Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 9 Julai 2015

KUIH SIPUT

Assalamualaikum kekawan...
Salam petang yg ceria.. 
Macam teringin pulak nak buat kuih dulu-dulu kan..
Teringat lah pulak arwah nenek yg suka buat kuih siput ni..
Nak bangkitkan semula moment buat kuih siput ni bersama anak-anak pulak :)
Terima kasih pada penyumbang resepi ni.. nampak mudah sangat..

KUIH SIPUT
Bahan-Bahannya:
100 gm mentega
2 cawan tpg gandum
Bahan Untuk Dikisar:
1 sudu besar cili giling
2 tangkai daun kari
1/2 biji telur
1 sudu teh jintan manis
10 gm udang kering
2 biji bawang kecil
1 cawan air
- garam dan gula secukup rasa.
Cara Membuatnya:
1- Gaul mentega dgn tpg hingga jadi macam serbuk roti.
2- Masukkan bahan kisar kedalam adunan tepung.
3- Tambahkan garam dan gula ikut rasa masing2.
4- uli hingga sebati,kalau masih melekat tambah tpg lg hingga adunan tidak melekit.
5- Adunan ini memang lembek sedikit sebab itu menjadikannya rangup.
6- Lenyek atas acuan kuih siput kecil2.
7- Goreng dalam minyak penuh hingga kekuningan, goreng dgn 2-3 tangkai daun kari.

4 ulasan:

  1. tiap2 tahun tak pernah miss buat ni..sedap sangat..tgh2 rest silap2 boleh habis sebalang..

    BalasPadam
  2. resepi ni sangatlah lembik... tu pun kak rose tak semuakan air, tambah banyak tepung pun masih lembik... bau harum rempah dah ilang masih x leh nak menyiput... melekat. nak wat camner ni????? tambah tepung sampai tak melekit... takut rasa pulak ke laut kan?

    ada sapa2 yg dah cuba, meh la kongsikan kat kak rose ni.... sedih tawww!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak rose dah Cuba..
      kesian pulak..
      tapi dia kata memang lembek sikit agar bila digoreng jadi rangup.. macam mana tu..

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)