JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Ahad, 18 Jun 2017

Jom Terus Solat Bersama IMAM..๐Ÿ’–

Mahu Qiamullail di rumah. Perlukah meninggalkan imam ketika solat witir?

Jawapan:

Pertama: Sewajarnya solat bersama imam sehingga selesai, jadi tidak perlu balik ketika imam solat witir. Ini kerana nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

ุฅِู†َّู‡ُ ู…َู†ْ ู‚َุงู…َ ู…َุนَ ุงู„ุฅِู…َุงู…ِ ุญَุชَّู‰ ูŠَู†ْุตَุฑِูَ ، ูƒُุชِุจَ ู„َู‡ُ ู‚ِูŠَุงู…ُ ู„َูŠْู„َุฉٍ
Sesungguhnya sesiapa yang solat bersama imam hingga selesai, ditulis untuknya (ganjaran) menghidupkan keseluruhan malam. [[Imam an-Nasaie dalam as-Sunan al-Kubra, Kitab Qiyamillail Wa Tathowu’ an-Nahar, hadis no : 1281]

Kedua: Perlu diingatkan bahawa witir hanya boleh dilakukan sekali sahaja dalam 1 malam.

ุนَู†ْ ู‚َูŠْุณِ ุจْู†ِ ุทَู„ْู‚ِ ุจْู†ِ ุนَู„ِูŠٍّ ، ุนَู†ْ ุฃَุจِูŠู‡ِ ، ู‚َุงู„َ : ุณَู…ِุนْุชُ ุฑَุณُูˆู„َ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ، ูŠَู‚ُูˆู„ُ : ” ู„َุง ูˆِุชْุฑَุงู†ِ ูِูŠ ู„َูŠْู„َุฉٍ “
Thalaq radiallahu 'anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tiada dua witir dalam satu malam.

[Sunan at-Tirmizi, Kitab as-Solat, Abwab al-Witr, hadis no: 432, hasan gharib]

Ketiga: Oleh sebab itu, jika anda mahu mendirikan Qiamullail, ada 2 cara:-

A- Solat witir bersama imam di masjid. Ketika bangun Qiamullail tidak perlu lagi solat witir. Tiada masalah mendirikan solat sunat walau sudah mendirikan solat witir.

‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata:

ูƒَุงู†َ ูŠُุตَู„ِّูŠ ุซَู„َุงุซَ ุนَุดْุฑَุฉَ ุฑَูƒْุนَุฉً ، ูŠُุตَู„ِّูŠ ุซَู…َุงู†َ ุฑَูƒَุนَุงุชٍ ، ุซُู…َّ ูŠُูˆุชِุฑُ ، ุซُู…َّ ูŠُุตَู„ِّูŠ ุฑَูƒْุนَุชَูŠْู†ِ ูˆَู‡ُูˆَ ุฌَุงู„ِุณٌ
Baginda solat sebanyak tiga belas rakaat. Baginda melakukan solat sebanyak lapan rakaat, kemudian melakukan witir (sebanyak lima rakaat), kemudian solat dua rakaat dalam keadaan duduk.
[Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafirin Wa Qasriha, Bab Solat al-Lail Wa ‘Adadi Raka’ati, hadis no: 1226]

B- Solat bersama imam, tetapi ketika imam solat witir, kita berniat untuk solat sunat 2 rakaat. Jadi apabila imam memberi salam, kita menambah satu rakaat lagi. Dengan ini, kita dapat melaksanakan witir di hujung malam selepas qiamullail.

ุนَู†ْ ุนَุจْุฏِ ุงู„ู„َّู‡ِ ، ุนَู†ِ ุงู„ู†َّุจِูŠِّ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ، ู‚َุงู„َ : ” ุงุฌْุนَู„ُูˆุง ุขุฎِุฑَ ุตَู„َุงุชِูƒُู…ْ ุจِุงู„ู„َّูŠْู„ِ ูˆِุชْุฑًุง ” .
‘Abdullah bin ‘Umar radiallahu ‘anhuma meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Jadikanlan witir sebagai akhir solat kalian di waktu malam.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jumu’ah, Abwab al-Witr, hadis no: 948]

Wallahua'lam.
*Di atas merupakan ringkasan daripada fatwa ulama yang boleh dibaca di sini http://alkahfi.com.my/witir-bersama-imam-atau-balik-awal/

6 ulasan:

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)