepenatan masih terasa setelah 3 hari berkursus di Gambang Resort City, Pahang... Banyak stori mori yg hendak saya lakarkan.. tentang sambutan hari lahir Najeeha, tentang kursus saya ni, tentang jualan seaweed (rumpai laut) yg semakin mendapat sambutan .(Alhamdulillah) ,tentang bulan hahhaha... merapu sudah..

Bagi memenuhi permintaan kawan saya dan janji saya pada dia utk meletakan resepi rendang hijau ini didalam blog ini. Tija Azhar semoga rajin-rajin lah masak rendang hijau ni ye.. nanti saya turun Singapura bila rendang hijau ini telah siap awak masak hehehe :))

Resepi rendang hijau ni saya ambil dari dapur kak yatie blog Sinar Kehidupan. Mohon saya kongsi resepi disini ye kak yatie. Masa hari raya haji tempohari saya regukan rendang hijau ni bersama nasi impit dan nasi lobak merah. Pada hari raya haji itu juga saya buat sambutan hari jadi Najeeha nanti saya stori mori ye.. :D

Rendang Hijau dan nasi impit
 Jom kita tengok resepi rendang hijau ini

RESEPI RENDANG HIJAU AYAM










Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam, dipotong 12 bahagian
  • 250 ml santan
  • 2 sudu besar kerisik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus-Yatie tambah
  • 1/2 cwn minyak utk menumis
  • sedikit air jika perlu
Bahan Kisar
  • 4 batang serai-hiris halus
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 30 biji cili padi hijau
  • 4 tangkai cili hijau-Yatie tambah
  • 10 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar-Yatie tambah
  • 5 ulas bawang putih
Cara Memasaknya
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga garing.
  2. Kemudian masukkan ayam dan kacau hingga rata.Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula dan garam secukup rasa.
  3. Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah hingga pekat. Masukkan daun kunyit.
  4. Bila cukup kering, bolehlah diangkat.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

2 ulasan:

  1. sedap nmpknya rendang ayam hijau tu...dimkn pula dgn nasi impit..wallaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak baru pertama Kali masak Rendang hijau ni QH, ternyata memang Sedap... semua org suka ;-)

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)