JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 30 Julai 2015

RENDANG AYAM KAMPUNG DENGAN MAMAN... dari Bukit Jalor Gemenceh .. eeem dapnya

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik.

Rendang  maman ni memang terkenal di Negeri Sembilan, bila hari raya ini menu lah yg utamanya, saya mula mengenalinya apabila berkahwin dengan en suami, kena pulak dengan selera saya sayur maman ni, bila makan penuh daun maman ni di pinggan saya kekawan hahha :D
Bertuah dapat menantu macam saya ni kan.. hahaha.. *__^

Sebelum dimasak, daun maman hendaklah dijemur terlebih dahulu, tetapi tak boleh terlebih layu sangat.. ni utk mengurangkan rasa pahit daun tu.. dah naik harga daun maman ni kekawan.. masa FIL beli tu dah RM8.00 sekilo, dulu-dulu kata FIL kira RM3 seikat aje..
Nasib baik tak ada GST kan kekawan hahahha.. :D

Tambah kapsyen

 Sebelum arwah MIL saya meninggal saya ada belajar cara-cara nak masak rendang maman ni kekawan.. Alhamdulillah dapat juga saya ilmu ni kan.. Jadi saya kongsikan pula ilmu ni disini..Jom intai resepi yg mudah ni :)


RESEPI RENDANG AYAM DGN MAMAN















Bahannya :-
  • 2 ekor ayam kampung
  • 3 kg sayur maman
  • 2 kg santan/6 biji kelapa(perlu banyak santan)
  • 40biji cili padi (ikut pedas)
  • 4 batang serai di titik
  • 5 keping asam keping
  • 2 buku kunyit hidup
  • garam secukup rasa
Caranya :-
  1. Siang dan jemur daun maman sedikit layu, basuh dan tus supaya daun maman tidak basah sangat.
  2. Ayam yg telah dibersihkan dan masukan  kedalam kuali bersama kunyit dan cili api yg telah dikisar.
  3. Kecutkan ayam bersama air cili api tadi sehingga kering, baru masukan santan(mulakan dengan santan cair) masukan juga serai, tunggu sehingga daging ayam lembut.
  4. Kemudian masukan santan pekat, asam keping, garam dan kacau sehingga kuah mendidih pekat.
  5. Setelah terbit minyak baru dimasukan daun maman tadi.
  6. Jangan kacau terlalu kuat takut daun hancur, buat perlahan-lahan supaya daunnya layu dan sebati bersama kuahnya.
  7. Apabila semuanya serata layu dan rasa garamnya boleh lah diangkat.

19 ulasan:

  1. first time dengar rendang with maman..:)

    BalasPadam
  2. Ummggaiii sodap tuh.. rondang ayam ngan maman... terliur nengoknyaa.. :)

    BalasPadam
  3. Perghhh... ai is suka..
    Tiap kali balik rumah maklong dekat Gemencheh nun.. memang inilah yang dijamu untuk anak buahnya ni.. memang beliau tahu dah kalau ai balik takde lain mesti maman yang ai carik dulu..

    BalasPadam
  4. camne rasanyer syr maman nih kak? rupe nyer kt kg dana pun ada jgk lah maman nih, tp sbb tak tau blh mkn... ingatkan rumput biasa je...

    msti sdp betul kna maman nih smpai 3kg sekali msk rendang tuh

    BalasPadam
  5. T..Halia Lengkuas..bwg semua tak perlu yer...sikit jer bahan2 nyer yer T...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cukup senang resepinya Aini.. tak banyak bahan rendang N9 ni :)

      Padam
  6. Masalahnya kakak tak tahu macam mana daun maman tu Yati
    Tak pernah kakak jumpa atau kakak yg tak kenal.
    Tapi macam tak pernah adalah di pasar tempat kakak ni.
    Kalau lihat harga dia mesti payah nak dapat.

    BalasPadam
  7. sedapnya rendang maman......teringin nak tanam pokok maman, dekat area gemenchen jerk kan paling banyak pokoknya ditanam.....

    BalasPadam
  8. first time CT dengar nama sayur maman.. unik ni..

    BalasPadam
  9. Rendang maman mno ado pakai sorai nak masak..bahan2 masak maman ayam ni sng je.
    1ekor ayam
    1kilo maman
    1.5kg pati santan
    2buku kunyit hidup
    Cili api ikut pedas sendiri
    As keping 8 ke 10kpg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mak mertua saya masak letak serai Wan Moncheh.. :D
      Saya ikut cara masak mak mertua saya..
      Wangi ajer letak serai tu..

      Anyway.. Terima kasih lah bagi resepi tu ye :)

      Padam
  10. Now...tgh masak rendang maman ayam tua..perhhhh slurppp

    BalasPadam
  11. Now...tgh masak rendang maman ayam tua..perhhhh slurppp

    BalasPadam
  12. kalau ada yg nak order maman sila call 0123195014....kawasan bahau,batu kikir,juaseh siap hantar segera

    BalasPadam
  13. Semalam br beli maman.first time nk.belajar masak suami terangkan lama x.mkn.katanya..

    BalasPadam
  14. Semalam br beli maman.first time nk.belajar masak suami terangkan lama x.mkn.katanya..

    BalasPadam
  15. hari ni sesaja cari2 resepi alternatif pada maman hihi... selalu masak lemak dgn ikan or udang jer. takpun buat jeruk maman.
    ini mak bg bnyk sgt haha... nk bg jiran tak tau lah ada tak org yg nak

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)