JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 21 Julai 2014

GULAI AYAM KAMPUNG ... eemm enaknya:)

Assalamualaikum kekawan..
Salam petang yg ceria :)

Sejak kebelakangan ni en suami suka sangat beli ayam kampung.. dia kata kurangkan makan ayam daging tu.. saya pun menurut perintah dan tukang masak ajer lah kan :)
Petang tu en suami request buat masak lemak cili padi ayam kampung ni dengan kentang.. dah lama tak makan katanya..

Alhamdulillah semua bahannya dah ada senang lah kerja saya kan.. cuma tumbuk cili padi tu.. en suami suka jika cili tumbuk.. lagi sedap katanya.. santan saya siap perah  .. simpan dalam bekas kecik2 tu.. bila nak masak saya ambil satu.. dah asingkan mana santan pekat dan cair.. Oleh kerana dah lama tak makan.. maka iftar petang tu.. gulai ayam ni sekali hadap jer kami sekeluarga..

RESEPI GULAI AYAM KAMPUNG KENTANG

Bahannya :-
  • 1/2 ekor Ayam Kampung dipotong kecil
  • 15 biji cili padi*
  • 3 biji cili merah*
  • 3 biji bawang merah *
  • 1 inci halia*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci kunyit hidup* (*ditumbuk)
  • 1 biji kelapa (asingkan santan pekat semangkuk)
  • 2 biji kentang dipotong empat
  • daun kunyit
  • 1 batang serai
  • Asam keping
  • Garam
Caranya :-
  1. Masukan  santan yg perahan yg kedua kedalam periuk, bahan ditumbuk, ayam dan kentang. Kacau pelahan-pelahan sehingga mendidih dan masukan garam
  2. Kemudian masukan serai, daun kunyit dan asam keping.
  3. Selepas tu masuk kan santan pekat,  kacau perlahan, rasa masinnya, angkat bila sudah masak.
  4. Siap untuk dihidang.

18 ulasan:

  1. ayam kampung sedap cuma x cukup isi he3

    BalasPadam
  2. pakcik wife saya buat ternakan ayam kampung..or dipanggil ayam organik, sebab mmg tak bagi makan dedak, takda sebarang suntikan steroid atau vaksin...Mmg tinggi permintaan utk ayam organik...ayam2 daging mmg penuh dgn chemical...Tapi, tekak saya ni masih susah nak terima rasa ayam organik..hihihihih

    BalasPadam
  3. sedapnyeeee..
    senang empuk x ayam kampung nih??
    ingat mak zura dulu masak gulai ayam kampung, lama jugak lah merebus ayamnye nak bg empuk. tapi dagingnye sedap kan.. pejal2 sket dan manis~

    BalasPadam
  4. yeayyy nak raya ni mesti MIL masak rending ayam kg...nak raya kena berkawal sikit ayam ni, manjang hilang @ mengaku tuan.

    BalasPadam
  5. uncle siap google nama KAMPUNG KENTANG tadi... hehe

    BalasPadam
  6. untungnya keluarga, nur pandai masak, ayam kampung lebih bagus, lemak kurang :)

    BalasPadam
  7. bukan susah ke nak cari ayam kampung? ermmm memang sedap ayam masak lemak cili padi...

    BalasPadam
  8. ayam kg masak rendang mmg sedap .

    BalasPadam
  9. akak pun lebih suka ayam kg dari ayam daging.tpi ayam kg susuah nk cari..ayam pencen banyaklah..

    BalasPadam
  10. ayam kampung?? ohhh sedapnyeee..huhuhu..

    BalasPadam
  11. Masak lemak cili padi ni memang menu yang berulang je di rumah saya. Dah itu yang anak-anak suka, saya masak jelah. Lagi senang dari masak menu baru lepas tu takda siapa yang minat nak mencuba.

    BalasPadam
  12. favourite saya ni...terliur tgk hehe

    BalasPadam
  13. Suami okje tak pandai mintak mintak mcm tu CH....dia makan aje apa yg kita masak....hehe .....Senang hidup! Tp tulah....kadang tu sampai pening pikir lauk!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)