Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Ahad, 31 Mei 2015

DENDENG SEDAP

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya..
Hari Ahad ni pasti ada kekawan yg dapat jemputan kenduri kahwin kan.. tambahan dah minggu cuti sekolah pertama ni..
Tapi kalau tiada siapa yg tidak kemana boleh lah cuba resepi dendeng sedap ni.. saya tengok kat wall FB saya ni pun dah teruja kekawan.. :)

Dendeng Daging sedap dimakan dengan nasi panas, pulut kuning mahupun dengan ketupat... dendeng ni nak makan esok pagi tapi dah tinggal semangkuk kecik je..anak2makan dengan nasi panas tadi..
Resepinya
Bahan A
1 kilo daging lembu dipotong sederhana besar
bahan B
4 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
Bahan C
3/4 cup kicap lemak manis
gula
garam
7 helai daun limau purut diramas2
3 batang serai dititik
2 sudu cili kisar bergantung kepedasan yang anda suka..dendeng ni tak pedas sangat
1/2 sudu kecik pes asam jawa
bahan D
air rebusan daging
cara2nya
Bahan B di mayang halus kecuali kulit kayu manis dan bunga lawang
panaskan minyak dlm kuali dan goreng hingga keemasan angkat dan toskan minyak ...bawang goreng ni..lagi banyak lagi sedap
Bahan A direbus sehingga daging lembut...tp jangan empuk sangat nanti masa nak tumbuk daging tu relai/hancur pulak
*air rebusan jangan dibuang
*daging yang direbus tadi dipotong nipis dan tumbuk (rujuk gambar) guna lesung batu buat sampai habis (rujuk gambar)
*goreng daging yang telah ditumbuk ni seketika jgn lama sangat sekejap je guna minyakgoreng bawang tadi angkat dan toskan
skrang guna kuali yang sama cuma letakkan dlm 3 sudu besar minyak masak tumis cili merah kisar , daun limau purut, serai ... tumis hingga pecah minyak..tambah sedikit garam dan gula..garam ni agak2 la ye jgn banyak sangat nanti masin plak bila sejuk..
*kemudian taruk kicap manis tadi dan pes asam jawa..
dan taruk bahan D dlm 5 senduk..
*taruk bahan A iaitu daging goreng tadi..kacau dan tutup dgn penutup biar air tersebut agak2 kering
*kemudian taruk bahan B pula.. kacau lagi..kalau nampak kering sangat tambah air rebusan daging sikit...rasa kalau tawar tambah garam... siap..selamat mencuba

7 ulasan:

  1. Ada jemputan kenduri tapi macam tak pergi ja... Balik kg ni.. Cuti sabtu ahad ja mmg nak rehat la.. Hehhe... Tq kak yati nnt boleh cuba jd kan ntri akak tempat rujukan resepi2... :)

    BalasPadam
  2. Ada jemputan kenduri tapi macam tak pergi ja... Balik kg ni.. Cuti sabtu ahad ja mmg nak rehat la.. Hehhe... Tq kak yati nnt boleh cuba jd kan ntri akak tempat rujukan resepi2... :)

    BalasPadam
  3. Saya tak tau dendeng ini dipanggil apa di Utara ni. Mungkin ia sama dengan daging masak hitam??

    BalasPadam
  4. Suka daging dendeng.. tapi belum pernah buat sendiri lagi..
    Makchaq ni jenis masak jat simple2.. tapi macam nak try la masak yg ni..

    BalasPadam
  5. suke masak dendeng.. tringat kat seseorang, dia pandai masak, n saya pandai makan, hehehehe...

    BalasPadam
  6. Pergh!! terliur mak tau.....sedapnya CH...tengok resepi pun dah tau sedap

    BalasPadam
  7. Dah siap kopipes. Tinggal tunggu masa mood rajin tu datang semula. Pasti kubuat. Bab-bab daging ni memang favorite saya dan HD. Lepas makan baru kita fikir macamana nak diet rakus semula!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)