JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 6 Julai 2015

BISKUT CHOC CHIPS CORNFLAKES

Assalamualaikum kekawan..
Salam petang yg ceria..
Saya ni bercadang nak buat kuih yg simple jer.. dan yg penting anak2 suka kan.. Pastu macam tau jer saya cari biskut mudah buat dan bahannya tak banyak.. elok pulak kawan post kat wall FB saya.. Jadi saya save dulu disini.. weekend nanti buat projek dengan adik saya dirumah mak ..




BISKUT CHOC CHIPS CORNFLAKES
Bahan-Bahan: Emotikon smile
========================
BAHAN A
200g Butter
50g Shortening
80g gula aising
Secubit garam
(Pukul semua bahan 2-3 mnt)
==========================
BAHAN B
175g tepung naik sendiri
150g tepung gandum
1/2 sdt baking soda
1/ 2 sdb serbuk koko
(Satukan semua bahan B)
===========================
BAHAN C
50g cornflakes ( ramas kasar)
50g almond nibs ( sangan seketika)
80g coklat chips
================================================
Cara-Cara Membuatnya: Emotikon smile
Masukkan bahan B ke dalam bahan A yg telah dipukul tadi.. gaul rata guna senduk.. masukkan semua bahan C.. gaul rata.. (adunan memang lembik)
Guna sudu plastik.. sudukan adunan dlm tray sebesar duit 20sen(jgn tekan bg nipis tau.. biarkan jer rupaya buruk..dah masak nanti elok jer kejadiannya)
..hias dengan coklat chip dan almond flakes (badam hiris)
Bakar selama 20-30mnt... Suhu 180*c
================================================
Dikongsi Oleh:Mariana Zainal
Sumber: https://www.facebook.com/mariana.zainal.3
================================================
DIPERSILAKAN LIKE,SHARE,TAG NAMA KAWAN2 UOLLS..
SEMOGA BERMANFAAT

12 ulasan:

  1. sedapnya nampak! nak try la ;) tq untuk resepi ni.

    BalasPadam
  2. Entahlah Yati kakak ni macam malas betul tahun ini walau tiga-tiga anak dara ada. Mungkin kalau mereka nak buat baru kakak buat kalau tak kakak beli aje..

    BalasPadam
  3. Dapat kat cucu2 ky ni habis sebalang sekli hadap. Mereka suka biskut choc chips cornflakes..

    BalasPadam
  4. sodap nmapaknyer kak... rajin nyer akak membuat biskut... msti anak2 dara nolong ni kan

    BalasPadam
  5. baru nk cuba buat..tp sy ni malas timbang.ada resepi pkai cawan oklah.hehe..tp nmpk sedap betul

    BalasPadam
  6. ialah yatie,kalau anak akak Iman nampak biskut ni tentunya suka sangat ....tapi kakak tak buat kuih lah yatie dengan keadaan tangan kakak ni....buat kuih tunjuk je lah jawapnya...

    BalasPadam
  7. nie kalo wife buat awal2....konpem x sempat bawak balik raya. hehehe

    BalasPadam
  8. Ini budak-budak memang suka. Semalam pun CH saya ada nampak satu resepi cookies ni teruslah saya print. Cara tu macam nak buat untuk raya ajekan tapi yang sebenarnya saya ni rajin kopipes & print aje, lepas tu simpan dalam file hitam *_*

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)