JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 24 Mei 2012

Pembantu bersara setelah 14 tahun berkhidmat...

Dia membantu saya bermula pada tahun 1998 yang lalu, dia seorang yang rajin, selalu meringankan beban kerja saya dan bekerja dengan tangkas sekali... tanpa dia saya akan terkial-kial membuat kerja seorang diri. Apabila dia bersara saya terpaksa mencari penggantinya untuk membantu saya.

Sungguh terharu saya hendak berpisah dengannya. Emak saya kata, lama juga dia bekerja dengan kamu, emak selama 14 tahun itu telah mengganti pembantu sebanyak 3 kali ehe ^__^. Terharu bukan apa... tuan rumah kena keluar duit untuk membeli yang baru hahaha :))


Ini pembantu saya mesin pengisar
yang telah berkhidmat selama 14 tahun 

Kini nyawa hampir berpisah dari jasadnya hehe

Tengok tu wayarnya telah terkeluar dan hampi tercabut..
en suami takut nanti ada yang terkena renjatan letrik :))


Selamat datang pembantu baru, semoga kamu
dapat berkhidmat selama pembantu saya
yang lama ye ^___^
Saya beli mesin pengisar ni dengan harga RM150.00, saya suka jenama panasonic, 14 tahun lalu saya membeli dengan harga RM70.00, separuh juga harganya naikan, tapi yang baru ni fungsi nya ditambah sedikit iaitu button "pulse" yang dulu hanya ada "on/off" sahaja.

2 ulasan:

  1. wah memang menang memakainya. lama tu kan 14 tahun! biasa barang jenama ni tahan lama, peti ais dan mesin basuh rumah mertua pun dah berbelas tahun usianya. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye As, kata orang, kalah membeli menang memakainya kan.. sebab tu akak beli jenama panasonic juga untuk mengganti yang baru ni..

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)