JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Ahad, 4 Jun 2017

KUIH GUNTING πŸ˜πŸ’–

Assalamualaikum kekawan..
Selamat bercuti di hujung minggu..
Buat hainom dan keluarga selamat bermusafir.. semoga dipermudahkan segala urusan AB mendaftar Uitm tu..

Hari ini jumpa kuih raya nostalgia.. Kuih Gunting.. ini lah kuih kegemaran saya dulu-dulu.. masa tu mana ada kerepek bawang ke.. popia nestum ke.. ini lah kuih yg sgt mudah dibuat. 
Terima kasih yg berkongsi resepi di FB ni.. saya parking dulu kat sini.. nanti balik kuang nak buatlah dgn adik uda dan kak andak..


Hari ni sy nak share resepi KUIH GUNTING 😊

Bahan A (blender)
-4biji bawang besar
-2 genggam udang kering
-3sb jintan kasar
-3sb jintan putih

-1kg tepung gandum
-4sb marjerin pelangi dipanaskan (boleh lebih kan jika nak lembut sedikit,sy suka keras2 sikit)
-1sb garam halus
-2 genggam daun kari
-2 genggam daun sup
-2sb cili kering kisar
-air secukupnya

Cara2nya:
1. Masukkan marjerin yg dipanaskan ke dalam tepung gandum,gaul2 kan. Masukkan bahan A, gaul rata

2. Masukkan garam, daun sup, daun kari,cili kisar.Gaul lagi masukkan air sedikit demi sedikit sehingga jadi doh

3. Canaikan doh,kalau suka yg nipis boleh canai nipis2,sy suka tebal sedikit

4. Masak atas pan sekejap shj,utk memudahlan kita gunting nanti

5.Sedia utk digunting,ikut suka nak gunting mcm mana 😊

6.Goreng dalam minyak yg panas bersama dgn daun kari. Goreng sehingga keemasan

7.Tapis & sejukkan,simpan dalam bekas kedap udara.

credit : Nurul Fasihah Zamahidi‎ #mahn

6 ulasan:

  1. Sedapnya kuih gunting. Dulu masa arwah Mak ada, selalu buat kuih ni. Lagi suka makan kuih camni daripada biskut raya.

    BalasPadam
  2. MasyaAllah... kuih ni mmg nostalgia! Fevret masa kecik. Masa sekolah asrama, kuih ni lah mak buatkan simpan dlm balang bawak balik asrama. Terima kasih kongsi resepi. Tak penah belajaq buat pun. La ni tnya mak, dia pun dah ingat2 lupa.

    BalasPadam
  3. sedapnya kak yati uii..saya suka kuih gunting yang sira sambal tu
    JanjiKita

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas doanya Ti...dah selamat sampai rumah pun. Ti, bukan UITMlah, tp daftar Matrikulasi.

    Ohhh boleh khayal ni Ti, makan kuih gunting sambil layan TV ...
    Nak buat ke Raya ni?

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)