JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 20 Julai 2015

SYAWAL DAY 1 :: Rumah Mertua Pulak ye ... Tahun ini ^__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kekawan semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..

Tahun ni saya raya pertama dirumah en suami pulak.. jadi hari rabu saya dah pulang kekampung en suami di Felda Bukit Jalur Gemenceh Negeri Sembilan.. Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar.. pukul 11am kami memulakan perjalanan pukul 1.30pm dah sampai kampung..


Tahun ni tema baju raya kami berwarna hijau.. Sudah sama pulak dengan pokok bunga keladi mak cik disebelah tu hahaha :D

Bergambarlah pulak gambar satu keluarga bersama ipar duai dan biras.. sama pulak hijau dengan adik ipar saya yg seorang ni :)


Selepas solat Jumaat baru kami keluar rumah utk pergi beraya.. balik kampung bapa mertua di Sg Mati Muar Johor, ada adik FIL, rumah mak andak.. sampai rumah mak andak pun dah pukul 3.30pm.. lama juga disitu.. lebih kurang pukul 5.00pm kami pun pulang ..

Singgah di kuburan MIL, saya ambil dari dalam kereta ajer.. sebab saya uzur, hanya en suami dan anak-anak yg masuk menziarahi..



Selepas tu kami singgah di rumah mak andak belah arwah MIL dan mak itam, tiada gambar pun dirumah mereka sebab seronok melayan perut dengan masak asam pedas dan tomyam ketam mak andak tu .. rumah mak itam pulak pekena lontong jawa... perghhh lagi penuh muatan perut tu kan.
Penyudahnya sampai rumah pukul 9.00pm.. kesemuanya dah kepenatan.. layan tido lah pulak..

Bagaimana dengan raya kekawan.. tentunya meriahkan :)

P/s Alhamdulillah petang khamis tu mak dapat cuti dari hospital untuk beraya bersama anak cucu cicit di rumah.. tapi hari isnin kena masuk semula ke hospital..


5 ulasan:

  1. wah..bestnyer meriah.....ila thn ni kelam kabut sbb syfqah msk wad kan.... selamat hari raya pada yati n keluarga....ila suka warna bj raya awk...

    BalasPadam
  2. Eid mubarak Nur Hayati.
    Sama seperti tahun lepas.. takda warna tema.. semua pilih warna ikut suka jer.

    - suka tengok gambar-gambar raya macam ni.

    BalasPadam
  3. seronok baca pengalaman raya kak yatie sekeluarga

    BalasPadam
  4. Ni yg jelesnya pipi dia cekung, pipi mak cembung haha..... Tapi semakin comeylah CH....Ohhh inilah hijonya ek....betullah ramai sungguh org pakai baju hijo tahun ni.....tahun daun kot haha....

    Sedapnya pekena asam pedas musim Raya ek. Tengok ayam mesti muak

    BalasPadam
  5. selamat hari raya kak..
    maaf zahir batin.. maaf salah silap sepanjang CT singgah sini..
    dahla tenggelam timbol.. kejap ada kejap xde.. hehe..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)